Penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion menimbulkan pelbagai persoalan mahupun waris mangsa pesawat MAS MH370.
Mana tidaknya, tiba-tiba sahaja disahkan serpihan yang ditemui adalah milik MH370 yang dilaporkan hilang apa Mac 2014 lalu tanpa sebarang bukti kukuh.
Sungguh dan memang ramai yang ingin pesawat itu ditemui. Namun persoalan yang ditimbulkan oleh lelaki ini juga perlu dibaca. Nak percaya? Terpulang pada anda sendiri.
Inilah padahnya bila yang buat skrip itu tak tahu selok belok mengenai Aviation. Kalau tak ada Tag Part Number, maknanya itu bukan komponen pesawat MH370. As simple as that.
Mungkin ada pihak yang pergi kutip part itu di Nevada dan campakkan di situ. Tag Part Number (yang asal), mereka buang supaya orang tidak tahu dari pesawat mana.
'INI PENDAPAT SAYA'
Cerita penemuan Flaperon ini sudah menjadi cerita lawak bagi saya. Pertama, Flaperon MAS sudah bertukar warna dari warna kelabu kepada warna putih.
Kedua, Tag Part Number pada Flaperon tiada dan sehingga ke hari ini pasukan penyiasat gagal mengesan Part Number. Rasanya MAS tidak pernah menggunakan komponen tiruan pada pesawat.
Ketiga, hari ini dikatakan terjumpa botol air buatan Malaysia di pantai Reunion. Untuk makluman yang tidak pernah naik pesawat, penumpang tidak dibenarkan membawa sebarang cecair melebihi 100 ml termasuklah air minuman.
Penemuan botol mineral Cactus sebanyak 1.5 liter dalam pesawat boleh menyebabkan kakitangan airport dibuang kerja kerana melanggar peraturan Aviation.
Satu lagi, negara Singapura tak ada air. Kebanyakkan produk air minuman di Singapura menggunakan air dari Malaysia.
Yang terakhir sekali lagi lawak. Botol losyen atau syampu yang ditemui mungkin kerana penumpang yang naik pesawat tahu dalam tandas pesawat tak ada air. Sebab itulah cantik saja bekas itu dia potong untuk angkut air dalam tandas.
Demikianlah persoalan yang dibangkitkan oleh Mohd Roshdi Hassan yang juga turut dimuat naik semula di laman Twitter oleh isteri kepada pramugara yang bertugas dalam MH370 mempertikaikan pertemuan itu. - THEHYPEMEDIA.COM


