Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret hari ini mengenakan denda sebanyak RM1,800 ke atas tiga jurujual telefon bimbit Plaza Low Yat selepas mereka mengaku bersalah di atas pertuduhan sengaja mencederakan penganggur di bangunan berkenaan pada bulan lalu.

Majistret Muhamad Faizal Ismail, menjatuhkan hukuman itu terhadap Low Leong Seng, 29, Eric Chan Weng, 23, dan Soo Weng Hing, 26.

Sekiranya ketiga-tiga individu terbabit didapati gagal membayar denda itu, mereka akan berdepan dengan hukuman penjara selama dua bulan.

Mengikut pertuduhan, ketiga-ketiga lelaki itu didakwa sengaja mencederakan mangsa, Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, di Tingkat G, Plaza Low Yat, pada jam 4.57 petang 11 Julai lalu.

Dakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - THEHYPEMEDIA.COM

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top