Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Dera Tiga Zuriat Secara Seksual



Muar: Seorang pegawai kanan agensi kerajaan didakwa mendera secara seksual tiga anak perempuannya berusia antara dua hingga lapan tahun di rumahnya di Selangor, tahun lalu.

Isterinya yang dikenali sebagai Linda, 32, berkata, dia terpaksa tampil membongkar kelakuan pelik suaminya kerana bimbangkan keselamatan diri dan tiga anak perempuannya.

“Selepas bernikah sembilan tahun lalu, suami sering meminta kami mengadakan hubungan seks luar tabii namun saya sering menolak menyebabkannya berang.

“Bagaimanapun, dia masih seorang suami dan bapa penyayang kepada kami sekeluarga hinggalah empat tahun lalu, selepas saya melahirkan anak kedua kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sekitar daerah ini, semalam.

Menurutnya, dia hanya tahu mengenai kejadian menimpa anaknya pada 29 November lalu ketika membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Serdang, Selangor.

hmetro.com.my.


Gadis 14 Tahun Diculik Van Putih (Rakaman Audio)


PUTRAJAYA - Seorang gadis berusia 14 tahun dilaporkan diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, petang semalam. 

Mangsa, Nor Amira Atirah binti Abdul Majid, dilaporkan hilang, setelah ibunya mendapati anak gadisnya itu tidak berada di rumah sehingga jam 10.00 malam.

"Saya cuba menghubungi anak saya melalui telefon, tetapi tidak dapat. Saya juga cuba mencari di merata-rata tempat, juga tiada. Saya risau dengan keselamatan anak saya, takut terjadi perkara yang tidak diingini," katanya dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Bandar Sultan Sulaiman. 

Susulan itu, sumber yang menghubungi kami juga turut memberikan rakaman audio perbualan dengan mangsa yang menangis sayu meminta pertolongan. 

Rakaman audio gadis 14 tahun diculik oleh van putih di Pelabuhan Klang, Ahad.

Posted by Berita hangat on Tuesday, 29 December 2015

Berdasarkan rakaman tersebut, mangsa mendedahkan dia telah diculik oleh sebuah van berwarna putih, namun tidak sempat mengingat nombor pendaftaran kenderaan itu kerana kepalanya ditekup dengan kain sebelum pengsan.

Mangsa hanya tersedar dan ternampak papan tanda menuju ke Johor Bahru dan memaklumkan perkara itu kepada ahli keluarganya melalui panggilan telefon yang dibuat tanpa pengetahuan penculik terbabit. 

Menurut mangsa, ramai lagi gadis-gadis yang lain turut berada dalam tahanan mereka yang dipercayai diculik untuk dijual. 

Bagaimanapun, perbualan itu terputus apabila telefon mangsa kedengaran seperti dirampas oleh seseorang yang dipercayai penculik terbabit. 

Pihak Polis Diraja Malaysia sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mengesahkan kejadian culik ini namun waris mangsa sudah giat menyebarkan maklumat bagi tujuan mengesan mangsa. - THEHYPEMEDIA

Padah Tunjuk Isyarat Lucah Pada Sultan Johor


JOHOR BAHRU - Padah tunjuk isyarat lucah pada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan di Lebuhraya Utara Selatan di Yong Peng, pagi  semalam.

Ketika kejadian jam 11.20 pagi itu, Sultan Ibrahim yang menaiki kereta Porsche Cayenne S diiringi oleh beberapa pegawai polis yang dalam perjalanan pulang dari Muar ke Johor Bahru.

Di Kilometer 95 arah selatan, seorang lelaki yang memandu Perodua Viva berwarna putih, Md Aris bin Husin, berasal dari Serendah, Selangor, telah menunjukkan isyarat lucah serta penumbuk dengan tangan kanan. 

Sultan Ibrahim serta merta memberhentikan kenderaannya dan mengarahkan anggota polis yang mengiringinya menahan lelaki terbabit. 


Md Aris yang dalam perjalanan dari Puncak Alam, Selangor menuju ke rumah ibu bapanya di Parit Raja, Johor, mengakui sengaja melakukan perbuatan biadab dan kurang ajar itu. Namun tidak menyangka bahawa orang di dalam kereta tersebut adalah Sultan Ibrahim. 

Ekoran itu, Md Aris ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 kanun yang sama. - THEHYPEMEDIA

'Penyamun Suruh Diam & Acukan Pisau Pada Saya'


PUTRAJAYA - Seorang penjawat awam disamun di rumahnya di kuarters penjawat awam blok 5R1 , tingkat 15 di Presint 5, jam 5.30 petang Selesa lalu.

Mangsa, Hanisah Abdullah, 26, Penolong Juruaudit di Bahagian Audit Sekolah, Kementerian Pendidikan, yang baru pulang dari tempat kerja ke rumah rakan yang ditumpanginya sejak beberapa bulan yang lalu diterkam oleh suspek dari belakang, ditiarapkan sebelum tangannya diikat menggunakan wayar.

Pada awalnya, mangsa mendapati pintu jeriji masih dikunci dengan mangga kunci tetapi pintu kayu rosak dan tidak berkunci. Apabila masuk ke dalam, dia diterkam secara tiba-tiba dari belakang.

"Selepas tangan dikat, penyamun itu berbisik menyuruh saya diam. Malah menakutkan saya dengan mengacukan pisau.

“Saya bersuara dengan nada tinggi dan bertanya apa yang dia mahukan serta merayu tidak diapa-apakan, namun dia hanya berbisik menyuruh saya diam. Penyamun itu turut menakutkan saya dan memberitahu, dia baru keluar dari penjara serta ada rakannya menunggu di luar rumah,” katanya. 

Suspek mengambil masa 10 minit menyelongkar rumah tersebut dan melarikan pelbagai barangan seperti wang tunai serta barang kemas.

Mangsa hanya dilepaskan setelah rakannya pulang ke rumah dan membantunya melepaskan ikatan, sebelum membuat laporan kepada polis.  - THEHYPEMEDIA

Kerani Sekolah Agama Dirogol Sebelum Dijerut Sehingga Mati



JOHOR BAHRU - Seorang wanita ditemui mati dibunuh di kediamannya di Sungai Terap, malam tadi.

Mangsa, Nurul Shahira binti Mohamed Yatim, 29, bekerja sebagai seorang kerani di Sekolah Agama Sungai Raya, Bukit Pasir, Muar, ditemui oleh pasukan polis yang menerima aduan dari jiran mangsa yang mengesyaki sesuatu apabila mangsa tidak keluar rumah jam 7 malam tadi.

Polis tiba di rumah mangsa mendapati enjin kereta Honda Civic, JJQ8178 milik mangsa masih hidup dengan pintu kereta bahagian pemandu terbuka. 

Mayat mangsa ditemui terbaring dalam keadaan separuh bogel di depan pintu bilik dipercayai dirogol sebelum dijerut dengan tali pengikat langsir sehingga mati. Seluar dalam mangsa juga ditemui di atas badannya. 

Terdapat juga kesan-kesan tompokan darah di atas lantai berhampiran mangsa dan serangkai kunci. 

Barang-barang berharga milik mangsa termasuk dokumen pengenalan diri dan telefon bimbit juga hilang.

Motif kejadian masih tidak diketahui dan polis kini sedang menjalankan siasatan dan mengesan suspek. - THEHYPEMEDIA

'Mereka (Penyamun) Sasar Rumah Berpenghuni & Pagar Terbuka'


Siapa yang duduk di area Seremban, Senawang dan kawasan yang berhampiran dengannya sila berhati-hati. Kami baru lepas kena samun. Polis meminta orang ramai berjaga-jaga kerana penyamun yang sama baru saja menyamun mangsa seterusnya di area Taman Tasik. 

Kami masih trauma. Harap doakan adik ipar kami yang cedera ditetak selamat. Dugaan di hari Jumaat.

"Hari ini kau (penyamun) buat family orang menangis. Esok lusa mesti ada balasannya. Tak apa, tuhan akan bayar balasannya dua kali ganda pada setiap titisan air mata dua orang ibu. Sebab bila cuci darah abang sendiri," luah adik mangsa, Iera Nazieyra

Penyamun bermotosikal. Dua orang dengan 4 bilah pisau rambo. Mereka meluru dan terus menyerang. Adik ipar kami bergadai nyawa demi kami tadi. Sedih. Kami doakan Wan cepat sihat.




Menurut pihak polis, suspek yang sama dengan modus operandi yang sama bertindak menyamun mangsa mereka secara rawak. Rumah yang ada orang dengan pintu pagarnya terbuka dilihat berpotensi untuk diserang dan disamun. 

Apa yang kami takut adalah mereka mengugut akan datang semula. Saya dengar percakapan mereka dengan jelas, memang dialek Melayu. Badan sederhana besar, berkulit gelap, menaiki motosikal Yamaha 125 dan memakai helmet gelap.

Sebelum kami disamun, suspek telah menyerang mangsanya di Mantin. kemudian kami dan seterusnya di Taman Tasik. Menurut polis, dalam beberapa jam sahaja mereka telah menyerang 4 mangsa. Suspek masih diburu polis. Jadi sila berhati-hati kepada semua tidak kira di mana pun kita. - Camar Putih

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA

Panas Punggung Selepas Video Jadi Viral



GEORGETOWN - Dua remaja yang disyaki terlibat dengan kejadian memaki hamun tiga anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ditahan polis di sebuah kedai makanan segera di Bandar Baru Farlim, Ayer Itam di sini sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kedua-dua remaja berusia 19 dan 25 ditahan kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, kedua-dua suspek berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga bulan dan denda RM1,000.

"Kita akan mengambil keterangan daripada kedua-dua suspek ini dan melengkapkan siasatan sebelum merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,"katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Semalam, video dua lelaki berkenaan yang memaki hamun tiga anggota penguatkuasa MBPP selepas tayar kenderaan mereka dikunci menjadi viral di laman sosial.

Tindakan mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat termasuk menggelar anggota penguatkuasa itu sebagai anjing turut dikecam orang ramai.

Lebih membangkitkan kemarahan apabila salah seorang daripada lelaki berkenaan bertindak melemparkan wang kepada anggota penguatkuasa selepas mereka diarahkan membayar denda sebelum kunci di buka.

Parah Silap Dibelasah Sekumpulan Lelaki


Ipoh: “Kepala saya terpaksa dibedah untuk mengeluarkan darah beku dan menerima 51 jahitan selepas dihentak menggunakan objek keras oleh sekumpulan lelaki yang antaranya saya kenali,” kata R Thinesskumar, 19, remaja yang cedera parah dibelasah sekumpulan enam lelaki ketika minum di sebuah restoran di Taman Bersatu, Simpang Pulai, di sini hujung minggu lalu.

Thinesskumar berkata, dia mengenali kumpulan penyerang itu, namun tidak pernah berhubung dan berkawan dengan mereka dan dia difahamkan, kumpulan terbabit sebenarnya tersilap membelasahnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, 3 Oktober lalu, mangsa juga mengalami beberapa kecederaan lain di seluruh anggota badan termasuk dua jahitan di bibir.

Menceritakan kembali kejadian itu, Thinesskumar berkata, sebelum kejadian, dia bersama seorang rakannya ke rumah salah seorang suspek kerana rakannya memberitahu ada urusan, namun dia langsung tidak mengetahui tujuan rakannya itu - THEHYPERMEDIA.COM

(Video) 2 Gadis Tergamam Lelaki Gosok 'Burung' Dalam Lif


Jijik! Itulah perkataan yang sesuai mengambarkan tindakan seorang lelaki muda di dalam sebuah lif yang tidak diketahui lokasinya.

Video berdurasi 1 minit yang berlaku pada 27 Julai 2015 itu pada awalnya menunjukkan dua orang wanita bersama dengan seorang lelaki memasuki lif tersebut. Setelah menekan tingkat yang ingin dituju masing-masing, lelaki itu mengangkat baju dan melondehkan seluarnya sehingga menampak seluar dalam G-String. 


Tindakan lelaki itu mengejutkan dua wanita terbabit, namun mereka tenang dan berpura-pura tidak melihat perbuatan lelaki gila se-ks itu.

Situasi bertambah teruk apabila lelaki itu mula mengosok burungnya tanpa segan silu di hadapan dua wanita itu. Kedua-dua mangsa dilihat menjauhkan diri daripada lelaki itu dan berpura-pura sibuk dengan telefon bimbit masing-masing yang berkemungkinan mengadu perkara itu kepada teman lelaki.

Setelah mencapai klimaks, lelaki itu memancut ke arah dua wanita berkenaan yang tergamam melihat tindakannya sebelum keluar dari lif. 

Sungguhpun caption video mengatakan kejadian itu berlaku di Pulau Pinang, namun tiada sebarang bukti kukuh menyokong dakwaan itu.


Golongan wanita dinasihatkan berhati-hati dan tidak menaiki lif seorang diri bagi keselamatan masing-masing. - THEHYPEMEDIA

Menyamar Wanita Berpurdah, Curi Beg Tangan Dalam Surau


KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditangkap bersama dengan barangan curi di Pavilion, semalam.

Mohd Firdaus Abdullah, menetap di Jalan Rosmerah 1, Johor Raya, itu ditangkap oleh beberapa anggota polis yang sedang membuat pemantauan di sekitar kawasan Pavillion.

Menurut Lans Koperal Sathia Makanderan, dia dan beberapa anggota polis bantuan ternampak seorang perempuan berpakaian jubah hitam dalam keadaan yang mencurigakan di hadapan surau wanita, tingkat 5.

"Saya bersama rakan setugas memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan menunjukkan kad kuasa polis. Kami meminta dia mengemukakan dokumen pengenalan diri tetapi dia enggan berbuat demikian. Sebaliknya dia terus melarikan diri menyebabkan kami bertindak mengejar dan menahannya," katanya. 

Namun berlaku sedikit pergelutan di antara mereka kerana suspek cuba melawan. 

Setelah disiasat, perempuan berjubah itu rupanya adalah seorang lelaki yang menyamar sebagai perempuan untuk mengerjakan kegiatan mencuri barangan mangsa di surau. 

Dalam penangkapan suspek itu, polis turut menemui beberapa barangan milik mangsa:

  • Wang tunai RM846.00
  • Kad Pengenalan mangsa, Nabyla Ahmad Zainudin
  • Kad ATM Maybank
  • Telefon bimbit Samsung Galaxy S6
  • Telefon bimbit Samsung A8
  • Kaca mata hitam
  • Anak kunci
  • Sebuah beg jenama H&M
  • Sebuah beg jenama Coach
  • Sebuah beg berwarna merah jambu
  • Sepasang telekung

Suspek telah dibawa ke balai dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. - THEHYPEMEDIA

Kanak-Kanak 9 Tahun Diperk0sa, Dibunuh Dan Dibungkus Dalam Kotak




Kejam, itulah kata-kata yang boleh digambar terhadap pelaku yang melakukan perbuatan dilaur batas keperimanusiaan apabila seorang kanak-kanak 9 tahun yang dipercayai hilang telah ditemui dalam keadaan yang amat tragis di mukim Kalideres, Jakarta, Jumaat lalu.

Kanak-kanak berkenaan, Putri Nur Fauziah yang merupakan anak ketiga pasangan suami isteri Asep Saepuloh dan Ida Fitriyani telah dilaporkan hilang dipercayai telah diculik ketika keluar dari sekolahnya, SDN 05.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tanpa seurat benang di mana kaki, tangan dan mulutnya diikat dengan pita pelekat dan disumbat di dalam kotak.



Mayat mangsa semasa dijumpoai terdapat kesan-kesan luka dan lebam di seluruh badannya serta ada kesan tusukan di bahagian kemaluan dan dubur mangsa.

Polis juga menemui seluar dalam berwarna hitam dan tudung berwarna putih milik Putri.

Berdasarkan hasil bedah siasat, mangsa telah mati lebih kurang 4 jam sebelum mayatnya ditemui dan pihak polis kini sedang giat menjalankan operasi memburu suspek.

Menurut ibu bapanya, sebelum keluar dari rumah, dia ada menyatakan hasrat untuk mengulangkaji pelajarannya bersama rakan-rakan, namun sehingga malam, anak ketiga mereka itu tidak pulang ke rumah.

Ibu bapa mangsa membuat laporan di balai polis pada keesokan hari berhubung kehilangan Putri. - Siakapkeli

Gara-Gara Selimut


KOTA BHARU - Hanya kerana selimut, seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) bisu & pekak mendakwa dirinya dipukul menggunakan penyangkut baju plastik oleh bekas isteri di bahagian lengan dan bahu di rumah mereka di Bandar Baru Kubang Kerian pada 5 November 2014.

Mohd Bazely Mohamed Amin, 28, yang bisu dan pekak sejak lahir memberikan keterangan menggunakan bahasa isyarat di Mahkamah Majistret di sini menggunakan khidmat jurubahasa untuk menterjemahkan soalan dari pihak pendakwaan dan pembelaan serta jawapan yang diberikan oleh mangsa, semalam, lapor Harian Metro.

Bazely mendakwa, dia juga turut disembur dengan penyembur serangga oleh bekas isterinya, Noor Ashiqin Azmi, 25, sebelum pergi ke rumah ibunya di Bachok dan mengakui pergaduhan itu berlaku kerana isteri mahukan selimut.

Noor Ashiqin bagaimanapun tidak mengaku bersalah di atas tuduhan itu. Pasangan terbabit telah bercerai selepas dua bulan berkahwin.

Menurut Bazely, kejadian itu adalah pertama kali berlaku. Namun sebelum itu, Bazely mendakwa bekas isterinya itu sering menyembur penyembur serangga termasuk ketika dia sedang berada di dalam bilik air. 

Bazely juga menafikan yang dia pernah mengasari isterinya termasuk menolak tertuduh sehingga terjatuh sehingga menyebabkan wanita itu mengalami keguguran sebelum kejadian itu.

"Saya tidak pernah menolaknya. Setahu saya, dia tidak mengandung dan saya pun tidak tahu dia mengandung," katanya.

Perbicaraan di hadapan Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed bersambung 24 November depan. - THEHYPEMEDIA

(Video) Lelaki Dibelasah Orang Ramai Setelah Melanggar Penunggang Motosikal Sampai Maut


KUALA SELANGOR - Seorang lelaki Cina dibelasah sekumpulan lelaki Melayu di sebuah restoran selepas terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa seorang wanita.

Dalam kejadian yang berlaku di Assam Jawa itu, lelaki terbabit dibelasah orang ramai kerana didakwa melarikan diri dan makan di restoran bersama dengan ahli keluarganya setelah melanggar seorang penunggang motosikal wanita.
Difahamkan, mangsa berusia 30'an yang juga anak yatim, dalam perjalanan pulang kerja dari Shah Alam. Apabila tiba di satu simpang, mangsa cuba memberi laluan kepada suspek. Namun suspek memandu dengan laju lalu merempuh mangsa menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang bersama dengan motosikalnya. 

Ketika ditemui, mangsa dikatakan masih bernyawa dan dipercayai lehernya patah. Suspek juga dikatakan sempat menjenguk mangsa yang berada di dalam longkang. Namun bertindak meninggalkan mangsa dan pergi makan di restoran berhampiran.

Orang ramai yang berjaya mengesan kereta suspek, terus bertindak menahannya di restoran terbabit untuk diserahkan kepada pihak polis. Malangnya, suspek melawan dan berlaku sedikit pergelutan sebelum suspek mengalah dan melarikan diri masuk ke dalam kereta peronda polis yang tiba di lokasi. - THEHYPEMEDIA.COM

Mangsa, kanan.


Suspek kes langgar sedang makan di restoran.

Kereta suspek

Mangsa langgar lari





Budak 6 Tahun Diculik, Dibunuh & Dibuang Dalam Parit


KUALA LANGAT - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun ditemui mati dalam sebuah parit di Felcra Batu 9, Sijangkang, semalam.

Menurut sumber, mangsa dan juga kakaknya yang berusia 11 tahun, diculik oleh lelaki warganegara Kemboja 

Difahamkan, kakak mangsa berjaya melarikan diri, manakala mangsa gagal berbuat demikian menyebabkan suspek mengambil tindakan membunuh mangsa dan membuang mayatnya ke dalam parit.

Menurut Ahmad Kamal yang turut bersama dalam usaha mencari mangsa berkata, mereka menemui mayat mangsa pada jam 2 petang sejak usaha mengesan mangsa bermula jam 10 pagi. 

"Kakak 11 tahun diculik oleh orang Kemboja dan cuba dir0g0l namun berjaya melarikan diri. Adiknya berusia 6 tahun mati dibunuh dan dibuang dalam parit," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

'Jangan Rampas Hak Saya Pimpin Negara!'


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan tiada siapa yang patut campur tangan atau merampas amanah yang diberikan kepadanya untuk memimpin negara.

Beliau berkata, mandat yang dipikul merupakan tanggungjawab seorang pemimpin yang telah dipilih rakyat.

"Sebagai Perdana Menteri, adalah tanggungjawab saya membuat pilihan terbaik untuk semua rakyat Malaysia. Lebih daripada itu, ia adalah tugas saya.

"Ia adalah amanah yang telah diberikan kepada saya. Jadi, tiada sesiapa patut cuba campur tangan atau rampas tanggungjawab saya untuk memimpin," katanya dalam status terbaharu di laman Facebook.

Dengan amanah yang telah diberikan, Najib melahirkan rasa bangga dan rendah diri memikul tanggungjawab berkenaan.

"Rakyat yang telah memilih saya, dan saya berasa amat bangga dan rendah diri untuk memikul mandat itu yang diberikan rakyat dan boleh diambil balik. Ia bukan milik mana-mana individu, tidak kira bagaimanapun terkenal individu berkenaan," tambahnya.


Top