Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Curang, Isteri Tetak Kepala Suami



BEIJING - Padah berlaku curang pada isteri, seorang lelaki ditetak tepat di bahagian belakang kepalanya dengan parang pemotong daging. 

Wanita terbabit bertindak demikian setelah mengetahui suaminya mempunyai wanita simpanan menyebabkan dia menjadi berang dan gagal mengawal amarah. 

Dalam video yang dimuat naik oleh LiveLeak itu, mangsa kelihatan masih sedar dan mampu menjawab pertanyaan jururawat ketika mahu menjalani pembedahan untuk mencabut parang tersebut. 

Bagaimanapun, tidak dinyatakan nama mangsa mahupun lokasi daerah kejadian itu berlaku. - PIXEL MEDIA
.


Ketua Unit Sumber Manusia ini dedahkan rahsia lulus temuduga kerajaan.
Panduan langkah demi langkah , boleh klik sini >> PANDUAN

3 Maut Terkena Letupan Bom (Video & 10 Gambar)


JAKARTA - Beberapa siri letupan bom berlaku di sebuah pondok polis berdepan dengan Sarinah Mall, Jalan M.H Thamrin, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 10.30 pagi itu, berlaku insiden berbalas tembakan di antara polis dengan suspek yang tidak diketahui indentitinya itu sebelum letupan bom berlaku. 

Menurut saksi, Fandi, yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian berkata, sebelum kejadian dia ternampak beberapa lelaki menunggang motosikal melepaskan tembakan ke arah polis di dalam pondok polis tersebut. 

Letupan itu telah menyebabkan tiga lelaki tercampak dan maut serta merta di tempat kejadian. 

Polis sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kejadian itu. - THEHYPEMEDIA












Bangkai Kapal Karam, Petunjuk Terbaharu Pencarian MH370

PETUNJUK TERBAHARU.. Imej menyerupai bangkai kapal yang ditemui ketika pencarian MH370 di Selatan Lautan Hindi.


PENCARIAN pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS)  yang sudah dua tahun berlangsung menemukan petunjuk kedua paling memberangsangkan setakat ini, iaitu objek berupa bangkai kapal di Selatan Lautan Hindi.
Penemuan ini diperoleh pasukan penyiasat yang diketuai oleh Australia, setelah meneruskan kerja pencarian MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing di lokasi terakhir pesawat itu berada iaitu di Selatan Lautan Hindi, sebelum ianya lenyap tanpa kesan.

Pada Julai tahun lepas sebahagian sayap flaperon sepanjang dua meter yang telah disahkan milik pesawat tersebut, turut dijumpai terdampar di pantai sebuah pulau di Lautan Hindi sekaligus jadi petanda kukuh bahawa penerbangan yang membawa bersamanya 239 penumpang termasuk anak kapal itu berkemungkinan besar berakhir dengan tragedi di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun tiada sebarang petunjuk ditemui dijumpai sejak itu, walaupun pencarian dilakukan lebih 80,000 kilometer persegi di dasar laut hinggalah penemuan terbaharu ini.

Kapal karam yang diperbuat daripada besi atau keluli yang ditemui itu berada di kedalaman 3,700 meter.

“Pada 19 Disember 2015, satu gelombang sonar ganjil telah dikenal pasti semasa pencarian di dasar laut dijalankan dan analisis menunjukkan objek itu mungkin buatan manusia, mungkin juga sebuah kapal karam,” kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC).

Salah sebuah daripada tiga kapal yang digunakan dalam pencarian MH370, Havila Harmony telah menggunakan kenderaan bawah air automatik untuk menjalankan kajian lebih mendalam terhadap objek yang ditemui itu lantas mengesan imej sonar beresolusi tinggi.

Muzium Galeri Kapal Karam Australia Barat yang menjalankan kajian awal berdasarkan beberapa imej sonar memberitahu, kapal tersebut mungkin diperbuat daripada keluli atau besi dari awal abad ke-19,” jelas JACC.

Ini adalah kapal karam kedua yang ditemui sejak pencarian MH370 dilakukan.

Pada Mei tahun lalu, imej sonar turut mendedahkan satu objek menyerupai sauh, bersama-sama beberapa objek lain yang dikenalpasti penyelidik merupakan buatan manusia dan mungkin juga ketulan arang batu.

Penyelidik percaya bahawa MH370 telah kehabisan bahan api sebelum terhempas di satu lokasi di selatan Lautan Hindi, menjadikan kehilangan pesawat negara ini salah satu misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia.

Spekulasi yang beredar turut mengaitkan kegagalan mekanikal atau struktur, rampasan atau keganasan dan tindakan sabotaj juruterbang sebagai punca pesawat malang itu berakhir dengan tragedi seterusnya lenyap sampai sekarang.

Walaupun bukti satelit menunjukkan pesawat MH370 menjunam sebelum hilang, waris penumpang dari China hingga ke hari ini masih ragu-ragu dengan bukti tersebut dan yakin ahli keluarga mereka mungkin masih hidup namun berada di lokasi yang tidak diketahui.

Penyelidik berkata, misteri kehilangan MH370 hanya akan terungkai dengan menentukan lokasi kemalangan seterusnya menemukan kotak hitam pesawat malang tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: THE AUSTRALIAN

Trump halau wanita bertudung


WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita Islam bertudung telah dihalau kerana didakwa mengganggu ucapan calon presiden daripada parti Republikan, Donald Trump di South Carolina, kelmarin.

Rose Hamid, 56, dihalau sambil diiringi dua anggota polis selepas dia berdiri semasa Trump dengan lantang menuduh pelarian Syria telah bergabung dengan kumpulan militan IS.

Rose dan salah seorang hadirin berdiri sebagai tanda protes selepas Trump menuduh pelarian Syria sebagai pengganas.
Trump terkenal dengan sikapnya yang anti migran sebelum ini pernah mencadangkan supaya orang Islam dilarang masuk ke Amerika Syarikat.

"Saya hanya diam dan berdiri sebagai tanda protes.

"Semasa saya diarah meninggalkan dewan, penyokong Trump bersorak gembira malah salah seorang daripada mereka bertindak keterlaluan dengan menuduh saya membawa bom," kata Rose.

Semasa menyertai kempen itu, Rose dilihat memakai baju T dengan tulisan 'Salam, saya datang dengan aman', lapor CNN.

(Gambar & Video) Terkini : Hotel Mewah 63 Tingkat Berdekatan Burj Khalifa Terbakar


Dubai, 31 Dis - Satu kebakaran besar di The Address Hotel di bandar Dubai beberapa jam sebelum acara bunga api sempena tahun baru di negara itu.

Acara bunga api itu dijadualkan berlangsung berdekatan dengan bangunan terbesar di dunia, Burj Khalifa.

Kerajaa Dubai kini dalam proses mengosongkan hotel tersebut bagi mengawal kebakaran.


Laporan lanjut menyusul...

Subhanallah! Anjing Selamatkan Bayi Baru Lahir Yang Dibuang Ibunya


JORDAN - Gambar seekor anjing menggonggong seorang bayi yang baru lahir ini tersebar meluas di laman sosial semalam. 

Kejadian yang berlaku di Jordan itu, bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ini dibuang oleh ibunya di sebuah rumah kosong dan terbiar tanpa sebarang pakaian atau barang keperluan dipercayai mahu membiarkan bayinya mati di rumah tersebut.

Bagaimanapun, mujur seekor anjing berwarna kuning ini menjumpai bayi berkenaan dan menggonggongnya keluar dari rumah terbiar itu dan membawanya ke rumah seorang penduduk berhampiran.

Menurut sumber, bayi berkenaan yang masih bernyawa segera dihantar ke hospital untuk diberikan rawatan. 

Netizen di media sosial pula tidak putus-putus memuji tindakan anjing itu yang dianggap lebih berperikemanusiaan daripada ibu bayi itu. - THEHYPEMEDIA

(Video) Penduduk Terkejut Dengan Penampakan Bandar Terapung Di Langit


BEIJING - Ribuan penduduk di China mendakwa mereka ternampak bandar terapung di langit.

Penduduk di Jiangxi dan Foshan terkejut apabila mereka menyangka apa yang dilihat itu adalah bangunan pencakar langit, lapor Daily Mail.

Namun menurut pakar kaji cuaca berkata, fenomena itu adalah disebabkan oleh ilusi optik yang dikenali sebagai Fatamorgana.

Fatamorgana merupakan sebuah fenomena ilusi optik yang biasa terjadi di tanah lapang yang luas seperti padang pasir. Farmorgana adalah pembiasan cahaya melalui kepadatan yang berbeza sehingga ia boleh membuat sesuatu yang tidak ada menjadi seolah-olah ada di situ. 

Fenomena ini biasanya berlaku di tempat-tempat panas. Seringkali berlaku di gurun pasir. Fatamorgana ini menyerupai danau atau air atau pun ktao. Ini sebenarnya adalah pantulan daripada langit yang dipantulkan udara panas. Udara panas ini berfungsi sebagai cermin. 

Pengendali YouTube Paranormal Crucible berkata, video yang tersebar ini dirakam oleh seorang penduduk tempatan menunjukkan sebuah bandar besar terapung di langit di sebalik awan.

"Penampakan ini telah disaksikan oleh ribuan penduduk tempatan. Namun penampakan itu hanya bertahan beberapa minit sebelum ia benar-benar hilang,"

Mereka juga mendakwa, kehadiran kota di atas langit itu juga mungkin percubaan dari Projek Blue Beam. Projek Blue Beam adalah satu konspirasi yang mendakwa Nasa akan mengsimulasikan serangan makhluk asing di Bumi atau kedatangan Kristus melalui hologram.

Ada beberapa pihak juga mendakwa, penampakan bandar terapung itu dilakukan oleh NASA untuk menguji teknologi holografik. - THEHYPEMEDIA

'Lihat, Inilah Wajah Semula Jadi Saya' (6 Gambar)


CHINA - Gambar seorang remaja lelaki berusia 18 tahun menjadi bualan hangat di media sosial. 

Remaja terbabit memuat naik gambarnya di laman Weibo menjadi viral selepas dia dengan bongkaknya berbangga dengan raut wajahnya yang didakwa merupakan wajah semulajadi.  Namun, gambar zaman kanak-kanak remaja terbabit didedahkan tidak sama seperti yang didakwanya.

Liu Zichen, 18, yang mengaku dirinya seorang model dari Beijing, berkulit halus seperti porselin dan matanya yang besar seperti boneka serta dagu tajam itu menjadi dia kelihatan seperti ular. 


Liu menegaskan bahawa wajahnya itu adalah semulajadi, selain dari mendakwa dirinya berdarah campuran Asia dengan Amerika. 

Malangnya, netizen tidak dapat menerima dakwaan yang tidak masuk akal itu dan menganggap Liu sebenarnya menipu dan telah membuat pembedahan plastik.


Seorang individu yang tidak dikenali identitinya juga berjaya mendapatkan gambar zaman kanak-kanak Liu yang membuktikan bahawa Liu telah membuat pembedahan plastik. 

Liu bagaimanapun menyangkal dakwaan mereka dengan menegaskan bahawa gambar pasport sahaja yang kelihat berbeza kerana gambar itu merupakan gambar yang dirakam lima tahun yang lalu. 

Dia juga mengaku bahawa hidungnya telah diubah melalui pembedahan tetapi mendakwa bentuk rahangnya berubah kerana kerap menggunakan topeng muka khas. Namun jenama topeng muka itu tidak pula didedahkan. - THEHYPEMEDIA

Sayu, Budak 3 Tahun Jaga Ibu Sakit (9 Gambar)


CHINA - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun terpaksa menjaga ibunya yang sakit, menjadi viral di media sosial negara itu.

Qianqian, 3, berasal dari Ruzhou, Wilayah Henan, terpaksa memikul tanggungjawab yang berat itu untuk menjaga ibunya yang cedera dalam kemalangan langgar lari pada bulan September lalu.

Ibunya, Wang Huixian, mengalami keretakan tulang di beberapa bahagian badan akibat kemalangan itu dan kini terlantar di katil hospital. Ibu bapa wang pula maut dalam kemalangan tersebut. Wang juga telah terputus hubungan dengan bekas suaminya selepas bercerai dan kini Qianqian terpaksa memikul tanggungjawab menjaga ibunya.

Lapor akhbar Dahe Daily, pemandu yang melanggar Wang melarikan diri selepas kejadian itu. Wang pula terpaksa menanggung beban rawatan perubatan yang berjumlah berpuluh-puluh ribu yuan. Namun Wang tidak dapat membayar kos rawatan itu.

Dalam video yang tersebar di media sosial Rabu lalu, QIanqian dilihat seperti menjalankan tugas orang dewasa seperti menghantar air dan makanan kepada ibunya, mengesat air mata ibunya dan mengambil 'sisa buangan' ibunya.

Video itu telah dirakam oleh Henan TV selepas nasib malang anak beranak itu tersebar di kalangan masyarakat Ruzhou, menyeru sumbangan wang dan pakaian untuk Wang dan Qianqian.

Salah seorang penduduk yang datang melawat mereka, tidak dapat menahan air matanya berkata, ia adalah perkara yang menyayat hati melihat kanak-kanak di usia seperti Qianqian melakukan kerja-kerja orang dewasa.

"Anak saya yang berusia tiga tahun juga tidak mampu melakukan apa yang Qianqian lakukan untuk ibunya," katanya sebak.

Rabu lalu, Wang dan Qianqian telah menerima sumbangan wang 6,000 yuan (US$946) bersama dengan pakaian dan makanan dari orang ramai. 

Lapor Dahe Daily, Wang telah mengaturkan pembedahan dengan doktor dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu mereka.

Sementara itu, polis tempatan memaklumkan mereka dalam usaha cuba menjejaki pemandu yang tidak bertanggungjawab itu untuk dikenakan tindakan undang-undang. - THEHYPEMEDIA.COM








Lagi Budak Lelaki Maut Tersangkut Di Eskalator


CHINA - Gambar yang tersebar di laman sosial ini menunjukkan lagi tragedi eskalator yang telah meragut nyawa pengguna di China seperti kejadian ini tidak akan berakhir.

Lapor NetEase, gambar kejadian yang didakwa berlaku di Stesen Metro, Chongqing, di mana seorang kanak-kanak lelaki maut dalam insiden yang melibatkan eskalator sekitar jam 11 pagi hari ini. Dalam gambar, kelihatan ibu dan adik mangsa menangis berhampiran mayat mangsa.



Lapor Shanghaiist, kakitangan stesen tersebut bertindak segera setelah dimaklumkan mengenai kejadian itu. Eskalator itu juga turut dihentikan serta merta sementara kakitangan yang lain cuba menyelamatkan mangsa.

September yang lalu, tangan seorang kanak-kanak perempuan juga dilaporkan tersangkut di celah eskalator di sebuah pasar raya. Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan oleh pihak bomba.



Sebelum itu, seorang wanita juga telah menjadi mangsa eskalator apabila plat besi pemijak di bahagian atas runtuh secara tiba-tiba pada Julai lalu. Wanita itu sempat menolak anaknya sebelum dia ditelan oleh eskalator tersebut. 

Berikutan kejadian yang melibatkan eskalator semakin kerap berlaku, orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menggunakan perkhidmatan eskalator. - THEHYPEMEDIA

(Gambar) Badan Kerbau, Kepala Buaya, Badan Bersisik


Bangkok: Penduduk di sebuah perkampungan terpencil di wilayah Sisaket gempar apabila seekor kerbau di kawasan terbabit melahirkan anak dengan kepala buaya.

Haiwan itu juga mempunyai sisik tebal yang menyerupai sisik buaya tetapi dengan badan dan kaki kerbau.

Anak kerbau aneh ini dilahirkan oleh seekor kerbau milik seorang petani, Nong Don di kampung Sa Ket di daerah Wanghin baru-baru ini.

“Saya terkejut kerana tidak pernah melihat anak kerbau seperti ini.

“Kerbau saya sebelum ini melahirkan anak yang normal dan ini adalah kali pertama haiwan itu melahirkan anak yang ganjil,” katanya memetik laporan myMetro.

Namun, anak kerbau itu mati tidak lama selepas ia dilahirkan. Bangkai haiwan itu kemudian dibawa ke rumahnya.

“Penduduk kampung terkejut melihat anak kerbau ini dan datang ke rumah saya kerana yakin haiwan ini membawa tuah,” jelasnya.

Gambar anak kerbau itu kemudian menjadi viral di internet setelah ia dimuat naik.

“Ramai penduduk dari wilayah lain datang ke rumah saya semata-mata untuk melihat anak kerbau ini.

“Ada yang yakin anak kerbau ini membawa tuah serta membuat upacara untuk meminta nombor loteri,” katanya. - Siakapkeli




'Tungganglah Saya Demi Menampung Kos Perubatan Ayah'


BEIJING - Seorang remaja perempuan dari Wilayah Anhui sanggup memakai kostum kerbau dan memberikan khidmat 5 yuan bagi mereka yang mahu menunggangnya dalam usaha mengumpul wang bagi membiayai perubatan ayahnya yang tidak sihat.

Di kala golongan sebaya dirinya berseronok dengan kehidupan sebagai remaja, Hao Dongdong yang berusia 15 tahun banyak menghabiskan masanya mengemis di jalanan agar dia dapat mengumpul wang membantu ayahnya yang menghidap penyakit yang jarang berlaku, ankylosing spondylitis yang menjejaskan tulang belakangnya.


Lapor NetEase, bapanya, Hao Xinli, pada asalnya seorang petani tetapi telah berpindah ke Hefei pada 2010 untuk membuka sebuah kedai kecil kerana mempunyai masalah tulang belakang dan tidak mampu bekerja sebagai petani lagi. Pada masa itu, beliau telah berkahwin dengan isterinya, Li Xiuru.

Ketika membeli belah di Hefei, pasangan itu ternampak sebuah kedai telefon bimbit menawarkan pemberian percuma sebagai sebahagian dari promosi. Mereka berdua bergegas ke kedai itu untuk mengumpul segala mana yang termampu. 

Namun, kerana terlalu tamak dan mengambil terlalu banyak barangan percuma, timbul pertikaian diantara mereka dengan kakitangan kedai tersebut menyebabkan Li Xinli ditolak dan terjatuh. Sejak dari itu, sakit belakang badannya menjadi semakin teruk.


Selepas membuat pemeriksaan doktor, tulang belakang Xinli didapati patah dan rosak di bahagian lehernya menyebabkan sebagai atas badannya lumpuh. Polis pula tidak dapat menentukan siapa yang bersalah dalam insiden berkenaan menyebabkan Xinli terpaksa membayar kos rawatan itu sendiri.

Tidak tahan dengan nasib yang menimpa keluarga itu, Li Xiuru mengumpulkan segala barangannya dan meninggalkan keluarganya. Suaminya faham mengapa isterinya melarikan diri.

"Dia mungkin sudah tidak dapat bertahan melihat saya tiada harapan untuk sembuh dan tidak mempunyai saudara mara yang tinggal di Hefei," katanya.


Pemergian wanita itu juga meninggalkan anaknya, Hao Dongdong dan adik beradiknya yang terpaksa menggalas tanggungjawab besar di rumah.

Dondong berkata, dia seringkali dituduh sebagai penipu oleh orang yang lalu lalang dan pernah sekali mukanya ditampar oleh seorang lelaki mabuk yang menyangka dia cuba menipu lelaki itu.


Peniaga tempatan juga tidak bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarganya dan menyifatkan kehadiran Dongdong di kawasan itu mendatangkan nasib yang tidak baik pada perniagaan mereka. Bagaimanapun, itu semua tidak menghalang dia membawa balik kutipan derma dari mereka yang prihatin sebanyak 400 yuan setiap hari.


Xinli berkata, apa yang menjadi hasratnya pada masa ini ialah berharap dia kembali normal dan tidak menjadi beban kepada keluarganya lagi. Dia ingin menghantar Dongdong ke sekolah dan memberikan anak-anak kehidupan yang normal semula. - THEHYPEMEDIA

⬆
Top