CHINA - Gambar yang tersebar di laman sosial ini menunjukkan lagi tragedi eskalator yang telah meragut nyawa pengguna di China seperti kejadian ini tidak akan berakhir.
Lapor NetEase, gambar kejadian yang didakwa berlaku di Stesen Metro, Chongqing, di mana seorang kanak-kanak lelaki maut dalam insiden yang melibatkan eskalator sekitar jam 11 pagi hari ini. Dalam gambar, kelihatan ibu dan adik mangsa menangis berhampiran mayat mangsa.
Lapor Shanghaiist, kakitangan stesen tersebut bertindak segera setelah dimaklumkan mengenai kejadian itu. Eskalator itu juga turut dihentikan serta merta sementara kakitangan yang lain cuba menyelamatkan mangsa.
September yang lalu, tangan seorang kanak-kanak perempuan juga dilaporkan tersangkut di celah eskalator di sebuah pasar raya. Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan oleh pihak bomba.
Berikutan kejadian yang melibatkan eskalator semakin kerap berlaku, orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menggunakan perkhidmatan eskalator. - THEHYPEMEDIA