Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Empat Sekeluarga Maut Sekelip Mata

Empat sekeluarga maut sekelip mata

KOTA TINGGI - Empat sekeluarga termasuklah seorang bayi berusia empat bulan maut selepas kenderaan jenis Proton Wira yang dinaiki melanggar sebuah lori Hino yang hilang kawalan dalam kejadian di Kilometer 55.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi berhampiran Felda Air Tawar 2, tengahari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari itu menyebabkan kesemua mangsa, Mohd Najib Mat Idris, 29, (suami), isterinya, Mahfuzah Abdul Hamid, 29, serta dua anak, Nabiha, 1, dan Mohd Anas, empat bulan maut di tempat kejadian.

Manakala, penumpang belakang, adik kepada Mahfuzah iaitu Mahirah Huda, 22, yang bekerja sebagai jurukira wang mengalami cedera parah di bahagian muka dan dirawat di Unit Kecemasan Hospital Kota Tinggi (HKT).

Bapa mangsa, Abdul Hamid Rais, 70, berkata dia mendapat berita kejadian itu daripada salah seorang anaknya di mana ketika kejadian dia sedang berada di Johor.

Menurutnya, anaknya Mahfuzah, menantu dan cucu setiap minggu balik ke rumahnya di Felda Air Tawar 2 untuk menziarahi dia dan isteri.

"Suaminya bekerja sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Senibong manakala Mahfuzah anak ke lapan dari 13 beradik tidak bekerja. Adiknya pula Mahirah bekerja di Bank Negara di Johor.

"Mereka tidak memaklumkan mahu balik pada hari ini tetapi setiap minggu menjadi rutin mereka pulang menjenguk kami. Tambahan pula cucu yang berusia setahun itu sangat manja dengan neneknya.

"Namun sekarang dah tak ada lagi cucu cantik molek, tak ada yang menghiburkan lagi," katanya ketika ditemui di Unit Forensik HKT.

Tambahnya, kali terakhir dia berjumpa anak cucunya itu pada minggu lepas di mana mereka berkelakukan seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Dia juga difahamkan, sebelum kejadian Mahfuzah mengambil adiknya dahulu menaiki kenderaan yang sama untuk pulang ke kampung sebelum terlibat dengan kemalangan tersebut.

Katanya, ke empat jenazah termasuk suami anaknya yang berasal dari Terengganu akan dikebumikan di dalam satu liang lahad dekat Tanah Perkuburan Islam Felda Air Tawar 2.

Terdahulu, turut hadir melawat keluarga mangsa di HKT, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor merangkap Adun Johor Lama, Asiah Md Ariff; Adun Sedili, Rasman Isnin dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi, Muhammad Fadzli Hasan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman mengesahkan kejadian.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori yang datang dari arah Sungai Rengit menghala ke Kota Tinggi telah hilang kawalan selepas membrek sehingga mengakibatkan kepala lori masuk ke laluan bertentangan.

Menurutnya, ekoran itu juga telah menyebabkan Proton Wira yang datang dari arah Kota Tinggi menghala ke Felda Air Tawar 2 melanggar bahagian sendi tanker lori terbabit.

"Akibat dari kemalangan itu pemandu, penumpang hadapan dan dua orang kanak-kanak di dalam kenderaan terbabit telah meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala seorang penumpang belakang mengalami cedera dan dirawat di HKT.

"Hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan jalan dua hala terdapat garisan putus-putus di tengah jalan sebagai pembahagi jalan. Siasatan awal juga mendapati kemalangan berpunca dari lori  kerana hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiga Cedera Jentera Bomba Terbalik

Tiga cedera jentera bomba terbalik

SUNGAI ACHEH - Kejadian jentera bomba terbalik di Kampung Sungai Acheh, di sini awal pagi tadi mengakibatkan tiga anggota bomba tercedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Nibong Tebal, Penolong Penguasa Bomba, Fauzi Mohd Shuaib berkata, kejadian berlaku jam 6.30 pagi apabila sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap yang membawa empat anggota bomba sedang dalam perjalanan ke Kampung Simpang Tiga, di sini bagi memberi bantuan terhadap satu kes kebakaran premis stor simpanan jentera.

Menurutnya, kejadian kemalangan itu berlaku sewaktu jentera bomba itu memberi laluan kepada sebuah lori muatan berat bagi melalui jalan utama Sungai Acheh-Nibong Tebal yang sempit.

"Berikutan keadaan jalan sempit, jentera bomba berkenaan terpaksa memasuki kawasan tebing yang agak curam bagi memberi laluan kepada lori berkenaan.

"Namun, jentera berkenaan hilang kawalan sebaik usaha menaikkannya semula ke jalan raya gagal dan menyebabkan kenderaan itu terbalik serta menghalang jalan,"katanya sewaktu ditemui media di lokasi kejadian semalam.

Fauzi berkata, kemalangan itu mengakibatkan tiga anggota bomba cedera, termasuk seorang anggota bomba berpangkat pemangku penyelia operasi.

Menurut, sewaktu kejadian berlaku, dua anggota bomba ditemui sedang pengsan, manakala dua lagi dibantu penduduk kampung untuk dikeluarkan daripada jentera.

"Tiga anggota bomba tercedera itu kemudiannya dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan lanjut.

"Pada masa sama, pihak kami turut mengenal pasti keadaan jalan raya di hadapan kampung itu yang sempit bukan sahaja menyebabkan jentera kami terbalik, malah turut menjadi berlaku kekerapan kejadian kemalangan melibatkan kenderaan ringan,'katanya.

Fauzi berkata, keadaan jentera bomba terbalik di atas jalan raya turut menyebabkan Jalan Sungai Acheh-Nibong Tebal ditutup buat sementara.

Power Bank Berasap Di Pangkuan



BAHAU - Seorang kanak-kanak perempuan nyaris cedera apabila power bank yang di pangkuannya terbakar ketika bermain telefon pintar, petang Jumaat lalu.

Ketika kejadian jam 5.30 petang itu, kanak-kanak tersebut, Nur Adrianna Darwisya Othman, 4, bersama abangnya, Muhammad Irfan Jazly Othman, 6, berada di tempat duduk belakang kereta dipandu bapa mereka, Othman Abdul Majid, 34, dalam perjalanan dari Bahau menghala ke Juasseh.

Menurut Othman, telefon tersebut dalam keadaan bercas menggunakan alat berkenaan, namun ketika tiba di Juasseh dia terbau seperti sesuatu terbakar.

“Saya hidu bau penghawa dingin elok sahaja. Saya buka cermin tingkap tetapi bau asap makin kuat.

“Saya tanya kepada mereka berdua (anak-anak), hanya si abang yang menjawab, adiknya pula hanya diamkan diri,” katanya.

Othman berkata, dia memberhentikan kenderaan di bahu jalan sebelum keluar memeriksa anak bongsunya berikutan Nur Adrianna Darwisya seperti menahan kesakitan.

“Terkejut saya bila lihat power bank itu berasap. Saya terus campakkannya ke lantai kereta. 

“Saya bawa anak-anak keluar kereta, tak sampai beberapa saat saya nampak percikan api dan kereta penuh asap,” katanya.

Othman berkata, untuk mengelakkan insiden lebih teruk, dia cuba memadamkan api pada power bank berkenaan selama hampir 10 minit, namun dia redha sekiranya keretanya terbakar.

“Anak bongsu saya agak trauma sekarang bila lihat power bank," katanya.

Menurutnya, alat berkenaan dibeli di sebuah pasaraya terkemuka di Kuala Lumpur awal tahun lalu, dan penjual memaklumkan ia adalah tulen.

“Saya bukan ingin menyalahkan sesiapa, cuma orang ramai perlu lebih berhati-hati semasa menggunakannya atau membelinya agar kejadian seperti ini tidak berulang,” katanya.

Epidural: Ibu Lumpuh Selepas Bersalin


Ini kisah Epidural diceritakan oleh seorang ibu yang mengalami lumpuh selepas bersalin. Ambil iktibar.

Saya akan terangkan bagaimana simptom-simptom nak lumpuh sebelum saya lumpu sepenuhnya.

Selepas saya bersalin, saya mula tak boleh angkat kaki. Saya mandi wiladah, suami saya yang mandikan.

Saya tanya suami, "kenapa pinggan dan kaki terasa sangat sakit seperti urat tegang?"

"Itu kesan sampingan Epidural tadi agaknya,"

Saya pun diam. "Jururawat tadi induce saya guna drip kan?"

"Ya."

"Habis tu, yang cucuk punggung itu apa pula?"

"Itu ubat tahan sakit," 

"Then tulang belakang pula?"

"Itu Epidural,"

Saya diam. Sebab semasa sakit bersalin, saya mengantuk dan saya memang tak ingat apa-apa. Cuma sakit saja yang saya tahu. 

Dalam hati saya kata, "Epidural cucuk sakit ke?" 

Sebab saya sedar masa cucuk Epidural memang sakit. Tetapi doktor semua peluk saya, suruh tahan seketika. Doktor perempuan pula siap cium dahi saya supaya bersabar. Allah, masa itu rasa macam bertuahnya saya.

Layanan mereka semua baik-baik sangat dan tiada seorang lelaki pun yang sentuh atau tengok saya di dalam bilik bersalin kecuali suami dan doktor bius Epidural.

Esok dan sehingga pantang hari ke 35, saya rasa belakang saya sakit sangat-sangat dan tempat cucuk itu bengkak menjadi kebiruan.

Selama berpantang, saya tuam dengan ais supaya tidak sakit. Pantang hari ke 40, saya dah tak boleh jalan. Kaki saya tak dapat dirasai. Saya menangis-nangis di bahu suami saya. Saya buang air besar dan air kecil pun tak rasa. Terpaksa pakai pampers.

Esoknya saya pergi ke Hospital Columbia Nusajaya. Saya jumpa pakar dan terus buat MRI. Hasilnya, menakutkan! Saraf tunjang saya 80% rosak. Kaki saya lumpuh sepenuhnya.

Doktor pakar menghubungi hospital tempat saya bersalin dan dari situ barulah saya tahu saya dicucuk Epidural oleh doktor pelatih.

Suami saya pula beritahu doktor tersebut menjelaskan tiada kesan sampingan kecuali sakit kepala. Itu sahaja.

Memandangkan waktu itu saya sudah sakit, saya cuma istigfar agar dapat berjalan semula. Belum sampai sejam guna Epidural saya dah rasa nak meneran. Bayangkan, saya disuntik dengan Epidural tetapi rasa nak meneran, nak bersalin. Baby nak keluar dan saya rasa semua iu.

Masa dijahit, sakitnya sampai saya mengigt baju. Walhal setiap 10 minit saya tekan button Epidural untuk menghilangkan rasa kena jahit hidup-hidup.

Kemudian, doktor pakar Columbia sedia membantu saya untuk urusan failkan saman terhadap hospital terbabit. Walaupun saya dah sign surat untuk suntikan Epidural, saya tetap boleh failkan saman kerana tanggungjawab menyuntik Epidural adalah tugas doktor, bukannya saya cucuk sendiri.

Sekarang sudah dua bulan lebih, sudah sebulan juga duduk di atas kerusi roda. Alhamdulillah anak saya tidak kuat meragam. Suami pun sentiasa support saya, menyayangi saya. Semua orang jumpa saya dipeluk dan meminta saya kuat.

Sekarang saya menjalani fisioterapi di Hospital Columbia. Alhamdulillah jari kaki saya dah boleh digerakkan sikit. Doakan saya cepat sembuh. Saya terharu ramai yang comment dan like status saya. Terima kasih semua.

Moga Allah membalas jasa anda. Amin.

Kredit - Tanya Doktor Pakar Wanita

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Kasut Yang Paling Ditakuti Banduan Penjara

kasut ini dihasilkan oleh Warden, J.c Gardner pada tahun 1866, kasut ini juga dipanggil the Oregon Boot atau man-killer. Kasut ini mempunyai berat di antara 5 hingga 28 paun. Kasut ini telah dipakai oleh banduan untuk mengelakkan mereka dari larikan diri. Selain itu, ramai banduan yang memakai kasut ini satu masa yang panjang akan menyebabkan masalah fizikal yang parah.

Pelajar Koma Kerana 'Air Coke'


Status ini dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang mendakwa seorang pelajar sekolah rendah telah koma hanya kerana minum minuman tin yang telah tamat tempoh.

Menurutnya, 'air coke' itu mudah diperolehi dan sering dijual oleh penjaja di luar pintu pagar sekolah. 

SEMALAM, dapat berita yang mendukacitakan dari ibu bapa tentang anak mereka yang berada di tahun 1.

Anak mereka koma dah masuk empat hari termasuklah hari ini. 

Menurut doktor, punca utama adalah disebabkan murid itu minum air cola jenis spray candy ini. Air cola ini harganya RM0.50 - RM1.00 sahaja dan banyak dijual oleh penjaja-penjaja di luar sekolah.

Mungkin air yang murid itu beli sudah expired atau dipenuhi dengan bakteria-bakteria bahaya. Aku pun tak tahu tetapi yang pasti menurut doktor, itulah puncanya.

Hari ini terus buat perhimpunan tergempar untuk murid tahap 1. Aku jelaskan bahaya minum cola ini dan larang mana-mana murid dari beli.

Peringatan untuk rakan Facebook sekalian. Hindari anak-anak atau adik-adik anda dari membeli cola spray candy ini sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.

Nota kecil: yang dalam gelas itu air teh o ais aku. Jangan salah faham. Sekadar nak bagi gambaran saiz sebenar saiz bekas minuman cola itu sahaja. Tolong doakan kesihatan buat muridku yang masih tidak sedarkan diri.

Vapor Meletup! (7 Foto)



Seorang lelaki mengalami kecederaan yang agak serius di bahagian mulutnya akibat vapor yang dibelinya meletup secara tiba-tiba.

Mangsa, Travis Nummerdor, turut memuat naik gambar-gambar kecederaan dirinya di laman Facebook pada 22 Mei yang lalu, tersebar serta dikongsikan oleh ramai pengguna laman berkenaan.

Menurut Travis, vapor yang digunakannya sejak sekian lama meletup secara tiba-tiba sehingga mencederakan bahagian dalaman mulutnya. 

Travis terpaksa menerima beberapa jahitan di bahagian bibir akibat terkoyak terkena letupan kecil itu.

Para pengguna vapor dinasihatkan berhati-hati dengan alat tersebut berikutan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjual vapor tiruan yang tidak berkualiti boleh menyebabkan letupan seperti itu.







Awas! Ayam Berpenyakit Misteri (Virus) Dijual Di Pasaran


Seorang individu memuat naik beberapa gambar seekor ayam yang didakwa berpenyakit misteri dan mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Bh Tan, memuat naik gambar-gambar berkenaan di laman Facebooknya pada 16 Mac yang lalu.


"Be Alert! Don't buy or eat chickens at anywhere. Just receive message from one of the chicken processing company staff inform about all the chickens that they cut got infectious some mysterious disease. So avoids chicken for 1-2 weeks. Spread the message!!" 

Terjemahan bahasa Melayu:

"Awas! Jangan beli atau makan ayam di mana-mana. Baru saja menerima mesej dari salah seorang kakitangan syarikat pemprosesan ayam yang memaklumkan tentang ayam yang dipotong oleh mereka dijangkiti penyakit misteri. Jadi, elakkan dari membeli/makan ayam untuk seminggu dua ini. Sebarkan mesej ini!"

Jelas Bh Tan lagi, sudah ramai yang termakan ayam yang dijangkiti penyakit misteri itu menyebabkan timbulnya bintik-bintik merah di bahagian muka, badan dan tapak tangan. 



Bh Tan juga mendakwa penyakit bintik-bintik merah itu adalah virus dan kerajaan Malaysia telah merahsiakan perkara ini dari pengetahuan umum.

Bagaimanapun, dakwaan liar yang mengatakan Kerajaan Malaysia merahsiakan perkara itu adalah tidak benar. 

Menurut sumber dalaman Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka tidak tahu akan kes berkenaan dan penyebaran kes itu tidak dilaporkan kepada mereka. Namun tidak menafikan ada menerima laporan dari orang awam yang meminta pengesahan mengenai kes tersebut.

Hasil pemerhatian kami, tiada sebarang laporan mengenai ayam berpenyakit misteri ini tersebar di laman sosial mahupun dijual oleh peniaga daging ayam. 

Pengguna dinasihatkan agar memerhatikan tanda-tanda seperti dalam gambar pada daging ayam yang telah diproses sebelum membeli sebagai langkah berjaga-jaga. Mohon Kementerian Kesihatan Malaysia siasat perkara ini sebelum rakyat Malaysia panik - THE HYPE MEDIA

Ngeri, Mata Kanak-Kanak Tercucuk Dawai Mainan

sfr png?354727
Ngeri, gambar yang dikongsikan seorang pengguna facebook, dimana seorang kanak-kanak perempuan tercucuck mata akibat bermain alat permainan kereta control. Kanak-kanak tersebut terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan besi tersebut .
11021098 835925263147095 7672920068523845581 n 2
10986898 835925289813759 2929685903154375205 n 1
10403340 835925396480415 8286756338119387168 n 2
10403340 835925396480415 8286756338119387168 n 2
11043010 835925413147080 5012947840424144751 n 2


Top