Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Tiga cedera jentera bomba terbalik

SUNGAI ACHEH - Kejadian jentera bomba terbalik di Kampung Sungai Acheh, di sini awal pagi tadi mengakibatkan tiga anggota bomba tercedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Nibong Tebal, Penolong Penguasa Bomba, Fauzi Mohd Shuaib berkata, kejadian berlaku jam 6.30 pagi apabila sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap yang membawa empat anggota bomba sedang dalam perjalanan ke Kampung Simpang Tiga, di sini bagi memberi bantuan terhadap satu kes kebakaran premis stor simpanan jentera.

Menurutnya, kejadian kemalangan itu berlaku sewaktu jentera bomba itu memberi laluan kepada sebuah lori muatan berat bagi melalui jalan utama Sungai Acheh-Nibong Tebal yang sempit.

"Berikutan keadaan jalan sempit, jentera bomba berkenaan terpaksa memasuki kawasan tebing yang agak curam bagi memberi laluan kepada lori berkenaan.

"Namun, jentera berkenaan hilang kawalan sebaik usaha menaikkannya semula ke jalan raya gagal dan menyebabkan kenderaan itu terbalik serta menghalang jalan,"katanya sewaktu ditemui media di lokasi kejadian semalam.

Fauzi berkata, kemalangan itu mengakibatkan tiga anggota bomba cedera, termasuk seorang anggota bomba berpangkat pemangku penyelia operasi.

Menurut, sewaktu kejadian berlaku, dua anggota bomba ditemui sedang pengsan, manakala dua lagi dibantu penduduk kampung untuk dikeluarkan daripada jentera.

"Tiga anggota bomba tercedera itu kemudiannya dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan lanjut.

"Pada masa sama, pihak kami turut mengenal pasti keadaan jalan raya di hadapan kampung itu yang sempit bukan sahaja menyebabkan jentera kami terbalik, malah turut menjadi berlaku kekerapan kejadian kemalangan melibatkan kenderaan ringan,'katanya.

Fauzi berkata, keadaan jentera bomba terbalik di atas jalan raya turut menyebabkan Jalan Sungai Acheh-Nibong Tebal ditutup buat sementara.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top