Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5



Kita selalu mendengar sesetengah orang merungut di laman sosial, di kedai, di rumah, di mana-mana sahaja apabila mereka dikerahkan bekerja selepas waktu kerja. 

Iyalah, setiap orang ada kehidupan masing-masing lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga. Bonding time dengan family adalah penting agar hubungan kekeluargaan itu tidak renggang. 

Majikan bernama Hayat Muhamad ini amat memahami perkara seperti ini. Baca coretan ringkas beliau mengenai perkara ini dan mungkin boleh dikongsikan di wall Facebook majikan anda.

SAYA SEBAGAI MAJIKAN tidak akan menganggu kakitangan selepas jam 5.00 petang. Pada hujung minggu, saya juga tidak akan menganggu mereka. 

Kelonggaran juga diberikan pada waktu pagi untuk bersarapan pagi. Waktu mula bekerja pula ialah jam 10.00 pagi dan mereka boleh pulang pada jam 4.00 petang. 

Rasionalnya, mereka bukan hamba abdi. Mereka juga bukan robot. Mereka juga mempunya keluarga dan masa untuk melakukan aktiviti-akviti seperti hobi.

Adakah had atau syarat-syarat bagi wakut kerja mengikut undang-undang buruh?

Ada dinyatakan yang di bawah Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1955, di mana pekerja tidak boleh diarahkan bekerja:

1. Lebih dari 5 jam berturut-turut tanpa rehat yang tidak kurang daripada 30 minit.

2. Lebih dari 8 jam sehari. Lebih tempoh masa 10 jam sehari.

3. Lebih 48 jam seminggu.

Jika mereka bekerja lebih masa, mereka harus dibayar overtime. - HAYAT MUHAMAD

Respon netizen pula, ramai yang bersetuju dengan kenyataan Hayat Muhamad ini.

"Siapa yang rasa dia bos, mohon terasa dan ambil sebagai pengajaran. Jangan ingat bila kau dah bayar gaji orang bawahan, kau boleh kerahkan masa dan tenaga dia sesuka hati. Dia pekerja, bukan hamba abdi. Jangan pula sentap kalau orang bawahan tidak hormat kau. Dah kau pun tak boleh nak hormat dia," kata Zul. - THEHYPEMEDIA.COM

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top