Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

'Saya Tak Kebas Duit Anak Yatim!'


PENCERAHAN ISU 'PENIAGA ONLINE PENIPU'

Assalamualaikum semua warga Facebook. Saya, Muhammad Zulfadhli, 'peniaga online' yang dikecam tanpa soal selidik yang betul.

Tujuan saya keluarkan statement ini adalah bertujuan untuk membersihkan nama saya seperti yang disarankan oleh pihak polis dan orang yang terdekat.


Selama ini saya diam, bukan bermakna saya mengiyakan apa yang telah diviralkan oleh pihak yang tidak tahu hujung pangkal. Tetapi ini kerana saya dalam usaha nak menjejak orang yang menjadikan saya sebagai mangsa keadaan. Malangnya, dia telah menghilangkan diri.

Di sini, saya ada tampilkan bukti-bukti yang saya telah membuat pembayaran semula kepada mangsa dan usaha saya untuk menjernihkan keadaan ini, beserta dengan laporan polis yang dibuat adalah bertujuan untuk mempertahankan diri dari terus dikecam.


Saya bukan berniat nak mengeruhkan keadaan, tetapi ini adalah salah satunya cara yang sewajarnya saya gunakan untuk mengembalikan semula maruah saya dan keluarga yang telah tercemar akibat perbuatan pihak ketiga.

Terpulang kepada anda semua untuk cakap apa pun, tetapi tolong berfikir seketika.

Kalau betul saya bersalah dan mahu menganiaya orang, kenapa saya perlu cuba untuk contact pihak pembeli untuk menjernihkan keadaan? Ada ke orang tertuduh nak menjernihkan keadaan? Ada ke orang mencuri nak memulangkan duit yang telah dicuri? Dan ada ke orang yang salah nak beranikan diri pergi ke balai untuk buat report sedangkan umum tahu kes penipuan ini bukan kes kecil untuk buat polis senang-senang tutup mata?



Macam apa yang saya baca kisah-kisah sebelum ini, scammer banyak menghilangkan diri dan diamkan diri bila dah jadi viral macam ni. Tapi kenapa saya memilih untuk menampilkan diri? 

Saya ada keluarga, saya ada kawan-kawan, saya ada maruah, orang-orang terdekat dengan saya pun ada maruah. Apa perasaan mereka bila mereka diejek, dimaki? 

Kalau pada orang lain yang buat salah dan tak rasa apa-apa, itu hal mereka. Tetapi bagi saya, nak heret sekali maruah orang-orang yang saya sayang, hanya kerana duit RM320, itu sangat-sangatlah tidak berbaloi. 

Macam ada sesetengah orang yang komen post viral itu berkata ada yang kenal saya, tahu saya siapa, tahu saya tinggal di mana. Cuba fikir logik, orang kenal saya, jadi saya taklah sebodoh itu nak menconteng arang di muka sendiri sedangkan selama hari ini saya tak penah ada rekod buruk di kalangan kenalan saya. 

NIAT SAYA CUMA SATU, NAK CARI DUIT POKET LEBIH UNTUK MEMBANTU MERINGANKN BEBANAN MAMA DAN AYAH UNTUK PENUHI KEPERLUAN SAMBUT RAYA KAMI SEKELUARGA.

Saya hanya bertindak sebagai orang tengah di antara pembekal dan pembeli, atau sebagai 'Dropshipper'. Itu yang saya buat. Saya ambil komisen seperti yang dijanji oleh si 'pembekal' jika saya berjaya cari pelanggan. Jadi mana saya nak sangka dia tipu, sebab duit saya dah berikan pada 'pembekal' itu. 

Saya tahu ini kes tipu selepas kakak kepada pembeli memberitahu barang tidak diterima seperti yang dijanjikan.

Now, saya jawab beberapa soalan yang saya ada baca.

1.Kenapa saya menyahaktifkan Facebook? Jawapannya senang sahaja. Sebab saya tak nak orang salah guna Facebook saya lagi. Sebelum ini, ada pihak yang cuba mengambil gambar saya, viral sana sini, kecam sana sini. Tambahan pula dalam akaun Facebook saya ada banyak gambar saya dengan keluarga, kawan-kawan. Apa perasaan mereka kalau nampak semua itu?

2. Ada yang mendakwa saya makan duit sekolah anak-anak yatim. Di sini saya mahu menjelaskan bahawa anak-anak yatim yang dimaksudkan mangsa itu adalah anak saudara mereka yang telah kehilangan ibu dan bapa. XBOX itu adalah hadiah untuk anak saudara mereka. Yang tak percaya, boleh selidik.

Facebook warrior sekalian, tolonglah berhenti menyebarkan sesuatu yang kalian tidak selidik hujung pangkal. Selidik dulu, dengar dan nilai kedua-dua pihak bukannya terus sebarkan.

Kalian mungkin boleh viralkan jikalau saya mendiamkan diri, tak dapat dihubungi atau sebab-sebab yang lain. Tetapi dalam kes ini, semua orang boleh contact saya. Bagi yang kenal saya boleh cari saya dimana-mana.Jadi di mana yang dimaksudkan saya tidak bertanggungjawab? 

Tetapi tak mengapa, saya bersyukur dengan kejadian ini sebenarnya. Sebab kalian membuatkan saya kenal siapa kawan, siapa lawan. Yang mana berdiri bagi semangat untuk saya hadap dugaan ini dan yang mana caci maki saya tanpa cuba tanya. 

Sekarang ini, ramai orang yang cuba menjadi dropship seperti saya untuk menambahkan duit poket. Kalaulah hal sebegini terjadi pada salah seorang ahli keluarga atau orang terdekat, walhal tujuannya hanya nak mencari duit poket lebih, apa perasaan anda? Maruah yang tercalar itu bukan senang nak ditukar ganti.

Terima kasih kepada yang masih berdiri dengan saya, yang banyak memberikan nasihat dan membantu serta terima kasih juga yang mengecam saya tanpa sebarang usul periksa atau yang tahu cerita sebenarnya yang telah berlaku.

Sekali lagi saya menegaskan, saya bukan mahu mengeruhkan keadaan. Niat saya cuma nak membersihkan kembali maruah diri saya dan ahli keluarga, maruah orang yang terkedat yang terkena dengan tempias ini. Saya memohon nama agar nama saya dibersihkan kembali dan viral ini diperbetulkan.

Akhir kata, saya meminta maaf sekiranya penjelasan saya ini ada menyinggung mana-mana pihak. Sekiranya ada sesiapa yang nak tahu lebih jelas, bolehlah menghubungi terus kepada saya dan pihak mangsa serta keluarga. 

Saya berharap kes ini selesai di sini sebab natara saya dengan pihak mangsa juga telah selesai. 

Assalamualaikum - Fadzli Foo

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

10 Perkara yang Ibu Anda Tidak Pernah Ceritakan Kepada Anda



Umum mengetahui, ibulah orang yang paling rapat dengan kita sejak kita dilahirkan. Bermulalah daripada mengandungkan kita sehingga kita besar dan berpisah jarak yang mana si anak akan tinggal berasingan untuk belajar dan juga bekerja.

Kadang-kadang sehingga kita lupa akan ibu kita yang jauh di kampung halaman. Walaupun sering mengirimkan wang ringgit bagi perbelanjaan mereka adakah itu sebenarnya bagi mereka? Sudah tentu tidak melainkan dapat melihat anak-anak di depan mata lebih-lebih lagi ketika mereka sudah tidak berupaya menjalankan tugas harian seperti biasa.

10 perkara yang mana apakah yang dilakukan mereka sejak anda kecil dan apakah pengorbanan yang dilakukan mereka semenjak dia mula mengandungkan anda. Supaya anda tahu siapa anda sebenarnya di hati mereka.

1. Anda membuatkan dia menangis

Dia menangis ketika tahu mengandungkan anda. Dia menangis setelah melahirkan anda. Dia menangis kerana bahagia. Dia menangis kerana ketakutan. Dia menangis kerana bimbang. Dia menangis kerana dia memahami anda. Dia turut merasa sakit dan juga bahagianya anda sama ada anda sedar atau tidak.

2. Dia mahukan makanan yang paling akhir

Sekiranya ada potongan kek yang terakhir dalam pinggan, dia sangat mahukannya tetapi apabila dia melihat anda yang comel, bermata bulat besar sedang menjilat keliling bibir dengan lidah kecil anda, dia tidak akan makan bahagian akhir itu. Dia tahu dia akan lebih gembira melihat anda yang memakannya.

3. Dia merasa sakit

Apabila anda menarik rambutnya, apabila anda mencakar dengan kuku tajam anda yang susah untuk dipotong, apabila anda menggigitnya ketika sedang menyusu, ketika anda menendang dan mencakar sewaktu dalam kandungan dan segala kesakitan dibuat oleh anda ketika melahirkan anda.

4. Dia sentiasa ketakutan

Bermula mengangdungkan anda, dia akan lakukan segala termampu untuk melindungi anda. Dialah wanita yang berkata 'Tidak' kepada anak jiran yang kecil yang meminta untuk mendukung mu. Susahnya hati dia bila tahu tiada apa yang dia mampu lakukan untuk memastikan keselamatan anda. Sentiasa tidur lewat memastikan anda pulang ke rumah dengan selamat dan bangun awal pagi untuk melihat anda ke sekolah. Ketika tidur, dia sentiasa siap sedia menenangkan anda sekiranya didatangi mimpi buruk ataupun demam pada malam.

5. Dia tahu yang dia tidak sempurna

Dialah yang paling kuat mengkritik diri sendiri.  Dia tahu akan segala kelemahannya dan kadang-kadang sehingga membenci diri sendiri. Dia akan merasa segala kekurangan diri apabila memikirkan anda. Walaupun dia mahu menjadi seorang ibu yang sempurna tanpa melakukan apa-apa kesilapan tetapi dia hanyalah manusia biasa. Dia juga berharap sekiranya boleh mengundurkan masa untuk mengelak kesilapan-kesilapan itu. Maka berbuat baiklah terhadap ibu, dan tahulah yang mereka telah melakukan yang terbaik untuk anda.

6. Dia menatapi ketika anda sedang tidur

Terdapat malam-malam yang dia akan berjaga sehingga jam 3 pagi dan berdoa serta berharap yang anda akhirnya tidur. Dia menahan rasa mengantuk ketika mendodoi anda dengan menyanyikan lagu sambil dalam hati berkata “tidurlah... tidurkan...”. Kemudiannya setelah anda akhirnya tidur dia akan meletakkan anda di sebelahnya dalam keletihan yang belum lagi hilang menatap raut wajahmu yang kecil dan comel.

7. Dia mengandungkan anda lebih dari 9 bulan

Dia belajar mendukung kami ketika menyapu sampah, mendukung anda ketika dia sedang makan sehinggakan ketika dia tidur sekalipun. Lengannya mungkin sakit, belakangnya mungkin sakit tetapi tetap mendukung anda kerana dia mahu anda berada disampingnya.

8. Dia berpatah hati setiap kali anda menangis

Tiada lagi bunyi yang sangat menyedihkan bagi mereka melainkan bunyi tangisan dan air mata yang mengalir ke wajah anda. Dia akan melakukan segala yang termampu hanya untuk membuatkan anda behenti menangis dan apabila dia tidak berjaya, hatinya akan retak seribu.

9. Anda diutamakan

Biarpun dia tidak sempat mandi, makan dan tidur tetapi akan memastikan yang anda mendapat semua itu. Dia mungkin akan menghabiskan seharian semata-mata mendapatkan segala keperluan anda sehingga pada akhirnya dia kehabisan tenaga untuk keperluan diri sendiri. Tetapi keesokan harinya dia tetap akan mengulangi perkara yang sama kerana anda sangat bermakna baginya.

10. Dia mengulangi semua perkara itu

Biarpun segala kesakitan, kesusahan, siang dan malam dilalui oleh ibu kita, dia tetap akan melakukan perkara yang sama untuk kita kerana kita sangat bermakna baginya. Maka, sekiranya anda melihat ibu anda selepas ini, ucapkanlah terima kasih kepadanya. Biarkan dia tahu yang anda juga sayangkan dia.



'Saya Sudah Tidak Tahan Diperlakukan Seperti Haiwan!'


JOHOR BAHRU - Kejam! Seorang gadis terpaksa melalui detik-detik hitam dalam kehidupannya apabila dia menjadi mangsa dera kakak dan abang iparnya sejak empat tahun yang lalu.

"Saya sanggup sujud dan mencium kaki kakak supaya menghentikan perbuatan kejamnya kerana sudah tidak sanggup lagi menahan kesakitan. Tetapi dia tidak menghiraukannya," kata mangsa.

Ain, 23, berjaya diselamatkan oleh kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan bantuan beberapa anggota polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Utara pada malam kelmarin di rumah kakaknya di Taman Universiti, Skudai.

Menurut Ain, dita tidak menyangka keikhlasan kakak kandungnya yang berusia lingkungan 30'an itu yang mempelawanya tinggal bersama demi masa depan yang cerah pada empat tahun yang lalu sebenarnya mengundang penderitaan dalam hidupnya.

Jelas Ain, hampir setiap minggu dia dilayani lebih keji dari haiwan, dipukul dengan penyapu, disimbah dengan air panas selain dari seringkali ditekap dengan seterika di badannya termasuk di kemaluan, lidah serta belakang badannya.

Berita penuh menyusul.. 

Rugi RM2,050 Ditipu Penunda Kereta



Mendapat pengalaman yang teruk hari ini. Saya tidak pasti sama ada tindakan memuat naik status ini betul atau sebaliknya. Tetapi apabila difikirkan kembali, mungkin ini akan dapat membantu orang ramai dari menjadi mangsa.

Hari ini (6 Jun), ayah saya mengalami kemalangan di Cheras. Tayar pecah dan hilang kawalan menyebabkan ayah terlanggar sebuah kereta dengan kerosakan kecil, namun tiada sesiapa yang cedera.

Ayah menghubungi panel bengkel keretanya (Renault) dan mereka memaklumkan kereta tunda yang dihantar akan mengambil sedikit masa yang lama untuk tiba di tempat kejadian. 

Seperti biasa, muncul sebuah kereta tunda di tempat kejadian dan polis pula terus menerus menekan ayah saya untuk mengalihkan keretanya yang menyebabkan jalan raya sesak.

Ayah cuba menghubungi Renault sekali lagi dan mereka berbincang dengan kereta tunda yang datang tadi. 

Akhirnya, ayah bersetuju akan membayar RM200 jika mereka membawa keretanya itu ke balai polis. Ayah juga disuruh menandatangani sehelai dokumen persetujuan sebagai bukti ayah membenarkan mereka membawa kereta tersebut selain dari bimbang ditahan polis dan timbulan pula masalah yang lain.

Sudah tentu ini bukan satu langkah yang baik tetapi polis pula terus menerus memberikan tekanan pada ayah agar mengalihkan keretanya menyebabkan dia terpaksa menandatangani dokumen berkenaan.

Selepas tiba di balai polis, pemandu kereta tunda itu tadi menghubungi ayah saya memaklumkan keretanya telah dibawa ke bengkel milik mereka. 

Ayah menghubungi mereka semula dan mengarahkan mereka membawa semula kereta itu ke balai polis seperti yang dipersetujui namun tidak diendahkan. Sebaliknya, mereka tidak akan memulangkan kereta itu selagi ayah tidak membayar mereka.

Lalu pemandu kereta tunda itu tadi datang ke balai polis dengan 10 orang rakannya dan mengugut ayah sama ada bayar mereka RM2,000 atau kereta tidak akan dipulangkan. 

Ayah cuba meminta bantuan sarjan yang bertugas. Malangnya sarjan itu tidak dapat memberikan bantuan memandangkan ayah telah menandatangani dokumen perjanjian. 

Pemandu kereta tunda dan rakannya terus menekan, mengugut ayah di balai polis. Polis bagaimanapun hanya menyaksikan kejadian itu tanpa berbuat apa-apa.

Ayah dipaksa mengeluarkan wang dari bank sebanyak RM2,050 dan bayar pada mereka sebagai syarat keretanya dibawa ke bengkel Renault.

Saya bertemu dengan ayah di bengkel Renault untuk membawanya balik dan hanya mengetahui kejadian ini dan pemandu kereta tunda juga berada di bengkel itu. Jadi, secara diam-diam saya merakam gambar kereta tunda itu sementara pemandunya sedang menurunkan kereta ayah.

Selepas itu, pemandu kereta tunda itu sekali lagi meminta RM200 dari ayah dengan alasan telah membantu dan menghantar keretanya ke bengkel yang dikehendaki. 

Sudah tentu ayah marah kerana mereka dilihat cuba menipu dan mengenakan bayaran yang tidak sepatutnya, sedangkan dia juga telah menerima bayaran dari jumlah RM2,050 yang dikeluarkan sebelum itu.

Lelaki itu menjadi marah lalu pergi ke keretanya dan mengambil sebatang besi menuju ke arah ayah dengan saya pula terpaksa mengejar lelaki itu di belakang untuk menghalangnya. 

Alamat syarikat kereta tunda penipu

Sambil berlari, saya mengugut akan merakam gambar dan video serta menghubungi polis untuk dijadikan sebagai bukti. Lelaki itu kemudian berpaling dan mengetuk cermin mata saya sehingga pecah.

Dia mula mengancam saya, jadi ayah pula segera berlari dan melindungi saya. Lelaki itu terus cuba menyerang kami sekali lagi tetapi kali ini pengawal keselamatan dan kakitangan bengkel itu cuba menenangkan lelaki terbabit.

Saya beritahu lelaki itu saya sedang menghubungi polis Shah Alam. Lelaki itu pula menghubungi majikannya. Dengan tangan yang terketar-ketar, saya menunggu polis menjawab panggilan, tetapi tiada sesiapa yang menjawab panggilan. Mujurlah lelaki itu berlalu pergi begitu sahaja.

Saya sangat kecewa dan takut dengan tindakan lelaki itu dan polis yang tidak membantu.

Kepada mereka yang lain, tak kira berapa beratnya tekanan yang anda hadapi atau apa yang polis beritahu anda, usah diturutkan sahaja kemahuan mereka jika anda terlibat dalam kemalangan. Mereka hanya berniat mengambil wang anda. Bukan sahaja mahukan duit, mereka juga sanggup mencederakan anda! - Pengadu, Zia (bukan warganegara Malaysia)

- THEHYPEMEDIA.COM

'Ini Melampau!'


Demikian status Facebook yang dimuat naik oleh seorang wanita bernama Liyana Azman yang berang dengan tindakan seorang pendidik yang memalukan adiknya di sekolah.

"Ustazah denda adik saya, disuruh pakai telekung semasa menjawab soalan peperiksaan. Selepas itu, rakam gambar dan hantarkan ke group budak sekolah. Motif apa?

Kes guru merakam gambar pelajarnya dan sebarkan kepada umum kembali lagi. Tindakan guru ini dilihat sengaja memalukan pelajar terbabit.

"Please explain this! Apa perasaan Najmi nak jawab exam ni? Down okay. Keliling dia semua ketawakan (dia). Nak mengajar pun biarlah denda yang bermoral sikit.

"Salah dia sebab tak pakai songkok. Okay, dia salah tetapi perlu ke hantar ke group bagai? Kami sekeluarga tak boleh terima," kata Liyana yang kesal dengan tindakan guru berkenaan.

Tindakan guru merakam gambar pelajar seperti ini amatlah tidak wajar walaupun niat sekadar bergurau kerana ia boleh ditafsirkan maksud yang lain oleh orang awam. 


Pihak KPM perlu tegas dalam hal ini dengan menggenakan tindakan tegas terhadap mana-mana guru yang merakam pelajar mereka dengan niat cuba mengaibkan mereka. - THEHYPEMEDIA.COM

5,000 Penjawat Awam Malas


KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 penjawat awam pemalas dikenal pasti sejak kerajaan menguatkuasakan dasar pemisah berprestasi rendah dikuatkuasakan tahun ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, sejak surat pekeliling dikeluarkan tahun lalu pelbagai kesalahan dilakukan mereka termasuk sengaja tidak hadir bertugas selama 200 hari setahun.

"Mereka ini golongan yang sudah hilang fokus kerana dipercayai mempunyai komitmen luar seperti berniaga.

"Mereka yang mempunyai markah prestasi di bawah 60 ini akan diberikan kursus semula selama enam bulan kemudian diberi peluang bertugas enam bulan sebelum dinilai semula," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merasmikan Hari Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di sini, hari ini.

Ali mengulas mengenai dasar berkenaan yang pertama kali diperkenalkan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang dibentangkan Najib di Dewan Rakyat kelmarin untuk merasionalisasikan sektor awam dan mewajarkan saiz perkhidmatan.

Langkah itu bertujuan menjadikan perkhidmatan awam berfokuskan rakyat disokong dengan bakat yang lebih berkemahiran, kurang lapisan hirarki dan birokratik, kurang pemusatan kerja serta perkhidmatan lebih mudah dicapai, cekap dan berkesan untuk rakyat.

Dalam pada itu, Ali berkata, secara dasarnya Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersetuju dengan pelaksanaan dasar itu.

Katanya, tujuannya adalah untuk meningkatkan prestasi kakitangan awam.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan tidak akan sesuka hati memberhentikan kakitangan awam sebaliknya mempertimbangkan banyak sudut sebelum tindakan dibuat.

"Bukan senang-senang untuk kita berhentikan tetapi kita akan beri peluang kepada mereka," katanya.



Video: Bayi Dicampak, Dipusing & Digoncang Kuat


Video seorang bayi digoncang, dipusing dan dicampak ke katil viral di laman sosial.

Bayi yang dianggar berusia bawa 6 bulan itu dicampak ke katilnya sebelum dipusing dan digoncang dengan kuat oleh wanita yang dipercayai ibu kepada bayi malang itu.

Berdasarkan video berdurasi 51 saat itu, wanita itu dipercayai berang dengan anaknya yang kerap menangis. 


Tidak tahan mendengar tangisan itu, si ibu mula mencampakkan anaknya ke katil dan memusing anaknya sebelum mengoncang mangsa dengan kuat sambil tersenyum.

Mangsa hanya mampu menangis ketakutan diperlakukan dengan kasar oleh ibunya. 

Video dipercayai dirakam oleh kenalan atau saudara wanita terbabit.

Netizen yang melihat rakaman video zalim itu menyelar tindakan si ibu yang tidak berperikemanusiaan. 



'Apa Salah Ayah Saya?'


KUALA LUMPUR: "Kenapa sampai keterlaluan begini pihak berkenaan buat saya, apa salah arwah ayah saya sehingga dihina sebegini?"

Demikian penjelasan dari Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang menyatakan rasa kesal kerana nama arwah ayahnya dinamakan dalam permainan telefon pintar Android.

"Ayah saya sudah tiada, tolong jangan hina dia. Maslan adalah seorang penoreh getah yang miskin dan buta huruf," katanya.

Permainan baharu Maslan yang dinamakan 'MASLAN 3.85 Extended Version' dan 'Tampar Maslan' mula dipromosi di laman sosial termasuk sistem pesanan WhatsApp pada Rabu.

Dalam pada itu, pihak pembangun permainan itu turut disifatkan tidak tahu namanya dan sengaja menamakan nama arwah ayahnya untuk terus memburukkan lagi situasi.

"Nama saya pun puak-puak ini tidak tahu," ujarnya.

Ahmad sebelum ini dilaporkan kecewa apabila kebanyakan kenyataannya, terutama mengenai isu Cukai Barangan dan Pekhidmatan (GST), banyak diputarbelitkan beberapa pihak.

Kata Ahmad, walaupun kehidupannya sebagai seorang menteri banyak berubah selepas pelaksanaan GST kerana menjadi sasaran ditertawakan, namun sedar tanggungjawabnya untuk terus memberi penerangan kepada orang ramai mengenai kebaikan GST.

Rugi RM10,230 Ditipu Bengkel Penipu


Lagi mangsa penipuan bengkel penipu. Kejadian ini baru terjadi pada 2 Mei 2015. Sebar dan kongsikan pada rakan-rakan anda agar tidak menjadi mangsa penipuan bengkel yang tidak bertanggungjawab ini.
______________________________________________________

Perkara macam ini bukan dah jadi cerita main-main dah. 

Semalam kawan saya kena kat Nilai 7. Kereta rosak kat highway Seremban. Mula-mula kata cuma kena RM300 lebih je. Last bila sampai bengkel, buka jer, dah rosak yang lain pula katanya. 

Dia barai enjin. Orang-orang dia ramai. Semua orang India. Member ni kena hari Jumaat. Last-last dia minta RM5,471. Memang tak masuk akal.

Member terpaksa mengalah sebab demi keselamatan anak-anak dan isteri.

Bila dah nak siap, bil keluar RM10,000. Mana nak cari RM10K waktu cuti macam tu? Kawan-kawan pun tak dapat nak bantu. 


Last-last dia dapat duit dari seorang kawan dan bayar kos tersebut. Masalahnya, kereta tak jadi apa. Memang diorang nak sembelih.

Hari tu je ada tiga buah kereta lagi yang dia buat macam tu. Dia barai enjin kereta tu. Tak tahulah nasib diorang macam mana. 

Nak ikutkan hari tu, memang dah boleh jadi perang. Ramai yang nak bantu serang bengkel tu. Tapi bila bincang balik, demi keselamatan keluarga dia, kita ikutkan kehendak diorang. 

Jadi, sesiapa yang ada masalah kerosakan kereta di highway Seremban, telefon polis dulu. Jangan bagi pomen-pomen India ni tarik ke bengkel diorang. Buatlah alasan yang abang atau saudara dalam perjalanan nak datang membantu.

Biar pihak polis jaga keselamatan kita. Perkara ini benar-benar berlaku. Saya faham sangat perasaan orang yang berada dalam situasi seperti itu.



Luahan Hati Jururawat Seringkali Dituduh Lembab & Lambat


Sorry lah kalau 'artikel' aku kali ni agak kasar sedikit (banyak). Tapi aku dah penat dengar orang hina kerjaya aku.  Seriously, apa masalah anda dengan kami sebagai seorang jururawat? Semuanya serba tak kena pada mata anda kan?

**Teks ini menggunakan bahasa Melayu yang tidak rasmi untuk mengekalkan mood penulisan dan pembacaan.** 

Sebelum aku mulakan teks ini, aku nak perjelaskan beberapa perkara supaya anda faham dan tidak lagi memperbodohkan diri anda sendiri.

JURURAWAT adalah orang yang berkelayakan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam perihal menjaga pesakit dari segi kesihatan, penjagaan diri, kebersihan, perawatan, nutrisi, pendidikan kesihatan, rehabilitasi, pemulihan mental dan fizikal seseorang pesakit. Kami sebagai jururawat adalah pakar dalam bidang kami. Kalau doktor adalah pakar dalam kesihatan, juruterbang adalah pakar dalam penerbangan, kami adalah pakar dalam perawatan.

Jururawat termaktub dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan bukannya institusi kesihatan yang berkenaan. Kami ada badan lembaga kami sendiri.

PESAKIT pulak bermaksud orang yang ada masalah untuk menjalani kehidupan dengan cara yang terbaik. Tak kira la masalah dari segi kesihatan ke, mental atau fizikal ke, emosi atau tingkahlaku ke, masalah pengetahuan ke, asalkan selagi masalah itu mengganggu anda untuk menjalani hidup dengan kualiti yang terbaik (kecuali masalah kewangan).

Jadi anda fikir semula, anda tu tergolong dalam kumpulan pesakit ataupun tidak?

Sekarang aku nak bidas satu persatu.

1. JURURAWAT TAK BUAT KERJA.

Ini tuduhan tak berasas. Kat sini aku sertakan jadual waktu melawat di wad hospital kerajaan (hospital swasta tidak pasti).


Anda datang ke wad sebagai pelawat pada waktu melawat, kemudian anda nampak jururawat duduk di kaunter jururawat. Lepas tu anda kata jururawat tak buat kerja. Kelakar.

First of all, anda datang pada waktu melawat. Waktu tu kami tak akan buat apa-apa perawatan pada pesakit kerana kami nak beri masa kepada ahli keluarga untuk datang dan menjenguk pesakit tanpa sebarang gangguan. Masa yang terluang itu kami gunakan untuk siapkan laporan dan dokumentasi harian. Segala paperwork akan disiapkan pada waktu itu.

Fikir semula. Takkan anda nak kami buat kerja kat pesakit sepanjang masa sampai anda tak ada peluang untuk jenguk pesakit? Sebab tu kami bagi masa. Takkan la masa anda nak jumpa pesakit, time tu la kami nak buat dressing. Tak ke anda yang bising jugak nanti? Logik la sikit. Kami pun taknak kerja kami diganggu atau mengganggu pelawat. Dah bagi masa untuk melawat pun kata tak buat kerja. Tak bagi masa kang kata kami ni kejam.

Dah time anda jenguk pesakit tu, kami pun siapkanlah paperwork kami di kaunter. Apa masalahnya? Tahu tak apa jenis dokumentasi yang kami nak kena siapkan setiap shif? Apa patient buat setiap masa, apa perawatan yang kami buat pada patient, apa doktor order, apa yang pesakit makan dan minum, berapa banyak pesakit kencing dan berak (sorry). Semua tu nak kena dokumenkan sebelum berakhirnya shif. Dan anda sesedap rasa je kata kami tak buat kerja. Apa hal?Anda tak tahu apa bidang kerja jururawat, lebih baik anda diam daripada sebut tak tentu hala. Memalukan.

2. JURURAWAT LAMBAT BUAT KERJA.

Ini satu lagi hal. Ada sekali aku terbaca, seorang individu ni pergi ke Emergency Department (ED) untuk dapatkan rawatan, tapi dia kena tunggu berjam-jam baru dapat rawatan. Lepas tu dia bising kata jururawat lambat buat kerja.

Anda kena faham. Di ED tu, dipenuhi oleh pesakit yang dalam keadaan kritikal. Faham tak apa itu kritikal? Yang boleh mati kalau tak diberi perawatan segera. Kalau setakat patah tangan, memang kena tunggu lah jawabnya. Nak buat macam mana, dah ada yang lagi kritikal. Untuk pengetahuan anda, kalau anda diarahkan untuk tunggu, itu maknanya anda takkan mati disebabkan oleh 'masalah' anda tu. So tak perlu nak risau lebih-lebih.

Agak-agak la, kan. Takkan kami nak cakap macam ni pulak kat pesakit kritikal;

Pakcik, kepala pakcik ni dah pecah, pakcik dah hilang banyak darah. Bahaya ni. Tapi takpa, pakcik tunggu dulu kat sini. Sebab saya nak rawat orang yang sakit perut tu dulu. Dia datang lagi awal dari pakcik. Kesian dia kena tunggu lama-lama.

Siapa yang kejam sekarang ni? Anda jangan fikir anda seorang je yang ada masalah besar. Orang lain lagi teruk dari anda. Jangan fikir anda tu pusat dunia sampai semua kena serve ikut cara anda.

Lagi kelakar bila ada orang kata "Jururawat buat kerja tak ikhlas!" padahal dia datang ke klinik untuk dapatkan MC percuma supaya dapat skip dari pergi kerja. Ironi, dan kelakar.

3. PENGURUSAN HOSPITAL LEMBAB, JURURAWAT TAK BERKUALITI.

Ni ape ke hey nak kaitkan kami pulak? Kalau dah lambat dapat ubat, lambat buat X-ray, lambat dapat parking, takkan nak salahkan jururawat pulak? Kalau dah pengurusan hospital yang lambat, apa pulak kami yang kena?

Kalau kerusi rehat pelawat dah rosak ataupun koyak, kenapa nak salahkan jururawat sebab tak gantikan yang baru? Pergi la buat aduan dan laporan kat unit inventori ke, pengurusan hospital ke. Tak pasal je tuduh orang lain yang tak ada kena mengena. Kalau rasa terlebih layak untuk duduk di kerusi yang disediakan secara percuma, buat aduan. Kan senang.

Agak-agak la kalau dah benci sangat sekalipun. Salah orang lain, tujukan pada yang betul. Ini tak pasal je.

4. PAKAIAN JURURAWAT KETAT BAGAI PELACUR MURAHAN (maaf).

Ek eleh. Padahal yang tengok tu pun pelawat jugak. Benda ni dah diajukan kepada pihak atasan. Dah berpuluh kali request pertukaran uniform diajukan kepada orang atas. Masalahnya selagi orang atasan tak bagi greenlight, selagi itulah uniform jururawat akan kekal begitu. Memang tak dinafikan, ada je jururawat yang pakai ketat nak mampus, tapi orang yang tengok bagai nak rak tu pun 2x5 jugak rasanya. Cakap orang tak bermoral, habis yang tengok tu ada moral tak?

Orang belanja free, tak semestinya kena ambil, kan? 

Lagi satu, kalau rasa nak hina jururawat, hina jelah. Nak kata kami pelacur ke, perempuan murahan ke, ape ke, ikut suka. Tapi ingat;

"Pelacur" ini yang akan sambut bayi anda kelak.

"Perempuan murahan" ini yang akan jaga mak bapak anda kelak.

"Sibodoh" ini yang akan bagi anda makan ikut tiub kelak. 

DAN "ORANG YANG TAK BERGUNA" INI YANG AKAN MANDIKAN DAN BALUTKAN MAYAT ANDA KELAK.

5. JURURAWAT ITU KULI BATAK.

Kuli batak kepala bana kau ! (sorry again)

Agak-agak la. Jururawat bukan kuli batak pesakit, pelawat, mahupun doktor sekalipun.

Kami bukan jugak pembantu doktor. Itu MA (Medical Assistant). Kami adalah RAKAN SEKERJA doktor. Fikir sikit, ada jururawat tapi tak ada doktor, perawatan tetap dijalankan. Tapi kalau ada doktor tapi tak ada jururawat, rasa-rasa boleh ke doktor nak basuh berak pesakit? (ditujukan kepada sebahagian doktor yang lupa diri)

Kami bukan kuli batak pesakit. Pesakit berak kencing, ingat wajib ke kami basuh? Sorry sikit. TAPI disebabkan keprihatinan dan empati, kami tolong basuhkan. Tak macam sesetengah pelawat yang sampai najis mak ayah sendiri pun jijik. Kami buat bukan sebab itu satu TUGAS, tapi kami buat sebab itu satu KEIKHLASAN.

Dan jangan nak kata "Jururawat buat kerja tak ikhlas."Siapa anda nak tentukan kami ikhlas ke tidak? Siapa anda nak tentukan berapa banyak keikhlasan yang kami beri? Agak-agaknya, kalau anda ditempat kami, anda ikhlas tak nak tolong basuh najis orang yang anda tak kenal? Yang ada AIDS? Hepatitis? Ikhlaskan diri sedut kahak pesakit TB? Basuh kencing gelandangan? Pesakit mental? Sedangkan mak ayah sendiri pun anda tak nak buat, ni kan pulak orang lain.

Pfft. Sembang kencang.

Please lah, kalau anda rasa anda mampu jadi seorang jururawat, TRY LA DULU. Jangan pandai menyalak tak tentu hala persalahkan orang sana sini, padahal diri tu tak mampu. Kalau rasa tak tahu pengalaman jadi jururawat, baik diam je. Jangan memandai-mandai. Anda sembang kencang kata jururawat itu tak betul, jururawat ini tak betul. Tapi bila suruh bagi nama jururawat tu, buat aduan, anda tak nak pulak?

Satu lagi, yang ini khas kepada warga jururawat sendiri. 

Mana MNA dan MNU?

Apa tindakan yang organisasi anda buat semasa semua jururawat dihina, dicaci dan dimaki? Bila minta duit, laju berdesup je. Bila hal yang melibatkan maruah profession sendiri, kenapa tak nampak batang hidung?

Buat lah sesuatu! Buat satu program JURURAWAT SUKARELA!

Buka peluang kepada orang awam untuk rasa macam mana pengalaman jadi seorang jururawat. Kata nak memartabatkan kerjaya jururawat, tapi bila jururawat dihina, diam seribu bahasa.

**INI ADALAH PANDANGAN AKU SEORANG SAHAJA, TAK ADA KAITAN DENGAN SESIAPA PUN. OKAY?**

INI BARU SIKIT.
My notes, my words, my rules.  

Kredit - Anwari Hamzah

Top