Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5



BALIK PULAU - Dua janin yang dipercayai berusia lima bulan dan masih bertali pusat ditemui tersangkut dalam lubang kumbahan loji Indah Water di Permatang Damar Laut di sini, petang kelmarin dan semalam.

Janin berkenaan ditemui oleh pekerja loji terbabit yang melakukan kerja-kerja pembersihan pada jam 5.30 petang kelmarin dan 1 petang semalam.

Sumber berkata, janin yang ditemui semalam lebih kecil saiznya berbanding janin yang ditemui kelmarin.

Kedua-dua janin berkenaan dikatakan sudah mati dalam kandungan dan dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab di dalam tandas.

Terkejut dengan penemuan itu, pekerja loji berkenaan turun ke dalam lubang kumbahan itu dan mengangkat objek berkenaan bagi mendapatkan kepastian.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, selepas mendapati objek berkenaan adalah janin bayi, lelaki berkenaan terus menghubungi Balai Polis Batu Maung bagi memaklumkan penemuan berkenaan.

“Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis dikejarkan ke tempat kejadian bagi melakukan pemeriksaan.

“Pemeriksaan daripada unit forensik mendapati janin berkenaan dianggarkan berusia lima bulan dan dipercayai lelaki,” katanya.

Fah Hin berkata, janin berkenaan dihantar ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP)dan pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan individu yang membuang janin berkenaan di kawasan itu.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top