BEIJING - Seorang remaja perempuan dari Wilayah Anhui sanggup memakai kostum kerbau dan memberikan khidmat 5 yuan bagi mereka yang mahu menunggangnya dalam usaha mengumpul wang bagi membiayai perubatan ayahnya yang tidak sihat.
Di kala golongan sebaya dirinya berseronok dengan kehidupan sebagai remaja, Hao Dongdong yang berusia 15 tahun banyak menghabiskan masanya mengemis di jalanan agar dia dapat mengumpul wang membantu ayahnya yang menghidap penyakit yang jarang berlaku, ankylosing spondylitis yang menjejaskan tulang belakangnya.
Ketika membeli belah di Hefei, pasangan itu ternampak sebuah kedai telefon bimbit menawarkan pemberian percuma sebagai sebahagian dari promosi. Mereka berdua bergegas ke kedai itu untuk mengumpul segala mana yang termampu.
Namun, kerana terlalu tamak dan mengambil terlalu banyak barangan percuma, timbul pertikaian diantara mereka dengan kakitangan kedai tersebut menyebabkan Li Xinli ditolak dan terjatuh. Sejak dari itu, sakit belakang badannya menjadi semakin teruk.
Tidak tahan dengan nasib yang menimpa keluarga itu, Li Xiuru mengumpulkan segala barangannya dan meninggalkan keluarganya. Suaminya faham mengapa isterinya melarikan diri.
"Dia mungkin sudah tidak dapat bertahan melihat saya tiada harapan untuk sembuh dan tidak mempunyai saudara mara yang tinggal di Hefei," katanya.
Dondong berkata, dia seringkali dituduh sebagai penipu oleh orang yang lalu lalang dan pernah sekali mukanya ditampar oleh seorang lelaki mabuk yang menyangka dia cuba menipu lelaki itu.