"Lambatlah anak awak bercakap. Umur dua tahun masih belum pandai bercakap sangat. Anak saya dah pandai bercakap. Kalau berbahasa 'English', memang pass. Tak bawa ke anak jumpa pakar untuk pemeriksaan? Mungkin dia ada Speech Delay?"
Bullshit!
Jangan semudah itu mulut awak nak mengata anak orang lambat ini, lambat itu. Jangan mudah mulut awak nak meletak hukum-hukum seperti itu. Kalaulah saya yang berdepan dengan soalan seperti itu, maka inilah jawapan saya;
"Saya tak ambil pusing pun anak awak pandai ini pandai itu dari anak saya. Anak saya, suka hati saya. Anak awak, suka hati awak!"
Sebijak mana dan sebanyak mana yang awak tahu tentang Speech Delay pada Toddlers? Dah sampai tahap profesor nak diagnose anak orang ada Speech Delay macam itu saja?
Awak hari-hari bersama dengan anak saya 24/7 sampai diri tu berasa bangga nak mengata anak saya ada Speech Delay?
Anak berusia dua tahun hanya pandai berkata:
"Ma, bumbum"
"Ma, mamam"
"Ma, nen"
"Ma, ka pers"
"Ma, andik"
Dua tiga patah perkataan sekali bila dia bercakap. Bukannya sebutan lengkap sepenuhnya tetapi mudah untuk kita fahami. Dia tahu apa yang dia nak sampaikan dan saya pun tahu apa yang anak saya cuba beritahu.
Itu adalah perkara yang normal, completely normal. Belum sampai tahap Speech Delay. Hanya ibu yang faham anaknya bagaimana dan saya tahu kenapa anak saya bercakap seperti itu kerana dia memang bukan jenis yang nak bercakap. Dia jenis pendiam, dia hanya bercakap bila perlu. Ringkas, tetapi padat dengan isi. Bukannya tin kosong. Apa yang penting, dia masih berfungsi seperti kanak-kanak yang lain.
Awak tahu petanda-petanda kalau anak benar-benar mempunyai masalah Speech Delay?
Kalau kanak-kanak berusia dua tahun:
- Masih tidak bercakap apa-apa. Sebut 'ibu' pun tak reti.
- Tidak mendengar arahan yang mudah walaupun namanya dipanggil tetapi dia tidak menoleh. Bukan sebab anak buat tak tahu tetapi sebab dia tidak tahu awak memanggilnya.
- Tidak memahami arahan yang disampaikan. Awak suruh anak ambil bola, tetapi dia cuma kaku seperti anak patung, terkebil-kebil dan tidak tahu apa yang awak suruh ambil.
Tetapi nak diagnose pun perlukan detail evaluation and investigation. Sama ada ibunya:
- Ada bercakap dengan anak atau tidak. Eye contact, good rapor.
- Ada mengajar anak benda-benda asas di sekeliling.
Jadi ingatkan kata-kata saya ini, berfikir sebelum anda bercakap. Jangan sesuka hati nak membanding bezakan anak-anak. Setiap anak adalah berbeza dan kebolehan mereka juga berlainan. Jangan sampai anak awak yang memang fasih bercakap itu bila dah dewasa nanti bermulut puaka seperti awak juga.- Rynna Azlin
Diterjemah semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA
