Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditangkap bersama dengan barangan curi di Pavilion, semalam.

Mohd Firdaus Abdullah, menetap di Jalan Rosmerah 1, Johor Raya, itu ditangkap oleh beberapa anggota polis yang sedang membuat pemantauan di sekitar kawasan Pavillion.

Menurut Lans Koperal Sathia Makanderan, dia dan beberapa anggota polis bantuan ternampak seorang perempuan berpakaian jubah hitam dalam keadaan yang mencurigakan di hadapan surau wanita, tingkat 5.

"Saya bersama rakan setugas memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan menunjukkan kad kuasa polis. Kami meminta dia mengemukakan dokumen pengenalan diri tetapi dia enggan berbuat demikian. Sebaliknya dia terus melarikan diri menyebabkan kami bertindak mengejar dan menahannya," katanya. 

Namun berlaku sedikit pergelutan di antara mereka kerana suspek cuba melawan. 

Setelah disiasat, perempuan berjubah itu rupanya adalah seorang lelaki yang menyamar sebagai perempuan untuk mengerjakan kegiatan mencuri barangan mangsa di surau. 

Dalam penangkapan suspek itu, polis turut menemui beberapa barangan milik mangsa:

  • Wang tunai RM846.00
  • Kad Pengenalan mangsa, Nabyla Ahmad Zainudin
  • Kad ATM Maybank
  • Telefon bimbit Samsung Galaxy S6
  • Telefon bimbit Samsung A8
  • Kaca mata hitam
  • Anak kunci
  • Sebuah beg jenama H&M
  • Sebuah beg jenama Coach
  • Sebuah beg berwarna merah jambu
  • Sepasang telekung

Suspek telah dibawa ke balai dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. - THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top