Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


KUALA LUMPUR - Mohd Naziffuddin Najib menyifatkan, serangan peribadi yang dilakukan terhadap bapanya itu boleh menyebabkan rakyat Malaysia menderita dan merugikan negara. 

"Ketidakpercayaan rakyat akan membuatkan masyarakat sanggup 'mengorbankan' negara semata-mata untuk menjatuhkan perdana menteri.

"Ini kerana para pelabur asing akan berasa takut untuk melabur kerana menganggap negara dalam keadaan yang tidak stabil. Ini sekali gus akan menyebabkan nilai mata wang kita jatuh dan seterusnya akan mempengaruhi ekonomi secara keseluruhannya," katanya. 

Anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu berkata, serang peribadi yang dilakukan itu dilihat sebagai rancangan pihak yang berkepentingan untuk menjatuhkan bapanya.

"Pihak berkenaan harus sedar bahawa, tekanan yang mereka berikan tidak akan memulihkan keadaan, sebaliknya akan menambah burukkan lagi situasi negara dalam pelbagai aspek yang mana seterusnya rakyat sendiri yang akan terkesan.

"Saya berharap masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin yang tidak sahih dan memikirkan implikasinya terhadap kesejahteraan negara dalam jangka masa panjang," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top