Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


SERENDAH - Seorang wanita mendakwa, ubat kurus keluaran tempatan di negara ini mendatangkan kesan sampingan yang berbahaya kepada pengguna, selepas diberitahu oleh doktornya.

"Ya Allah, tak sangka makan ubat kurus Surut Ayu ada effect pada hati yang boleh menyebabkan kerosakkan hati. Subhanallah, terhenti sekejap jantung aku bila doktor beritahu tadi. Patutlah asyik sakit dada saja. 

"Pada sesiapa yang mengamalkan Surut Ayu, tolong hentikan sebelum terlambat," kata Eyza Leeya. 

Bagaimanapun, pengguna tegar Surut Ayu pula mendakwa, produk yang digunakan oleh Eyza Leeya itu berkemungkinan ubat kurus tiruan. Selain itu mereka juga mendakwa doktor kerap menyalahkan suppliment yang digunakan oleh pesakit meskipun ia sebenarnya tiada kaitan. 



Berdasarkan sebuah infografik yang dikeluarkan oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Kelantan (CPFK) dan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Labuan (CPFL), produk tersebut tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Surut Ayu Jamu Herbal Ramuan Alami ini mengandungi Sibutramine yang boleh menyebabkan gangguan mental, perubahan emosi, sawan, serangan jantung, pendarahan usus, masalah buah pinggang dan sakit kepala.

"Memiliki atau menjual produk ini boleh dikenakan hukuman sehingga RM25,000 atau penjara selama 3 tahun," katanya. 

Justeru, CPFK meminta mana-mana individu yang pernah menggunakan atau menjumpai produk berkenaan membuat aduan ke talian 09-77930586. 
Berdasarkan beberapa testimoni individu yang pernah menggunakan produk tersebut, mereka mengadu yang ubat itu membuatkan mereka pening kepala, sesak dada, migrain, buang air besar berdarah dan memudaratkan jantung. Susulan itu, terdapat beberapa individu terpaksa menjalani rawatan susulan. - THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top