.Amaran: Post ini tidak boleh apply untuk semua universiti kerana yuran, perbelanjaan dan pinjaman kewangan setiap universiti adalah berbeza. Jika ia tidak berkenaan dengan anda, sila abaikan kenyataan umum ini.
Pelajar universiti terpaksa berlapar dan makan maggi sambil melayan Facebook menggunakan iPhone 6. Update Instagram di kafe hipster dengan baju dari butik mewah bersama pasangan yang menagih janji untuk menonton filem Dilwale di tempat duduk khas, mewah, privasi supaya bila saat filem dimainkan, mereka boleh meraba-raba dan mencium pipi.
Hujung bulan, bila duit tak cukup nak beli walaupun sebungkus maggi, sekali lagi kau ambil gambar makan maggi kongsi dan menghentam sekalian hartawan yang menaja pasukan bolasepak negeri dengan alasan kau lebih perlu tetapi mereka tidak peduli.
Lantas muncul agamawan, menteri dan beberapa netizen yang peduli berbalah hebat juga di Facebook. Kemudian mengkaji dan meneliti fenomena ini. Lalu sesetengah daripada mereka sedia mengeluarkan dana khas untuk menyediakan bantuan paling tidak sebungkus nasi untuk perut kosong kau isi. Tetapi nasi tak hipster, mana kau peduli. Kalau boleh nak yang warna warni ada lampu raya berkelip-kelip menghiasi pinggan nasi.
Di suatu sudut yang lain pula, wujud sekelompok jawatankuasa fakulti yang menganjurkan program pelajar yang berlambak di universiti dan mereka menawarkan makanan percuma. Tetapi malangnya terpaksa menagih simpati dengan dialog:
"Awak tolonglah join program kami, ada kupon kolej dan makanan free,".
Hairan bagi sekian makhluk yang suka cakap tak cukup makan di Facebook ini lebih megah berlalu pergi dan melambai saja sedangkan kalau kau join program bukan setakat maggi, air kotak, buah epal, malah ada ketika nasi Arab sepcial mereka bagi.
Aku tidak mempertikaikan bahawa ada pelajar yang susah. Tetapi biasanya yang betul tak cukup makan ini dia diam dan cuba mencari jalan untuk menguruskan diri. Malah, di setiap program pelajar, dialah yang munculkan diri dan melambai penuh gaya.
"Hai! I join program you lagi!"
Yang sibuk melalak dengan status penuh hadis dan sekian banyak akta untuk mempertahankan diri ini, eh semalam bukan baru lepas upload makan KFC di Seksyen 7 sebelah Pizza Hut dengan caption 'Sekali sekala lepak sini cuci mata lagi'?
Wahai insan lapar, semoga kau ingat ada lagi orang lain yang walau sekali pun dia susah nak jejak kaki makan KFC tetapi dia sedar diri lalu bersosialisasi dengan sekian ramai manusia di universiti kerana dia tahu sebenarnya banyak lagi saluran di peringkat universiti sendiri untuk memastikan engkau tidak mati kebuluran dan kurus melidi.
InshaAllah dengan penjelasan yang baik dan murni serta kesediaan diri untuk menyertai aktiviti, kau boleh hidup berdikari tanpa perlu mengeluarkan caci maki kerana kau patut mengerti kita punya menteri sudah pun kelaut (bukan nak jadi nelayan) tetapi sebab pening dengan ketuanya sendiri.
"Jom jadi bijak, jadilah seperti Rashid. Haha!"
Jaga diri, belajar rajin-rajin. InshaALlah kelak kita berjaya dan dihargai..
Nota: Bukan semua mahasiswa sama seperti yang diceritakan dalam post ini. Hanya sebilangan kecil sahaja. Barangkali cuma 3/10 (mungkin).
Segala isu dan peristiwa yang diselitkan adalah sekadar analogi semata-mata. Maka, yang baik ambillah simpan, yang buruk jadikan sempadan agar kita tidak berbuat perkara yang sama kelak. Jangan lekas melatah, moga Allah redha dan ampunkan dosa kita semua. - Mohammad Asyraf Khalib | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA