Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

.


Pelaburan hartanah berpotensi menjadi instrumen terbaik membantu graduan serta golongan muda baru bekerja melangsaikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan bebanan hutang lain.

Hal itu diakui sendiri individu berpengaruh industri hartanah yang menggunakan masa muda melabur dalam industri hartanah tanpa modal besar bagi meringankan bebanan hutang.
Ketua Eksekutif dan Pengasas FAR Capital Sdn Bhd (FAR Capital), Faizul Azwan Ridzuan (gambar) berkata, beliau meminati pelaburan hartanah sejak awal pengajian dan berusaha keras mencari ilmu serta taktik pelaburan berkesan.



Beliau berkata, apabila tamat pengajian, beliau melakukan sebahagian strategi pelaburan dengan membeli rumah pertama bernilai RM140,000 dengan hanya menggunakan duit simpanan sebanyak RM2,000.

“Saya buat pelaburan hartanah sebagai tabung, jadi masa beli rumah pertama saya untung RM30,000 menerusi satu taktik, kemudian rumah ini saya sewakan kepada penyewa. Kini sewaannya mencecah RM1,200 sedangkan bayaran bulanan kepada bank hanya RM900 dan baki digunakan untuk bayaran kepada PTPTN pada setiap setiap bulan sebanyak RM250 sehingga tamat.


About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top