Inilah namanya peniaga yang tiada hati perut. Bukan isu rasis atau apa, ini kes aniaya. Mohon berhati-hati supaya terkena seperti aku.
Nama kedai motosikal ini, Eng Wan Motor di Simpang, Taiping. Aku beli motosikal di kedai ini. Motosikal belum bayar habis lagi. Hari ini aku datang sebab nak ambil geran fotostat untuk urusan balai trafik.
Ayah aku meninggal dunia ketika menunggang motosikal itu. Jadi, Balai Trafik minta geran motosikal fotostat untuk urusan inspection di Puspakom.
Aku pun mintalah geran itu daripada pekerjanya yang bernama Ah Liang. Tetapi dia kata boss tak bagi.
Aku tunjukkan sijil kematian bagi dia tengok dan dia bawa pergi berjumpa dengan boss di pejabat yang terletak di atas kedai. Malangnya boss dia tetap tidak mahu memberikan geran itu.
"You kena habis bayar dulu baru boleh geran motosikal fotostat,".
Amboi? Kalau bukan di atas sebab urusan balai, aku pun tak kebulur nak pergi mengemis geran fotostat itu. Gila apa nak ambil geran fotostat pun kena bayar habis dulu? Aku beli kereta guna loan CIMB pun dah dapat geran asli.
Geran fotostat ini banyak kegunaannya. Nak masuk apartment baru, nak apply kad pun dia minta geran fotostat. Nak buat sticker kereta atau motosikal di pejabat pun geran fotostat akan dipinta. Geran fotostat memang hak pembeli.
"Minta nombor telefon boss kau," aku pinta dari pekerjanya itu.
"Tak boleh bagi," jawabnya pendek.
"Aik? Kalau begitu, aku nak naik jumpa boss kau," mula melangkahkan kaki ke tangga.
"Eh! Tak boleh! Tak boleh!" kata dia cuba menghalang aku terus mara.