Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

.

Aku tau sekarang ni, aplikasi instagram sudah jadi seperti aplikasi wajib pasang pada smartphone kita. Aku pun sama, pasang aplikasi Instagram ni untuk coba dominasi blog aku ini dialam sosial media. Taknak nanti kawan-kawan blogger lain kata aku ketinggalan keretapi. Tapi tidak semua aplikasi sosial media yang aku pasang. mana yang perlu sahaja. Aplikasi sampah, memang aku buang terus.

Selama aku guna Instagram ini untuk jenamakan nama blog ini, sudah bermacam-macam cara yang aku buat untuk dapatkan pengikut setia aku. Sehinggalah aku belajar dari seorang guru yang memang berpengetahuan luas dalam bidang pemasaran di Instagram. Jadi di entri ini, aku cuba kongsikan beberapa aplikasi sokongan yang membantu untuk tingkatkan pengikut Instagram anda semua. 



Aplikasi wajib pasang untuk peniaga di Instagram


1. Crowdfire




Jika anda seorang peniaga online di Instagram, aplikasi Crowdfire akan membantu anda mencari prospek yang minat dengan produk yang anda jual. Crowdfire berfungsi untuk tambah pengguna Instagram sebagai pengikut anda. Apa yang crowdfire boleh lakukan untuk tingkatkan follower akaun Instagram anda:

  1. Anda boleh tahu pengguna IG yang sudah anda follow tetapi tidak follow semula akaun IG anda.
  2. Jumlah ahli Instagram anda
  3. Status akaun IG yang baru sahaja anda unfollow
  4. Anda boleh copy follower Instagram bakal pesaing anda.
Aku paling minat dengan fungsi Copy follower Instagram bakal pesaing. Cuma taip sahaja perkataan yang anda rasa merupakan pesaing perniagaan anda, dan copy seberapa banyak yang anda mahu. Contohnya, anda berniaga jam tangan murah, taip sahaja "jam tangan murah", Crowdfire akan senaraikan seberapa mungkin akaun Instagram yang menggunakan nama jam tangan murah. Anda copy pengikut IG yang ada. Kemudian, tunggu notification di akaun Instagram anda. Pasti berduyun-duyun notification yang masuk.


Untuk pengetahuan, Crowdfire juga turut boleh digunakan untuk aplikasi Twitter. Pengguna aplikasi Crowdfire boleh menggunakan dua akaun sahaja iaitu satu akaun untuk Instagram dan satu akaun lagi untuk Twitter. Jika nak guna lebih, kena buat bayaran la. hehehe




2. Regrann






Kadang-kadang kita kekeringan idea untuk update akaun Instagram. Jangan risau Regrann akan bantu anda untuk olah idea anda. Regrann berfungsi untuk repost status Instagram akaun IG pengguna lain. Bukan kata status IG, gambar malah anda boleh kongsi video melalui aplikasi Regrann ini. Aku selalu kongsi video-video kelakar menggunakan aplikasi ini. Kalau tak percaya, pergi terjah akaun Instagram aku tu. Mesti korang akan tergelak besar tengok video dalam tu sambil guling-guling.


3. Photogrid




Aku beranggapan aplikasi Photogrid memang sudah sinonim dengan anda. Tidak perlu aku cerita panjang lebar. Bagi aku, Aplikasi ini membantu sepenuhnya usahawan online untuk edit gambar dan video yang bakal anda muatnaik di IG anda. Anda boleh edit untuk letak perkataan yang boleh menaikkan nafsu bakal pelanggan untk membeli produk anda. Pada aku, aku berpuas hati dengan aplikasi ini. Memang banyak membantu aku


4. Meipai



Nak tukar gambar anda atau produk anda kepada video. Meipai mampu lakukan. Gambar anda atau produk anda akan bertukar kepada video dengan berlatarbelakangkan muzik yang bersesuaian. Meipai menyediakan template untk anda gunakan dan boleh muatturun template lain mengikut kemahuan anda. Video berdurasi 15 minit dan paling panjang adalah 1 minit. Sebagai pengguna Instagram, 15 minit durasi video sudah mampu untuk tarik minat rakan-rakan IG atau pelanggan untuk membeli produk anda. Aku ada masa dan ketika gunakan aplikasi Meipai ini sebagai alternatif untuk aku berkongsi produk di Instagram. 


Zaman sekarang, tidak mustahil untuk seseorang itu mampu menjana pendapatan secara online menggunakan platform media sosial terutama di Instagram. Kena ada sedikit pengetahuan untuk menggunakan aplikasi ini dan kesesuaian masa. Aku cuma gunakan aplikasi ini untuk akaun Instagram aku. Nak tambah follower sahaja. Untuk akaun Instagram yang khusus untuk pasarkan produk, sekarang sedang bertungkus lumus untuk mencari bakal pelanggan yang berminat. Tidak ada rahsia, cuma menggunakan aplikasi yang aku ceritakan tadi. Alhamdulillah, semakin hari semakin bertambah follower.

p/ss: Kawan saya ade buat satu panduan ni bernama Gerilla Instagram. Dia buat 4 angka dalam tempoh 2 minggu je di Instagram dan konsisten. Panduan ni memang terbaik setakat ni sebab saya pun dah cuba. Ada sesiapa yang minat?  Klik Sini

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top