Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Kerana sekeping business card, saya terpaksa bekerja ke balai polis dan membuatkan saya menjadi berang.

Kisahnya bermula pagi tadi (15 Januari 2016) sekitar jam 11 pagi lebih ketika saya sedang set up stall One Last Coffee di hadapan Taman Rakyat Klang. 

Ada seorang lelaki berusia sekitar 40'an datang dengan menaiki motosikal yang saya tak perasan jenis apa dan tidak sempat mengambil nombor pendaftarannya.

Dia datang mengaku sebagai wakil dari Masjid Jamek Ar-Rahimiah dan Pusat Zakat. 

"Ada dapat borang dari ketua kampung tak?" soalnya.

"Tak ada, borang apa ye?" dalam hati sudah terdetik, bila masa pula Andalas ada ketua kampung?. 

"Borang tak berniaga, kena bayar RM150," katanya lagi.

"Berniaga di mana dan untuk apa? saya sudah mula berasa was-was.

"Ala, Pusat Zakat punya," katanya cuba menyakinkan saya. 

"Tapak bazaar kalau ada program, anjuran masjid ke?" tanya saya yang cuba mengujinya sebab kalau nak sewa tapak bazaar, kita kena hubungi penganjur bazaar, bukan bayar yuran in advanced seperti ini. 

"Haa, ya ya. Saya nak tolong Melayu kak," katanya.

Saya memang sedang dalam keadaan berhati-hati kerana One Last Coffee memang tengah mendapat gangguan yang banyak dan cubaan sabotaj dari pelbagai pihak. Jadi, saya mula mengesyaki sesuatu. 

"Di mana rumah ketua kampung itu?" tanya saya. 

"Tu situ, rumah tu. Ustaz tu" sambil menunjuk ke arah rumah tepi di depan 99 Speedmart Damak. 

"Itu rumah kawan saya, Naufal. Ayah dia peguam," ternyata orang tua ni main petik saja.

"Bukan itu, sebelah dia," katanya yang kononnya tersalah tunjuk. 

"Mana dokumen dan borang?" soal saya lagi.

"Kena bayar dulu, nanti saya bawa resit. Akak bagi business kad akak," katanya.

"Tak bolehlah begitu. Tak ada borang macam mana nak bayar?" balas saya sambil menghulurkan sekeping business kad kepadanya.

"Bayar separuh pun tak apa. Saya tak main-main, saya dari masjid ni. Orang lain yang berniaga di sini semua dah bayar. Cuma akak seorang saja yang belum bayar," katanya.

Padahal sebelah saya adalah kawan saya yang berniaga nasi. Kebetulan pula hari ini dia cuti. Tak ada pula dia cerita apa-apa. 

"Tak kiralah separuh ke, penuh ke, borang tak ada saya tak boleh bayar. Tak apalah, saya pergi ke masjid sendiri," kata saya menawar diri berbuat demikian.

"Tak apalah. Akak tengok IC saya ini dan ambil nombor telefon saya," katanya. 

Saya enggan melihat mahupun mengambil nombor telefonnya. Hanya menegaskan bahawa akan pergi ke masjid sendiri. 

"Tak apalah kak, nanti saya datang semula bagi akak borang," katanya terus berlalu pergi.

Saya terus menghubungi Lembaga Zakat Selangor dan Masjid Ar-Rahimiah untuk membuat pengesahan. Ternyata lelaki itu menipu. Saya terus bertanya pada kakak yang menjual nenas di sebelah dan saya nasihatkan agar dia juga berhati-hati.

Dalam 10=15 minit kemudian, saya mendapat panggilan dari 7-Eleven Bukit Kuda Klang yang mengatakan suami saya datang tukar duit tetapi bagi duitnya dan telah membawah lari duit sebanyak RM200. Lelaki itu tinggalkan business card saya dan memaklumkan bahawa saya akan datang. 

Pertama, sejak bila saya ada suami? Kedua, mengapa cashier sewenang-wenangnya memberi duit tukar tanpa terima duit dari pelanggan? 

Saya terus ke Balai Polis Sentosa membuat laporan polis memandangkan si penipu itu tadi sudah menggunakan nama saya dan One Last Coffee untuk membuat kegiatan menipu.

Pihak polis meminta sebarkan kejadian ini kepada orang ramai agar lebih berhati-hati. Pihak 7 Eleven kini telah mendapat gambar suspek dari rakaman kamera litar tertutup dan menunggu hasil siasatan dari pihak polis. 

Diharapkan penipu itu dapat ditangkap segera dan dikenakan tindakan undang-undang yang setimpal dengan kesalahannya. - Ellyna Riduwan | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top