Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


IPOH - Pengurus Vida Beauty Sdn Bhd mengesyaki wujudnya elemen sabotaj selepas beberapa produk popular Qu Puteh diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

"Kami masih menyiasat. Kami bimbang wujudnya elemen sabotaj kerana Datuk Seri Hasmiza Othman (Datuk Vida) menaja Anugerah Juala Lagu (AJL) dan beliau semakin terkenal," kata Afizah Hashim, lapor The Star.

Katanya, dengan status 'Taikun Kosmetik' itu mungkin menyebabkan ada pihak yang cemburu dengannya.

Jumaat semalam, Ketua Pengarah KKM Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk Qu Puteh Whitening Pro 9 mengandungi mekuri yang mana bahan itu tidak dibenarkan dalam sebarang produk kosmetik. 

Menurut beliau, produk tersebut mengandungi kandungan mekuri yang amat tinggi berdasarkan kajian yang lakukan pada sampel oleh Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BKFK).

Biro berkenaan juga menerima laporan dari pihak pengguna yang terkesan dengan produk tersebut. 

Afizah berkata, buat sementara waktu itu pihak syarikat akan menarik balik produk yang terjejas. Bagaimanapun sehingga kini belum ada pihak yang memulangkan produk itu kepada ibu pejabat atau cawangan mereka di seluruh Malaysia.

"Kami telah buat banyak produk dan tidak pernah berlaku kes seumpama ini. Ini adalah yang pertama kali," katanya. 

Berdasarkan tinjauan pihak The Star di premis syarikat berkenaan di Ipoh, produk yang terjejas tidak dijual. Pelanggan hanya datang untuk membeli produk yang lain.

Menurut pihak penjual, produk yang terjejas itu telah ditarik balik pada malam rabu sejurus selepas berita itu tersebar. Namun sehingga kini masih belum ada pelanggan yang datang memulangkan produk yang terjejas.

Semalam, Datuk Vida memberikan jaminan kepada pengguna produknya bahawa produk yang lain keluaran mereka adalah selamat untuk digunakan. Beliau juga telah menarik balik krim Qu Puteh Whitening Pro 9 dari pasaran. 


"Ini adalah harga sebuah kejayaan dan akan ada orang yang iri hati, ini lumrah biasa dalam perniagaan," itu reaksi ringkas dari beliau. - THEHYPEMEDIA.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top