Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

GUA MUSANG: Stokin dipercayai milik salah seorang daripada tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi di sini, yang hilang sejak 10 hari lepas, ditemui oleh pasukan mencari hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah berkata sehelai stokin berwarna putih itu dijumpai pasukan mencari kira-kira 11.30 pagi di kawasan hutan, lebih sejam berjalan dari SK Pos Tohoi.

"Bahagian tapak stokin yang ditemui itu berwarna hitam dipercayai mereka berjalan hanya memakai stokin sebelum membuangnya untuk meneruskan perjalanan  di hutan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Saiful Bahri berkata penemuan stokin berkenaan memberi petunjuk baharu untuk pasukan mencari menjejaki laluan tujuh murid terbabit yang mungkin tersesat dalam kawasan hutan tersebut.

Dalam kejadian 23 Ogos lalu, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran.

Saiful Bahri yang juga komander operasi mencari itu berkata operasi mencari tujuh murid berkenaan akan dipertingkatkan sehingga mereka ditemui.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top