Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

KUALA LUMPUR: Misi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh murid Orang Asli yang hilang di Gua Musang, Kelantan sejak 23 Ogos lepas akan ditumpukan di sekitar kawasan aliran sungai dan tanah lapang.

Ketua Bomba dan Penyelamat Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Kelantan, Mohd Nurizwan Basri berkata operasi pencarian juga telah diperluaskan dengan kini menjangkau radius 80 kilometer.

"Kawasan seperti aliran sungai dan tanah lapang adalah kawasan yang biasanya manusia akan pergi jika sesat, kita juga menggunakan kaedah seperti teknik carian menegak, carian berkumpulan dan lain-lain dalam misi SAR ini.

"Selain itu, pemantauan melalui udara dengan menggunakan helikopter adalah sukar memandangkan keadaan hutan di kawasan berkenaan tebal dan belum diterokai," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya tiada petunjuk baharu ditemui, namun usaha pencarian diteruskan sehingga keputusan lanjut daripada polis, katanya.

"Kita mempergiatkan usaha mencari kesemua mangsa yang hilang dan berharap mereka selamat," katanya.

Pada 23 Ogos lepas, enam murid perempuan dan seorang murid lelaki berusia antara tujuh dan 11 tahun dari Sekolah Kebangsaan Tohoi di Gua Musang, dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mandi di sungai tanpa kebenaran.

Operasi berkenaan turut melibatkan polis, tentera, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kemajuan Orang Asli.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top