Saya dihujani banyak pertanyaan berkenaan dengan kes ini. Saya tidak mampu dan akan mengulas kerana natijahnya banyak faktor yang boleh mempengaruhi keputusan si ibu malang ini. Juga tidak molek jika saya mengulas tanpa mengenali mangsa.
Lalu saya berjumpa banyak ideologi dari yang masih hidup, yang melata di Facebook ini. Antara kuputusan yang paling menarik ialah, si ibu itu meroyan disebabkan ketidakseimbangan hormon.
Meroyan tidak hadir tanpa punca. Antara faktor yang berlakunya meroyan adalah disebabkan oleh pengeluaran darah nifas yang tidak lancar lalu menganggu ekosistem hormon wanita.
Meroyan pula ada banyak jenisnya. Perlakuan atau tindakan yang dilakukan oleh seseorang ibu bukan berpunca dari meroyan semata-mata. Ia memerlukan motif, punca dan dorongan. Meroyan ini umpama minyak yang tersimbah. Hanya memerlukan api untuk memulakan sesebuah tragedi. Jadi lihatlah apakah punca apinya? Apa yang mendorong si ibu ini bertindak melangkaui batas kewarasannya?
TEKANAN
Saya berjumpa dan merawat ramai wanita yang meroyan. Baik yang Melayu, Cina atau India. Mereka masih hidup dan masih mencari cara dan jalan untuk kembali sembuh.
Saya juga merupakan bekas post-partrum depression patient apabila anak saya meninggal ketika dilahirkan dahulu. Dan saya membuktikan dengan sokongan keluarga dan kekuatan iman, mencabut nyawa bukanlah jalan terakhir buat orang meroyan.
Apa yang saya cuba sampaikan, jangan menunding itu meroyan semata-mata. Something has triggered and it just compliment the fact she is depressed. Lalu dia menyerah nawa.
Saya merupakan seorang perawat pantang yang kebiasaannya berada di samping ibu-ibu selepas mereka bersalin. Saya sendiri menyaksikan kekalutan atau kepayahan ibu-ibu mudah ini menghadapi tugas baru dalam hidup seorang wanita.Saya mengaku bahawa wujud suami yang tidak berehsan terhadap isteri dalam pantas atas alasan isteri mengada-ngada mencari perhatian. Ditinggalkan isteri terkontang-kanting menguruskan diri dan anak kecil.
Saya akui ada keluarga gila di luar sana yang memberikan tekanan mental kepada si ibu ketika waktu berpantang. Mengajak ibu dan bayi tinggal bersama dalam pantang semata-mata untuk mengulit cucu. Bila cucu dah kepatan dan mengamuk, terus disua kepada ibu yang baru bak berehat. Ini juga penyumbang utama kepada stress ayang akhirnya menjurus kepada meroyan.
Bayangkan, dengan diri yang masih belum habis penat meneran anak ataupun masih mengerang ngilu luka pembedahan, tiba-tiba anak diisytiharkan demam kuning.
Ke hulu ke hilir membawa bayi buat pemeriksaan. Di malam hari pula bayi kalut menangis meminta disusukan. Kemudian setiap teriakan bayi disusuli pula dengan lantang suara berkata,
"Anak kau tak cukup susu tu. Bagi je susu tepung. Kesian budak tu," kata keluarga.
Meminta pendapat suami di sebelah, dibalas pula "Ikut sajalah kata ibu awak tu. Awak suka sangat ke dera anak awak? Awak dah tak ada susu tu, takdelah. Nak buat macam mana?" kata suami lalu berpaling menukar kiblat baringan.
Tetapi teringat pula kobaran jihad penyusuan ketika 9 bulan mengandung dahulu. Terbayang-bayang komen-komen pedas dari ibu-ibu yang mengutuk mereka-mereka yang tidak menyusukan anak (masyarakat).
Semua bercampur aduk. Kata mereka atau kata hati kita? Kita kena tentukan mana yang nak didahulukan.
Begini adik-adik. Natijahnya, menjadi ibu tidak seindah dongengan citrawarna di layar TV. Tersenyum simpul di bawah ketiak suami sambil mengendong anak yang nyenyak tidur.
Menjadi ibu adalah sukar, sangat-sangat sukar. Anak yang menangis perlu difahami kemahuanya dan kamu yang berpantang juga perlu diperhatikan secekapnya. Lalu jangan memandang mudah persediaan selepas bersalin. Banyakkan membaca, mengkaji, banyakkan ilmu penyusuan bayi, bahasa bayi, aturan berpantang. Ilmu mampu menyelamatkan kamu dari tekanan yang sia-sia.
Berbincang dengan pasnagan dan keluarga perancangan berpantang. Bukan wedding sahaja memerlukan planner.
- Jangan fikir setiap kelahiran kantung susu kita akan penuh.
- Jangan fikir selepas dilahirkan, anak akan memahami arahan kita.
- Jangan fikir selepas bersalin tidak penting berpantang.
- Jangan fikir ketika pantang semua orang reti nak menjaga kita.
Pastikan siapa yang akan ada di sebelah anda untuk dua minggu pertama selepas bersalin. Saya selalu tekankan dalam ceramah saya, ibu-ibu perlu diteman dua minggu di awal berpantang. Beri si ibu pilihan, jangan dipaksa dengan mertua jika mereka tidak selesa.
Kadang-kadang si isteri ini nak meminta tolong ambilkan seluar dalam dan pad pada ibu mereka sendiri juga segan. Inikan pula dengan mak mertua? Cubau korang minta bapa mentua bawakan spender korang ke bilik mandi. Malu tak?
Jadi, sila faham. Dalam pantang, isteri kena rasa selesa dan seperti dipesan oleh bapa saya, jika isteri hanya mahukan suami, cari jalan untuk bercuti tnapa gaji asalkan isteri terjaga rapi.
Perlu diingatkan wahai para suami. Tempoh berpantang adalah moment untuk isteri, bukannya untuk ibubapa anda, mertua anda, ipar-duai anda mahupun jiran tetangga anda.
Penyusuan ibu, aturan berpantang, baby language, semua perlukan ilmu. cari yang pakar sebelum anak menjengah dunia. Bukan bila dah terberanak baru nak terhegeh-hegeh mencari ilmu. Lagi sebabk saya tengok yang datang kelas, anak masih cerah. Ibunya berstokin tetapi duduk atas lantai yang tidak beralas dan berpenghawa dingin di dewan semata-matau ntuk ilmu.
Breastfeeding, confinement, having baby should be an enjoyable journey. Not a spark for post partrum depression. Anda please, orang meroyan tidak suka-suka bunuh diri jika tidak ada benda yang trigger. - Siti Aishah
Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA