Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Jodohku Seorang Nurse

Semua tahu nurse kerja shift. 

Pagi - 7:00 pagi hingga 2:00 petang
Petang - 2:00 petang hingga 9:00 malam
Malam - 9:00 malam hingga 7:00 pagi

Baliknya pula bukanlah tepat pada waktunya. Adakalanya teranjak sehingga jam 10:00 malam kerana tugas. 

Santuni seorang nurse yang menjadi teman hidup kita itu sebaik-baiknya. Jika tidak dapat membantu dalam measak, janganlah cerewet bab makan. Jika tidak dapat mengemas bersih rumah, janganlah pula sehingga rumah bersepah dan letaklah barang sendiri di tempat asal.

Jika inginkan layanan, mintalah dengan baik dan fahamilah dia jika terlalu letih. Jika perlukan sesuatu, jangan pendam kemudian luahkan pada orang ketiga. Berterus teranglah dengannya kerana saya percaya seorang nurse akan tabahn sabar dan cuba adakan kehendak kita semampunya sepertimana tugasnya seharian. 

"Karenah pesakit dia berjaya jaga, inikan pula kehendak daripada suami sendiri?"

Isteri yang berkerja, penatnya dia rasa sama seperti suami rasa. Lagilah kudratnya sebagai wanita. Di rumah lain pula halnya. Allah, didiklah hati kami sebagai lelaki ini agar menyentuhi akhlak Baginda SAW. - Danial Zakwan

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top