Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


BEIJING - Sebuah video rakaman CCTV seorang lelaki melanggar sepasang kekasih di luar balai polis sehingga maut tersebar di laman sosial negara itu.

Dalam kejadian yang berlaku pada 10 pagi, 28 September di bandar Tianchang, Wilayah Anhui itu, mangsa wanita bernama Qin dan pasanganya Min, baru keluar dari teksi yang berhenti di balai polis tersebut, dirempuh dengan laju oleh bekas suami Qin, bernama Zhang.


Zhang dipercayai bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan hubungannya bersama Qin yang telah terputus.

Lapor Sina Corp, Qin terselamat dari rempuhan itu manakala pasangannya maut serta merta kerana mengalami kecederaan parah akibat pelanggaran itu.

Zhang telah ditahan reman beberapa hari untuk membantu siasatan.

Pengawal keselamatan dan orang awam pada mulanya hanya menyaksikan kejadian itu tanpa mengambil sebarang tindakan. Bagaimanapun, setelah melihat Zhang memukul kedua-dua mangsa, mereka segera menghentikan perbuatan lelaki itu. - THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top