Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


SEPANG - Susulan tersebar gambar dua orang wanita membawa anjing menggunakan troli KLIA, pihak Malaysia Airports memaklumkan bahawa tindakan telah diambil.

"Untuk makluman, binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk dalam bangunan terminal lapangan terbang. Notis pemberitahuan telah ditempatkan di setiap pintu masuk sebagai peringatan kepada semua pengguna lapangan terbang akan peraturan ini.

"Berkenaan insiden anjing dibawa masuk dalam KLIA semalam, pihak kami telah mengambil tindakan segera yang diperlukan di mana troli berkenaan telah dibersihkan (disertu).

Orang ramai khususnya yang bukan beragama Islam diingatkan agar tidak membawa anjing peliharaan mereka menggunakan troli awam bagi menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini.

Netizen diingatkan agar tidak mengaitkan isu ini dengan isu perkauman kerana apa yang berlaku adalah sikap individu, bukannya keseluruhan bangsa berperangai sedemikian. - THEHYPEMEDIA.COM

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top