
KUALA LUMPUR 13 Sept. - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Khamis, 24 September, demikian diumumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Tuan Hj Mohd Aseral bin Jusman.
Dalam pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu, beliau juga memberitahu bahawa 1 Zulhijjah jatuh pada lusa, 15 September.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Aidiladha bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 24 September 2015," katanya.