Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


JAKARTA - Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla meminta negara-negara yang terjejas akibat jerebu yang berpunca dari pembakaran hutan di Kalimantan & Sumatera di Indonesia tampil membantu menangani masalah itu, bukannya hanya tahu merungut sahaja.

Tegasnya, mana-mana negara yang terjejas dan pernah terlibat merosakkan alam sekitar di Indonesia tidak boleh merungut, sebaliknya tampil membantu mengatasi serta memulihkan kembali hutan dan alam sekitar.

"Saya bercakap agak keras agar jangan cuma bercakap sahaja. Sila datang dan bantu. Persoalan jerebu bukan hanya soal menangani api tetapi juga hutan dan alam sekitar," katanya pada wartawan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Menurutnya, Indonesia sentiasa terbuka kepada negara-negara yang terjejas akibat jerebu, malah mereka juga sudah melakukan sebaik mungkin usaha-usaha menangani bencana jerebu yang menjejaskan kualiti udara Malaysia dan Singapura.

Terdahulu, Indonesia menolak tawaran Singapura yang mahu memberikan bantuan memadamkan kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu, kononnya mereka akan menangani situasi itu dengan cara sendiri. - THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top