Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


DUBAI - Lebih kurang 310 jemaah haji maut, manakala 450 lagi cedera akibat terjatuh dan terpisak ketika jemaah melontar jamrah di Mina hari ini.

Difahamkan kejadian itu berlaku di Jalan 204, di jalan raya antara penempatan para jemaah, di bahagian timur 5 kilometer dari Mekah, ketika ratusan ribu jemaah sedang giat mengerjkan ibadat melontar jamrah sebagai acara utama haji.

Gambar-gambar yang disiarkan oleh Jabatan Pertahanan Awam di laman Twitter menunjukkan ramai jemaah yang terbaring di atas pengusung. Kelihatan petugas-petugas kecemasan sedang sibuk mengangkat mangsa masuk ke dalam ambulan.

Usaha menyelamatkan sedang giat dijalankan dan laluan alternatif juga disediakan untuk para jemaah yang lain bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat dipercepatkan.

Punca kejadian itu sedang disiasat oleh pihak berkuasa tempatan.

Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan dari Tabung Haji sama ada warga Malaysia yang terlibat dalam rempuhan tersebut. - THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top