Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


HEBRON - Gara-gara ingkar arahan untuk menunjukkan wajah di sebalik niqab, tas tangan dan didakwa cuba melakukan serangan, seorang gadis Palestin mati ditembak oleh sekumpulan tentera Israel.

Dalam kejadian yang berlaku berhampiran pintu masuk ke Shuhada Street pada Selesa lalu, Hadil Hashlamoun, 18, ditembak dengan 10 tembakan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF), meninggal dunia di sebuah hospital ketika mendapatkan rawatan berikutan kecederaan teruk dan pendarahan yang banyak selama 30 minit sebelum dibenarkan diberi bantuan oleh tentera Israel laknatullah

Difahamkan, Tentera IDF tidak membenarkan anggota paramedik menghampiri dan memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa yang didakwa cuba menikam salah seorang tentera Israel.

Bagaimanapun, dakwaan itu tidak tepat kerana gambar yang dimuat naik ke laman web tidak menunjukkan mangsa cuba melakukan serangan.

Lapor Maan News Agency, Hadil mengalami kecederaan yang agak parah dan menjalani pembedahan sejurus tiba di hospital berkenaan. Tiga pembedahan telah dijalankan ke atas mangsa, Sebahagian ususnya terpaksa dikeluarkan. Malangnya, peluru di dada telah membunuh mangsa.

Menurut kumpulan Youth Against Settlement (YAS), IDF sengaja mereka cerita bagi menutup kejadian sebenar. 

Salah seorang ahli kumpulan YAS mendedahkan, mangsa tidak membuat sebarang percubaan untuk menikam tentera Isarel. Namun tidak menolak kemungkinan bahawa mangsa ditembak kerana mengingkari arahan untuk membuka niqabnya. - THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top