Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5



PUTRAJAYA: Penggemar shisha dan rokok elektronik dinasihati agar berhenti menggunakan alat tersebut buat sementara waktu sementara keputusan mengenai risikonya diumumkan dalam masa dua bulan lagi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kini kementerian sedang membuat perbincangan dengan pelbagai agensi dan pihak yang berkaitan bagi mendapatkan pandangan mereka terhadap kesan penggunaan vape dan juga shisha kepada kesihatan.

Tambah beliau, kementerian melihat vape dan shisha sebagai satu bentuk rokok.

"Pada pandangan kementerian, kami menganggap ia sebagai satu lagi bentuk rokok tetapi caranya berbeza. Pengguna akan mendapat semua kesan seperti menghisap rokok cuma mungkin kandungan tar lebih rendah tetapi kesan nikotin adalah sama.

"Jangan jadikan ia sebagai kebiasaan dan jangan jadikan ia sebagai fesyen baharu," katanya memetik laporan Bernama.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top