Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


KUALA LUMPUR - Dua pemandu Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan maut di Lebuhraya DUKE yang mengorbankan tiga nyawa sekeluarga mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Majistret, Jalan Duta, sebentar tadi.

Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 31 dan Siti Noor Aini Mohd Sai, 35, didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 2 tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 dan RM20,000 selain lesen memandu digantung.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menetapkan wang jaminan RM9,000 dengan seorang penjamin selain dari lesen memandu juga digantung sehingga kes selesai dan pasport antarabangsa tertuduh juga perlu diserahkan kepada mahkamah.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 22 Jun untuk kedua-dua tertuduh.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top