Heboh di laman Facebook menuntut seorang gadis bertudung corak bendera Malaysia menunaikan kata-katanya jika calon PKR Permatang Pauh menang dalam PRK itu.
"Kalau PKR menang di Permatang Pauh, saya nak jalan b0gel dari rumah presint 7 (Putrajaya) sampai ke KLCC," demikian kenyataan gadis tersebut.
Bagaimanapun, tampil pemilik gambar sebenar, Farhaanah Mohamed, menafikan kenyataan itu dan mendakwa gambar dirinya telah disalahgunakan dan menjadi mangsa fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Gambar ini sebenarnya adalah gambar pertandingan kreativiti kemerdekaan di laman Instagram yang dianjurkan oleh sebuah kementerian bagi menarik minta golongan belia menunjukan kreativiti dan rasa cinta mereka terhadap Malaysia.