Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Terkini: Harga Minyak RON95, RON97 Dan Diesel Naik Lagi Mulai Jam 12.00 Tengah Malam Ini


Bermula jam 12 tengah malam ini iaitu 20 April 2017 harga minyak petrol RON95, RON97 dan diesel untuk minggu hadapan dilaporkan mengalami sedikit kenaikan, lapor portal Paultan.

Harga bagi petrol RON95 naik kepada RM2.27 daripada RM2.24 seliter iaitu kenaikan sebanyak 3 sen.

Bagi petrol RON97 pula naik kepada RM2.54 seliter daripada RM2.52 seliter iaitut kenaikan sebanyak 2 sen.

Manakala diesel turut naik kepada RM2.21 seliter daripada RM2.16 seliter iaitu kenaikan sebanyak 5 sen.


  • RON95: RM2.27 (naik 3 sen)
  • RON97: RM2.54 (naik 2 sen)
  • Diesel: RM2.21 (naik 5 sen)
Penentuan harga baru minyak untuk 20 April 2017 hingga 26 April 2017 adalah selepas kaedah mingguan setiap Rabu dikuatkuasakan kerajaan berbanding secara bulanan sebelum ini.

Sumber asal: www.siakapkeli.my .


Permohonan BR1M Tak Lulus , Orang Ramai Banjiri Media Sosial Dengan Hashtag #br1m



7 Mac - Sejak dari petang tadi, hashtag #br1m sekali lagi mula membanjiri media sosial Facebook dan Twitter apabila orang ramai melaporkan permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang dipohon mereka tidak diluluskan.

Maklumat dari orang ramai mendapati ada dari permohonan yang tidak diluluskan itu diberi dengan mesej alasan "maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan (SSM)".

Selain itu, turut dipaparkan tempoh tarikh rayuan yang bermula dari 3 April sehingga 31 Mei 2017.


Di media sosial, pemohon-pemohon BR1M memuat naik keratan permohonan mereka yang tidak diluluskan dan bertanya kepada rakan-rakan mereka adakah menerima nasib yang sama.

Selain itu, ada juga yang meminta penjelasan disebalik alasan yang diberikan.

Bagaimanapun, ada juga yang melaporkan status permohonan mereka telah diluluskan.

Status permohonan BR1M terbaru boleh disemak di https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s&y=2016.

Sumber asal: www.siakapkeli.my.


Dera Tiga Zuriat Secara Seksual



Muar: Seorang pegawai kanan agensi kerajaan didakwa mendera secara seksual tiga anak perempuannya berusia antara dua hingga lapan tahun di rumahnya di Selangor, tahun lalu.

Isterinya yang dikenali sebagai Linda, 32, berkata, dia terpaksa tampil membongkar kelakuan pelik suaminya kerana bimbangkan keselamatan diri dan tiga anak perempuannya.

“Selepas bernikah sembilan tahun lalu, suami sering meminta kami mengadakan hubungan seks luar tabii namun saya sering menolak menyebabkannya berang.

“Bagaimanapun, dia masih seorang suami dan bapa penyayang kepada kami sekeluarga hinggalah empat tahun lalu, selepas saya melahirkan anak kedua kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sekitar daerah ini, semalam.

Menurutnya, dia hanya tahu mengenai kejadian menimpa anaknya pada 29 November lalu ketika membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Serdang, Selangor.

hmetro.com.my.


Kes penyakit tangan, kaki dan mulut meningkat di NS


SEREMBAN: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengesan peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak di negeri ini sejak awal April lalu.

Pengarah, Dr Abdul Rahim Abdullah, berkata trend peningkatan mula dikesan apabila bilangan kes mingguan penyakit itu melebihi paras amaran iaitu 20 kes seminggu, dengan peningkatan paling ketara berlaku sepanjang bulan Mei.

"Jumlah kes yang direkodkan pada minggu kedua bulan Mei adalah 28 kes, meningkat pada minggu ketiga (41 kes) dan minggu keempat (87 kes).

"Ibu bapa dan penjaga perlu memainkan peranan untuk menghalang penularan penyakit ini. Mereka dinasihatkan membawa anak yang mempunyai tanda HFMD ke klinik atau hospital dengan segera," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, tanda penyakit HFMD adalah demam selain ruam dan ulser pada mulut, kaki atau tangan.

Pesakit HFMD ringan perlu berehat di rumah dan tidak boleh dibawa ke tempat awam termasuk sekolah, tadika, taska atau rumah pengasuh yang mendedahkan mereka kepada kanak-kanak lain.

Katanya, pengendali pusat jagaan kanak-kanak diminta lebih peka dengan tidak membenarkan pesakit HFMD hadir sebelum disahkan sembuh sepenuhnya, selain memastikan premis mereka sentiasa bersih dan permainan kerap dicuci.

Beliau berkata, HFMD berpunca daripada jangkitan virus coxsackie A16 serta enterovirus EV71 dan penyakit itu merebak melalui sentuhan bendalir hidung, mulut atau najis pesakit yang sudah dijangkiti.

Katanya, sebahagian besar kes HFMD hanya membabitkan simptom ringan dan memerlukan rawatan pesakit luar, namun ada kes yang perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Komplikasi yang boleh berlaku akibat HFMD adalah keradangan pada otak atau meningoensefalitis dan keradangan pada jantung (miokarditis) yang boleh menyebabkan kematian. - bharian.com.my
.


'Doktor Sahkan Anak Saya Didera Pengasuh'


PUTRAJAYA - Hancur luluh hati seorang ibu bilamana bayinya yang dihantar ke pengasuh, balik dengan lebam-lebam di badan, semalam. 

Ibu bayi, Kushie Wany, berkata, pada hari pertama dia menghantar anaknya, Muhammah Nabil Iman, pada pengasuh itu dalam keadaan yang baik, tiada sebarang kecederaan di badan bayinya itu.

Bagaimanapun, menjelang petang dia mendapati terdapat lebam-lebam di bahagian badan dan tangan anaknya. 

"Hari pertama hantar Nabil pada pengasuh. Hantar pada jam 8 pagi, elok dan tiada sebarang calar balar atau yang sewaktu dengannya. Bila ambil Nabil pada jam 5.30 petang, muka Nabil habis lebam-lebam di bahagian belakang badan dan tangan. Menangis menjerit-jerit saya dalam kereta call husband. Nasib baik bonda tak balik lagi sebab tak sedap hati," katanya. 




Bimbang dengan keselamatan bayinya, pasangan terbabit membawa bayi mereka ke PPUM untuk pemeriksaan lanjut. 

"Baru selesai jumpa pakar kanak-kanak dan doktor mengesahkan bahawa memang Nabil disepak kuat di bahagian pipi. Kalau kalian tengok depan mata, memang lagi teruk, katanya.


Selain itu, mangsa juga dikatakan enggan menyusu kerana mulutnya bengkak dan gusi bermasalah serta kerap menangis.

"Sekarang kami sedang menunggu doktor pakar kanak-kanak bahagian dera pula turun untuk buat scan satu badan. Sebab Nabil dah mula lembik. Doakan anak saya tidak mengalami sebarang masalah besar," katanya. - PIXEL MEDIA
.


“Cikgu, Mak Tiri dan Ayah Saya dah Bercerai” — Kisah ini Dikongsi lebih 50,000 Pengguna Facebook



Sepertinya kisah dongeng “Bawang Putih Bawang Merah” seakan-akan terjadi di dunia nyata. Kisah yang memaparkan kejahatan seorang ibu tiri terhadap anak tirinya tanpa belas kasihan dan adil.

Bagaimanapun seperti yang kita tahu, tidak semua ibu tiri itu jahat ada yang sangat baik dan melayani anak tirinya seperti anak sendiri.

Sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang individu di laman sosial, dipercayai seorang guru murid tersebut, Izz Nur Izdihar Ramlan bertajuk “Cikgu, Mak Tiri dan Ayah Saya dah Bercerai” telah mendapat lebih 50,000 perkongsian dalam masa 10 jam ditulis oleh beliau. —Siakapkeli.my

Berikut adalah perkongsian oleh beliau:

"CIKGU, MAK TIRI DAN AYAH SAYA DAH BERCERAI".

Melihat dia melangkah masuk ke pagar asrama itu membuat aku berasa lega. Sekurang-kurangnya makan minumnya terjaga.

[KLIK] Bagaimana Sedekah Dapat Melimpah-ruahkan Rezeki Anda?


Minggu lepas, ketika waktu NILAM di perpustakaan sekolah, dia datang dan duduk di sebelahku.

"Cikgu, mak tiri dan ayah saya dah bercerai", katanya dengan wajah yang begitu ceria dan tersenyum.
"Awak happy?", tanyaku. Dia mengangguk laju, senyum.

"Oklah pergi buat NILAM dulu ya?", aku mengeluarkan arahan.
"Ok cikgu"...senyumnya sampai ke telinga!

Usai waktu NILAM, dia berjalan seiringku.

"Cikgu, saya dah boleh masuk asramalah, dulu mak tiri tak bagi, sekarang dia dah takde".
"Ok. Nanti awak pergi minta borang asrama dengan Cik Mie (penyelia asrama) di pejabat dia ya?", pintaku.

"Ok cikgu", dia jawab ringkas.

"Habis tu sekarang tinggal dengan siapa?", tanyaku

"Sorang-sorang", dia menjawab sambil senyum. Aku berhenti berjalan dan memandang mukanya.
"Siapa sediakan makanan? Siapa kejut pergi sekolah? Siapa jaga kalau sakit??" Berjujuk-jujuk soalan dariku.

"Sendiri", jawabnya lagi.

Allahu

Mataku berkaca.

"Cikgu, saya masuk kelas dulu tau, nanti lambat cikgu marah". Aku mengangguk perlahan.

***********************************

Anak ini namanya Aanas (bukan nama sebenar), 14 tahun. Fizikalnya kecil, memudahkan si tangan celaka itu menderanya. Pergerakannya terbatas. Saat anak sebayanya bermain di waktu petang, dia terkurung di rumah melakukan pelbagai kerja rumah. Pernah "dibahan" gara-gara pulang lewat dari sekolah kerana aktiviti ko-ko. Solat Jumaat juga dihalang pergi. Pernah dia dicekik separuh mati, dipukul, tampar, lempang itu sudah makanan hariannya.
Ternyata "Bawang Putih Bawang Merah" itu bukan sekadar dongengan kan.
Aku kenal Aanas sejak tahun lepas, sewaktu mengajarnya subjek Sejarah. Ibu kandung dan ayah kandung bercerai. Adik beradik satu ibu satu ayah ada empat, dua bersama ibu dan dua bersama ayah. Sejak ayahnya berkahwin dengan ibu tiri, hidup anak ini penuh dengan siksaan.
Jarang-jarang Aanas makan ketika waktu rehat. Dia tidak di beri belanja oleh ibu tirinya. Jika aku terserempak dengannya, aku akan hulur duit kepadanya. Itu pun beberapa kali ditolak olehnya, dia segan barangkali.
Tidak ramai yang tahu kisah anak ini di sekolah. Perwatakan yang ceria menyembunyikan derita hidupnya. Entah kenapa dia sering bercerita kepadaku tentang kisahnya walaupun aku tidak bertanya. Hampir setiap kali kelas Bahasa Melayu (tiga kali seminggu) ada sahaja cerita tentang hidupnya.
Anak ini sangat baik. Meski kurang dari segi akademik, dia tetap menghormati guru. Rajin membantu guru-guru walaupun guru yang tidak mengajarnya.
Ayahnya? Jarang-jarang pulang ke rumah lantaran kesibukan mencari nafkah buat dia enam beradik.

***********************************

"Cikgu, saya dah boleh masuk asrama Isnin depan, semalam Cik Mie bagitahu", Aanas membuka bicara sewaktu kelas KOMSAS.
"Peralatan asrama dah siap ke?, tanyaku.
"Kena bawak apa cikgu?", tanya dia dengan berkerut di dahi.
Aku mengambil sehelai kertas, dan menyenaraikan barang-barang keperluan asrama, lalu kuberi kepadanya.
"Erm, baju Melayu mesti tiga ke cikgu? Saya ada satu je".
Aku jawab pertanyaan dia, dengan pertanyaan aku, "baju raya tahun lepas takkan takde?"
"Dah lama takde baju raya cikgu", Aanas menjawab jujur. Aku tahan air mata.
"Takpelah, bawak je mana ada ya?", kataku.
"Baju sekolah pun tiga?", Aanas semakin gelisah.
"Kamu ada berapa pasang baju sekolah?"
"Ni jelah satu. Pakai daripada Isnin sampai Jumaat", Aanas memegang kolar bajunya. Memang comot. Kotor.
"Duit biasiswa mana?" aku cuba bertegas.
"Mak tiri ambik". Jawaban anak itu buat aku bernafas laju.
"Neraka punya mak tiri" bisik hati aku.
Aku bertanya lagi, "Isnin nanti datang asrama dengan apa?".
Lama dia termenung, "saya datang dengan basikal saya boleh tak cikgu?". Mukanya nampak sayu, seperti menahan tangis. Allahu...Empangan mata aku pecah!
"Ok semua, dah siap latihan cikgu bagi tadi?", sengaja aku bertanyakan kelas 2M5 tu tentang latihan yang baru beberapa minit aku beri. Aku berpaling ke arah papan putih. Malu kalau Aanas nampak air mata aku ni!
"Allahu. Anak. Bagaimana mungkin kau berbasikal dengan beg baju, baldi dan peralatan yang lain? Mana ayah kau. Mana saudara-saudara kau. Anak lain seumur kau masih dibelai dicium ibu ayah. Sedang kau sudah diuji dengan ujian yang tak padan dengan badan kau nak", aku berbisik di dalam hati. Benaran aku sedih!

***********************************

Wahai Anak.

Tatkala aku mengeluh makanan tidak sedap, engkau masih berfikir mahu makan apa hari ini?
Tika aku mengeluh pendingin hawa di bilik itu rosak, engkau setiap hari berpanas berhujan mengayuh basikal usangmu ke sekolah.

Sering juga aku mengeluh tiada baju baru untuk dipakai sedang engkau saban hari menggasak baju yang sama.

Apa aku layak untuk mendidik kau nak? Sabar kau menggunung. Semangat kau tinggi melangit. Akhlak kau begitu indah.

Allahu. Kau hantar anak ini sebagai tarbiah buat aku. Ampuni aku yang jarang-jarang mengucap syukur atas nikmatmu ya Rabb.

Allahuakbar...

Allahuakbar...

Allahuakabar...

Anak..

Kita ini biar miskin harta

Jangan miskin akhlak

Biar kurang pandai

Jangan kurang ajar

Biar terlebih adab

Jangan terlebih biadab.

Semoga kau membesar menjadi seorang insan berguna. Dijauhkan daripada anasir jahat. Dipelihara Allah sepanjang masa.

Tuhan, jaga dia untukku. Aamiin.


.


Tak Pernah Terima Anugerah Ikon Belia


PUTRAJAYA - Datuk Nurulhidayah mengaku dia tidak pernah menerima sebarang anugerah Ikon Belia seperti yang tersebar di media sosial.

Anak sulung kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu berkata, isu itu berpunca dari kesilapan pihak stesen TV tempatan yang tidak sengaja 'menganugerahkan' gelaran itu kepadannya, lapor Free Malaysia Today.

""Sebenarnya, gelaran ikon belia ini adalah kesilapan dari pihak stesen TV semasa saya dipanggil dalam sebuah rancangan bual bicara, tahun lalu. 


"Pihak penerbit ada bertanya pada saya nak 'gelar' saya sebagai apa? Saya kata, saya aktif dalam persatuan beliau, banyak terlibat dalam program belia. Oklah, dia tanya saya nak letak apa, saya kata 'Aktivis Belia' sesuailah. 

"Semasa 'On Air' saya nampak tertera di bawah nama saya Ikon Belia. Saya cakap, habislah. Tetapi bagi saya mungkin pihak penerbit merasakan saya wakil kepada belia sebab itu dia letakkan gelaran saya sebagai ikon belia. 

"Tetapi bagi orang lain, gambaran mereka bagi ikon belia adalah lain," jelasnya. 

Ekoran itu, Nurulhidayah telah menulis surat kepada stesen TV berkenaan dan meminta perkara itu diperbetulkan. 

"Saya telah menulis surat kepada stesen berkenaan agar pihaknya mengeluarkan kenyataan di atas kesilapan itu.

"Saya menerima semua ini dengan hati yang terbuka dan positif. Isu ini ada juga memberikan kesan tetapi tidaklah sehingga menjejaskan kehidupan saya. Saya fikir secara positif, mungkin orang mahu kenal saya dengan cara begitu, jadi tak mengapalah," katanya. - PIXEL MEDIA
.


'Nak Photoshoot Pun Agak-Agaklah'


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki memuat naik gambar sepasang pengantin yang bergambar dalam gaya yang agak pelik dan kurang menyenangkan mata di laman Facebook mencetus pelbagai reaksi netizen. 

"Macam ini ke adat orang Melayu, adat orang Islam? Nak photoshoot pun agak-agaklah kalau nak lain dari yang lain sekali pun. 

"Apa pandangan orang dan bangsa lain kalau tengok gaya seperti ini? Saya yang beragama Islam pun rasa malu bila kawan saya bangsa lain yang WhatsApp gambar ini kepada saya.

"Mohon kita yang lain tidak terikut dengan cara ini. Islam itu indah dan mudah. Bukan nak kata diri ini bagus, maaflah kalau tak suka," kata sumber.

Sementara itu, netizen juga memberikan pandangan masing-masing. 

"Aku kahwin dulu tak adalah macam ini. 10 tahun lepas kot. Tapi masa itu jalan laju pun orang tua dah bising. Kalau bergaya macam ini, memang heart attack mak bapak aku malu dengan orang kampung. 

Bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa gaya apa sekali pun adalah hak pasangan pengantin itu sendiri dan orang lain tidak boleh menegur mereka. 

"Suka hati dialah nak menonggeng ke, nak melentang ke, itu gambar dia, diri dia. Yang pergi viralkan gambar orang tu kenapa?" kata Rethuan Bin Jaafar. - PIXEL MEDIA
.


⬆
Top