PUTRAJAYA - Hancur luluh hati seorang ibu bilamana bayinya yang dihantar ke pengasuh, balik dengan lebam-lebam di badan, semalam.
Ibu bayi, Kushie Wany, berkata, pada hari pertama dia menghantar anaknya, Muhammah Nabil Iman, pada pengasuh itu dalam keadaan yang baik, tiada sebarang kecederaan di badan bayinya itu.
Bagaimanapun, menjelang petang dia mendapati terdapat lebam-lebam di bahagian badan dan tangan anaknya.
"Hari pertama hantar Nabil pada pengasuh. Hantar pada jam 8 pagi, elok dan tiada sebarang calar balar atau yang sewaktu dengannya. Bila ambil Nabil pada jam 5.30 petang, muka Nabil habis lebam-lebam di bahagian belakang badan dan tangan. Menangis menjerit-jerit saya dalam kereta call husband. Nasib baik bonda tak balik lagi sebab tak sedap hati," katanya.
"Baru selesai jumpa pakar kanak-kanak dan doktor mengesahkan bahawa memang Nabil disepak kuat di bahagian pipi. Kalau kalian tengok depan mata, memang lagi teruk, katanya.
Selain itu, mangsa juga dikatakan enggan menyusu kerana mulutnya bengkak dan gusi bermasalah serta kerap menangis.
"Sekarang kami sedang menunggu doktor pakar kanak-kanak bahagian dera pula turun untuk buat scan satu badan. Sebab Nabil dah mula lembik. Doakan anak saya tidak mengalami sebarang masalah besar," katanya. - PIXEL MEDIA
.