Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Sejak beberapa hari lalu menjadi viral di laman sosial Facebook sebuah video yang memaparkan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim yang membeli cenderamata kepada beberapa pasukan bola sepak di tanah air.

Apa yang menjadi tumpuan ialah cenderamata kipas tangan bewarna merah jambu yang dikatakan dibeli kepada pasukan tajaan Datuk Seri Vida iaitu pasukan Qu Puteh The Red Warrior yang kini sinonim dengan warna merah jambu.

Datuk Vida melalui laman Instagramnya telah tampil memberikan reaksi terhadap video TMJ berkenaan di mana beliau mengucapkan terima kasih kepada Tungku Ismail.

"Hai sayang...TQ kepada yg telah share video ni..Cenderahati kipas PINK dari Sepanyol..
Suatu ingatan TMJ padaPamoga Qu Puteh TRW.. InsyaAllahh saya akan ke Real Madrid..Barcelonnnna ...MU...14 Mac ni..Bersama Astro.. TQ TMJ..," tulis Datuk Vida di laman Instanya bersama video TMJ berkenaan.



Selain Pasuka QPTRW, TMJ juga membeli cenderamata kepada tiga pasukan lain iaitu seekor seladang untuk pasukan Perak, seekor gajah untuk pasukan Pahang dan seekor Kucing untuk pasukan Sarawak.

Namun video berkenaan telah dipadam semula selepas beberapa jam dimuat naik ke laman Facebook.
.


About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top