Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


PUTRAJAYA - Susulan viralnya laporan The Sun di media sosial tentang denda RM2,000 yang dikenakan bagi kesalahan penggunaan tinted gelap melebihi had, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tampil menafikan. 

Ketua Pengarah, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, laporan yang dikeluarkan oleh The Sun itu adalah tidak tepat dan terdapat kekeliruan selain dari turut memetik kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. 

Kompoun maksimum bagi kesalahan tersebut adalah RM300 sahaja, bukannya RM2,000 atau penjara 6 bulan jika denda itu gagal dibayar. 

"Saya ingin tegaskan bahawa terdapat kekeliruan pemahaman dan laporan oleh media mengenai perkara ini. Denda sehingga RM2,000 atau 6 bulan penjara seperti yang dilaporkan The Sun adalah bagi undang-undang mahkamah terhadap pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi peraturan trafik bagi kesalahan pertama," katanya. 

Ekoran dari kekeliruan itu, JPJ menerima banyak maklumbalas negatif dari orang ramai yang tidak berpuas hati kerana pihaknya akan mengenakan denda yang begitu tinggi dan mahu mengaut keuntungan. - PIXEL MEDIA
.


Ketua Unit Sumber Manusia ini dedahkan rahsia lulus temuduga kerajaan.
Panduan langkah demi langkah , boleh klik sini >> PANDUAN

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top