Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Ya Allah! Benda yang paling saya takut baru terjadi pada mami saya tadi. Ceritanya begini.

Dalam jam 2.30 petang tadi, mami saya pergi ke NSK Kuchai Lama dengan adik lelaki saya, Adam. Biasalah, Adam memang suka duduk dalam troli sambil makan. 

Mami letak Adam di tepi tidak beberapa jauh darinya. Biasalah, orang ramai berbelanja di NSK. 

Semasa mami tengah memilih-milih ikan, mami terdengar Adam memanggil.

"Mami! Mami!" jeritnya dua tiga kali yang mungkin pada ketika itu mami tak dengar.

Bila mami pandang saja ke belakang, Adam dah tak ada dengan troli yang banyak barang. Mami apa lagi, terus menjeritlah panggil nama Adam. 

Dalam masa yang sama, mami terus pergi ke Customer Service menyuruh pengawal keselamatan jaga semua pintu keluar masuk. 

Alhamdulillah, akhirnya orang terjumpa Adam di tepi kaunter keluar yang agak jauh juga dari tempat mami letak Adam tu. Mungkin orang itu tak sempat nak bawa Adam keluar dari NSK. 

Yelah, nak keluar macam mana? Banyak barang dalam troli dan nak keluar pun kenalah bayar dulu. Petang ini, mami akan pergi ke NSK Kuchai Lama untuk tengok video rakaman CCTV, siapa yang tolak troli itu. Jadi, berhati-hatilah semua. - Schazwaney Sara | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top