Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

gambar hiasan.
KUALA LUMPUR – Pengusaha-pengusaha stesen minyak seluruh negara meluahkan rasa risau mereka dengan trend harga minyak mentah dunia yang terus merudum dan mungkin boleh menyebabkan perniagaan mereka 'gulung tikar'.

Harga terbaru minyak mentah dunia adalah pada paras A$30 (RM132.7) setong.

Akhbar Kosmo! melaporkan rata-rata pengusaha stesen minyak di beberapa negeri menerima kesan akibat kejatuhan harga minyak mentah dunia dengan margin keuntungan yang semakin mengecil bahkan ada yang kerugian antara RM10,000 hingga RM24,000 sebulan.

Seorang pengusaha stesen minyak di Bandar Permaisuri berkata masalah yang timbul adalah apabila mereka membeli bekalan minyak dengan harga tinggi, namun gagal menjual dengan harga yang sama apabila berlaku kejatuhan pada harga produk tersebut.

Kerugian yang saya alami bergantung kepada jumlah stok minyak dalam tangki apabila ia dibeli pada harga mahal tetapi tidak sempat dijual ketika harganya telah jatuh.

Saya terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000 hingga RM15,000 sebulan tetapi ada juga pengusaha lain yang mengalami kerugian sehingga RM24,000 sebulan. Perkara ini boleh menyebabkan kami gulung tikar sekiranya harga minyak terus jatuh,” katanya

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top