Jika ditanya kepada setiap dari kita, tiada seorang pun yang mahukan perpisahan. Tambahan pula perpisahan tersebut berlaku kerana kematian. Tiada apa yang tinggal melainkan kenangan.
Seperti insan yang lain, wanita ini tidak menyangka hanya sekejap sahaja masa untuk dirinya bersama suami tercinta. Kematian memisahkan mereka namun kisah yang dikongsi oleh dirinya ini cukup menyentuh jiwa.
Kisah bagaimana perkara kecil yang mungkin ketika hayatnya tidak terlalu penting namun sangat bermakna apabila dirinya sudah tiada. Mata masuk habuk!
Katil kami akan bau minyak rambut dia
Suami saya pakai gel rambut khas setiap hari. Saya masih ingat bila gel rambut dia habis, saya berada di kedai Boots atau Superdrug dan bertanya kepada dia “yang mana satu saya patut beli?” Dia selalu jawab “tak payah sayang, saya guna gel rambut khas, kena beli online”…Dia akan pakai gel rambut tersebut setiap kali keluar dan selalu tertidur tanpa membasuh rambut terlebih dahulu. Katil kami akan berbau gel tersebut. Itu lah bauan yang saya akan hidu setiap hari, sepanjang hari. Bauan yang saya hidu apabila peluk dia sehingga tidur. Bauan tersebut melekat di atas katil kami, bercampur dengan bau semulajadi badan dia.
Nampak kesan jari
Sejak 9 bulan selepas kematian dia, saya tidak lagi tidur di katil tersebut dan bauan itu mulai hilang. Bauan yang saya selalu rindukan selepas kepergian dirinya. Hari ini saya terpandang almari di tandas dan teringat gelnya. Saya tak sabar untuk buka & hidu bauan tersebut..bauan orang yang saya cintai, bauan yang memberi harapan untuk saya selama ini, bauan seseorang yang merupakan segala-galanya buat saya. Saya buka bekas gel rambut tersebut dan nampak kesan jari suami saya, kesan jari pada pagi 28 Mac yang lalu. Susah untuk gambarkan perasaan saya ketika itu, gel rambut tersebut kali terakhir disentuh oleh tangan suami saya. Tangan yang saya sanggup serah apa saja untuk capai dan genggamnya sekali lagi. Tangan yang saya takkan lepaskan jika ianya masih di sini. Tiada perkataan yang mampu menggambarkan betapa saya rindu saat dia memegang saya dengan tangan tersebut. Tengok kesan jari tersebut buat saya rasa dirinya dekat, walaupun telah 10 bulan pergi…tapi hari ini, gel tersebut ditinggalkan seperti kali terakhir dia gunakan. Seperti semuanya kembali seperti sedia kala ketika kami masih bersama. Namun saya sedar, realiti yang perlu saya lalui sekarang.
Sangat bermakna bila sudah tiada
Bagaikan tak percaya, seluruh post saya ini tentang gel itu…kadang-kadang benda remeh dan kecil seperti gel rambut ini sangat bermakna bila seseorang yang kita sayang telah tiada. Realitinya perkara remeh inilah sangat kita rindu dan ingat. Suami saya ada motor mewah, kereta mewah, baju berjenama..perkara yang penting dalam hidup kami sepanjang beberapa tahun yang lalu..namun hanya gel tersebut, dan pakaian yang ditinggalkan bermakna buat saya kini. Semua barang mewah yang dimilikinya dulu tidak memberi apa-apa makna. Ini mengingatkan saya tiada apa yang kekal selamanya, semuanya milik Allah. Apabia kita meninggal dunia, hanya amalan yang bakal dibawa ke hari pembalasan nanti. Hanya itu yang akan menyelamatkan kita nanti.
Suami wanita ini maut dalam kemalangan. Ketika kepergiaan suaminya itu, wanita ini sedang mengandungkan bayi sulung mereka. Huh, sedih.
Sumber : Thanna Alghabban