Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Semenjak tercetusnya cerita pelajar 'lapar' dan 'kebuluran' di media sosial, saya masih ternanti-nanti pelajar yang memerlukan bantuan ini untuk tampil di Pejabat HEPA untuk memohon bantuan. Sehingga kini, tiada seorang pun yang datang. 

Saya buat perjumpaan dengan YDP PMIUM yang giat memohon bantuan di media sosial, kononnya ramai pelajar yang lapar dan juga YDP MPPUM dan SPK dan meminta senarai nama pelajar yang lapar. Sehingga sekarang, satu nama pun saya masih belum terima.

Apa dah jadi pada kita? Menteri dan pihak pengurusan universiti dicemuh kerana tidak menjaga kebajikan pelajar tetapi 'pelajar lapar' ini sebenarnya siapa?

Please be a 'thinking person'. Allah berikan kita akal untuk berfikir dan lengkap semua deria, bersyukurlah dan guna apa yang Allah berikan dengan yang terbaik dan janganlah sentiasa mencari kesalah dan kelemahan untuk diperbesarkan. 

Letakkanlah niat yang baik dalam apa yang kita cakap dan tulis. Sentiasa bersangka baik. - Rohana Yusof | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top