Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Nota Editor: Perkongsian ini adalah daripada SayaBackpacker. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga ia dapat dijadikan rujukan buat anda yang ingin travel ke Seoul, Korea Selatan.


Betul ke boleh ke Seoul, Korea Selatan bawah RM1,000? Ha…kalau betul-betul bajet, memang boleh dapat! Itu sebabnya kami di Saya Backpacker nak kongsikan beberapa helah kita boleh jejak negara K-Pop ni dengan bajet yang sangat rendah.

Bajet ni sudah mengambil kira kadar matawang RM yang kini jatuh merudum. Kalau tak jatuh, lagiiiiilah murah!

Apa tipsnya? Baik, untuk kali ini Saya Backpacker kongsikan 7 cara:

1. Tiket ke Seoul boleh dapat sekitar RM600 ketika promosi.

Kalau bertuah sangat, ada yang dapat RM400 ke RM500 lebih waktu promo tiket RM1 daripada

Boleh juga kita guna aplikasi atau masuk laman web skyscanner.com atau kayak.com. Kalau di skyscanner.com, saya selalu set notikasi setiap hari untuk laman web tersebut update harga tiket kapal terbang pada tarikh yang saya sasarkan untuk mengembara ke satu-satu tempat.

Siap ada tunjuk harga tu sedang turun atau makin naik. Jadi, kita akan sentiasa peka dengan harga tiket tersebut dan segera beli bila harga tu turun ke harga yang kita mahukan.


2. Kalau pergi solo atau dengan kawan-kawan, bukan dengan seisi keluarga bersama anak-anak kecil, tinggal saja di hostel.

Korea Selatan banyak hostel dan jangan risau tentang keadaan biliknya, insya-Allah bersih dan selesa. Jangan pilih mix-dorm atau dorm campur laki perempuan tu, memang murah tapi janganlah.

Bilik hostel paling murah dan selesa untuk seorang boleh dapat dalam 10,000 won atau RM37/semalam. Kalau duduk 3 malam 4 hari, dalam RM111 saja. Ok kan? Oh ya, saya guna booking.com atau hostelbookers.com untuk cari hostel.

3. Kalau pergi berkeluarga pun, boleh tempah bilik apartment, kadarnya paling murah saya pernah jumpa dalm RM300 semalam, maksimum untuk 6 orang.

Seorang jatuh RM50 saja bila dah dibahagi 6. Tapi kena rajin survey di airbnb.com dan tempah lebih awal, paling kurang 3 bulan sebelum pergi. Bilik apartment yang murah-murah ni macam pisang goreng panas. Jadi, kena cepat.

4. Kalau di Seoul, murah kalau kita naik bas.

Cuma kalau naik bas kita kena studi lebih dan peka laluan bas tu. Paling mudah naik tren subway.

Jangan naik teksi kalau nak bajet. Naik teksi di Malaysia pun mahal, inikan pula Seoul. Sepanjang saya berada 5 hari di Seoul, saya belanjakan RM100 lebih naik tren dan bas.

Bas tu 2 kali je saya naik, selebihnya saya naik tren. Boleh guna kad T-money dan dapatlah diskaun 100 won setiap kali guna.

Baca: 9 Masalah Sering Dihadapi Rakyat Malaysia Sewaktu Travel Ke Pulau Jeju, Korea Selatan


5. Tentang makan, kalau dah namanya kembara bajet, banyakkan makan bekalan dari negara sendiri.

Satu hidangan lengkap yang halal di Seoul berharga 10,000 won (RM37) rata-ratanya la.

Tapi rugilah kita ke Seoul tak rasa makanan sana, jadi kita peruntukkan untuk trip kita tu dalam dua atau tiga kali saja makan di restoran.

Selalunya di hostel dah sedia sarapan. Masa sarapan tu, kita pulunlah makan banyak-banyak supaya kenyang sehingga ke tengah hari.

Boleh juga kita beli nasi segera di kedai serbaneka di sana, rebus atau masak telur, tuang kicap, makan dengan kimchi, sedap juga! Kalau ada bawa sambal hitam atau serunding pun, lagilah seronok.

Di kedai serbaneka, ada makanan yang halal dan sesetengah tu siap ada logo halal antarabangsa. Dan makanan yang dijual di kedai serbaneka lebih murah dari makanan yang dijual di restoran. Tapi pandai-pandailah kita pilih makanan tu.


6. Bawa bekas air siap-siap. Isi air kosong dari penginapan untuk kita bawa jalan merata.

Jadi tak payahlah kita beli air mineral di kedai yang harganya sekitar 600-1,000 won (RM2-3.70). Kalau bawa bekas kedap udara, boleh tapau air kopi panas dari pantri penginapan kita. Tak payah beli kopi di sana yang harganya mencecah 4,500 won (RM16) kalau di kafe-kafe cantik tu.

7. Kalau nak beli-belah atau nak beli cenderahati untuk kawan-kawan dan keluarga, jangan beli di pusat membeli-belah.

Beli di Insadong untuk keychain, fridge magnet, penanda buku, ketip kuku yang ada corak Korea tu, set sudu Korea yang orang buat cenderahati tu dan lain-lain lagi. Kalau nak beli pakaian murah, pergi ke Dongdaemun.

Nak beli baju dan cenderahati di Namdaemun Market pun boleh, tapi kena tawar menawar dan survey dulu sampai ke hujung, jangan terus beli. Kedai yang dah ke dalam sikit tu lebih murah. Kalau nak beli kerongsang murah, pergi Namdaemun Market di bangunan pemborong.


Bayangkan, kalau tiket kapal terbang pergi balik RM600, duit penginapan untuk 4 hari 3 malam RM111, baru RM711 untuk tambang dan penginapan. Naik tren subway dan bas sana-sini dalam 4 hari kalau setakat di Seoul lebih kurang RM100.

Jumlah keseluruhan tak campur makan dan membeli-belah adalah RM811. Makan dan beli-belah ni ikut orang, ada yang jenis suka makan atau suka membeli, yang tu masing-masing kiralah.

Kalau makan ala kadar, beli pun tak beriya sangat, memang boleh dapat bawah RM1,000 melancong ke Seoul ni.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top