Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5



Siapa yang tidak sedih apabila bayi yang diharapkan dapat menceriakan lagi rumahtangga mereka tiba-tiba sudah tiada.
Namun, pasangan ini redha dengan ketentuan yang ditakdirkan dan menasihati pasangan lain agar melakukan pemeriksaan lebih kerap ketika si isteri sedang hamil.


Assalamualaikum
Saya telah dimaklumkan bahawa bayi dalam kandungan isteri saya telah gugur . Doakan kesihatan dan kesejahteraan isteri saya serta doakan kami dipermudahkan urusan seterusnya..Sekarang isteri saya ditahan wad di Hospital Ampang . Kepada yang mengenali farah yang ingin datang melawat boleh mesej saya. . Saya agak terkilan sebab kami dimaklumkan bahawa bayi kami meninggal dalam kandungan 7 minggu lepas ’ ..Sedangkan 2 minggu lepas baru lepas checkup di klinik kerajaan mereka tak cakap apa2 pon ..Semalam saya rasa tak sedap hati saya buat check up di klinik swasta dan barulah dimaklumkan yang bayi gugur dan bayi kami sebenarnya kembar. Saya nasihatkan sesiapa yang buat checkup di klinik kerajaan buat juga di klinik swasta jika ada kemampuan . Sebab bila ramai pesakit benda2 macam ni mereka terlepas pandang .. tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa cuma menasihatkan supaya sentiasa buat pemantauan kandungan .. Saya percaya apa yang berlaku ada hikmah disebalik kejadian ..Insyallah

Terima kawan2 yang bagi ucapan takziah kepada kami sekeluarga..Minta maaf sangat sebab tak dapat balas semua mesej2 yang masuk .. Alhamdulilah pada pagi jumaat yang mulia ini kedua2 bayi kami selamat dikebumikan. Saya namakan mereka Adam dan Hawa .. Insyallah Adam dan Hawa akan doakan Papa dan Mama di alam sana . Al- Fatihah.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top