Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Inilah sikap sebahagian ibu bapa moden kini. Hantar anak ke sekolah dan mengharap guru mendidik anak menjadi insan baik. Tetapi tersangatlah hasad dengki dengan guru. Murid duduk di atas simen pun mereka nak guru duduk di atas simen juga. Mereka ingat guru ini orang gaji atau hamba abdi mereka ke? 

Ajarlah anak-anak menghormat insan yang bergelar guru, barulah mendapat berkat. Sedarlah bahawa guru pun waktu mereka menjadi murid dulu juga duduk di atas rumput atau tanah. Atas simen itu kira okay lagi. Murid-murid aku sewaktu perhimpunan, duduk di atas batu berturap. Tak sampai hati aku nak membiarkan mereka berdiri di waktu aku berucap. 

Hasrat hati aku sewaktu perhimpunan nak bagi murid duduk di atas kerusi empuk dalam dewan berpenghawa dingin. Tetapi apalah daya, kawasan lapang berturap sahaja yang ada. Tetapi aku tetap sediakan kerusi plastik untuk guru-guru duduk.

Bagi aku, guru mesti berbeza dengan murid, mesti dihormati, dihargai. Biar murid merasa susah sebab bila dewasa kelak, merasa kekurangan itulah pengalaman dan pengajaran untuk bekalan kehidupan.


Aku kecewa dengan ibu bapa yang sombong dan selfish seperti ini. Aku teringat sewaktu berada di sebuah sekolah, ibu bapa dan guru hampir bergaduh dalam mesyuarat agung PIBG kerana tidak berpuas hati AJK PIBG yang telah menggunakan sedikit peruntukan PIBG untuk membeli cenderahati kepada guru sewaktu merayakan Hari Guru. Ini kerana, bagi ibu bapa di sekolah itu, peruntukan PIBG sama sekali tidak boleh digunakan untuk guru. 

Di sebuah sekolah yang lain pula, PIBG sangat menghargai guru sehingga sanggup mengeluarkan wang bagi merayakan Hari Guru di sebuah hotel di Kuala Lumpur. 

Pengerusi PIBG sekolah itu berkata, "Guru-guru bersusah payah mendidik anak-anak kita, apalah salahnya kita memberikan sedikit penghargaan kepada mereka,".

Guru berbeza dengan murid, murid dikasihi, dikasihani, dididik. Guru dihormati dan dimuliakan. Waktu perhimpunan, redhakanlah guru duduk di atas kerusi plastik walaupun murid duduk di atas simen.

Teringat waktu aku bersekolah dulu, seorang rakan aku ditangkap oleh warden asrama (yang kini warden itu bergelar Tan Sri) kerana menghisap rokok. Dia dirotan oleh warden tersebut sambil itu menghembuskan asap rokok. 

"Tak adil cikgu rotan murid kerana kesalah merokok sambil hisap rokok," aku kata.

"Kamu murid, saya guru, kamu dibenarkan merokok apabila sudah menjadi guru!" katanya. - Hadi Mat Dain | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top