Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Sudah bertahun-tahun isteri saya mengurus dan memandikan jenazah perempuan. Secara puratanya, 8 jenazah yang diurus mandi pada setiap bulan. Soalan yang saya kerap tanya pada isteri ialah:
  1. Muda atau tua?
  2. Di mana (taman atau kampung)?
  3. Sakit apa?
  4. Bila mati?
  5. Mati di mana?
  6. Anak berapa orang?
  7. Agak-agak berapa umur anak yang sulung? 
Semua ini menjadi penanda aras/bancian kepada saya apa punca kematian, bagaiman si mati diurus jaga sebelum/selepas mati dan sikap waris kepada si mati. 

Berdasarkan umur dan bilangan iaitu 8 orang yang mati dalam seminggu:
  • Bawah 55'an hampir 70% yang meninggal akibat barah.
  • Atas 56 tahun, hampir 30% mati kerana kencing manis, buah pinggang, jantung, sakit tua dan lain-lain. 
90% keadaan jenazah yang mati di kampung terurus bersih kerana ada orang-orang tua tempatan yang selalu tunggu berada di sisi si pesakit sehingga di saat mati, ada pengetahuan apa yang perlu dibuat ke atas jenazah sebaik sahaja mati dan kebetulan ada talian persaudaraan.

60% keadaan jenazah yang mati warga taman di taman perumahan terbiar keseorangan, semua sendi tulang 4 kerat keras menyebabkan kesukaran memberi mandi, kurang terurus bersih kerana tiada orang-orang tua. 

Sebaliknya majoriti warga taman generasi muda yang siang malam bekerja tak ingat mati:
  1. Hubungan antara jiran renggang,
  2. Tak selalu pergi ke surau/masjid, 
  3. Tidak pernah menghadapi suasana kematian, 
  4. Tidak tahu nak buat apa terhadap jenazah sebaik berlaku kematian dan langsung tiada keperluan barangan asas untuk jenazah. 
  5. Walaupun disuruh dan diminta, anak-anak takut nak mengurus mandi jenazah ibu bapa sendiri.
Sekarang ini telah ada waris 'tidak suka' bawa balik, urus, mandi dan kapan jenazah di rumah. Mereka lebih suka segalanya dibuat oleh masjid. Sekiranya mati di hospital, mereka lebih suka segalanya dibuat di hospital.

Lebih tragis, ada waris terlepas cakap "tidak mahu menyusahkan' rumah. Jadi mereka mahu semua urusan di hospital atau masjid/surau dan terus ke tanah perkuburan.

Bagi jenazah yang sakit lama sebelum mati, jenazah ini lebih tidak terurus, berbau sehingga menyesakkan hidung, kulit mengelupas dan banyak luka. 

Kesimpulannya:
  • Keadaan jenazah memberi gambaran siapa warisanya.
  • Ingat kembali bagaimana kita jaga urus ibu bapa kita semasa mereka sakit dan bagaimana kita urus jenazah mereka sebaik saja mereka mati.
  • Lebih tragis bagaimana anak-anak kita nanti akan jaga urus semasa kita sakit dan selepas kita digelar jenazah.
  • Bacaan Quran, solat, doa dan semuanya boleh diupah kerana anak-anak kita berjaya kaya tetapi hanya doa dari anak yang soleh diterima di sisi Allah SWT walaupun anak kita hanya seorang tukang sapu.
Oleh Ustaz Misnan, AJK Surau Nurul Iman | Ditulis semua untuk siaran di THEHYPEMEDIA.

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top