Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


KUALA TERENGGANU - Seorang bayi perempuan dimasukkan ke wad selepas bapanya menyedari muka anaknya dipenuhi dengan kesan lebam dipercayai dipukul dan digigit oleh kanak-kanak di bawah jagaan taska, semalam.

Nina Amanda Kamarul Anuar berusia 3 bulan dipukul dan digigit oleh seorang kanak-kanak berusia lebih setahun sehingga meninggalkan kesan lebam di bahagian muka, lapor Harian Metro

Bapanya, Kamarul Anuar Mamat, 34, kecewa dengan pihak taska dan pengasuh berkenaan yang tidak mengasingkan anaknya dari kanak-kanak lain.

Kamarul mengesyaki, anaknya telah dipukul lama oleh kanak-kanak yang lain berdasarkan kesan lebam di muka, namun tidak diendahkan oleh pengasuh kerana menyangka anaknya hanya menangis biasa.

Bapa mangsa hanya mengetahui kejadian itu setelah dihubungi oleh pihak taska yang menghubungi isterinya, Norita Kamilah Mamat, 34, memaklumkan muka anaknya digigit. - THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top