Anak
Masa anak tgh hyper, banyak akal, banyak ragam, terasa diri sendiri dgn hulk tu dah mcm kembar seiras, cuma maybe mak hulk kaler hijau. Koff koff. Tapi bila anak takde, maashaaAllah. Sunyinyaa Allah je yg tahu. Masa tu baru terasa betapa hebatnya penangan anak.
Korang yg ada anak depan mata, masa anak2 buat perangai, layaaaaan jelaa. Nikmat tu. At least laa kan, kalau ditakdirkan Allah, korang bangun pagi nak pegi kerja, hantar anak2 ke pengasuh atau nursery, dan sepanjang anak2 kat nursery, Allah takdirkan berlaku sesuatu yg tak diduga (Nauzubillah) kepada korang atau anak2.. At least... last korang jumpa diorang pagi tadi. Masih berbekas ciuman kat dahi diorang, masih melekat bau badan anak2 kat baju yg diorang pakai dalam bakul baju kotor korang.
Kalau untuk yang long distance ni? Last jumpa anak seminggu yg lepas. Last cium anak2 seminggu yg lepas. Last main mainan sama2 seminggu yg lepas. Masa berpisah anak menangis2 nak ikut. Hari2 video call, anak nangis2 nak ikut kita. Kalau Allah takdirkan sesuatu jadi pada kita atau anak, kali terakhir moment dgn anak adalah seminggu yg lepas. Last pesanan saya dekat anak2 masa sebelum gerak ke KL ialah, ibu pergi dulu. Nantiiiii insyaAllah ibu balik ye. Dalam hati, entah bila ibu dapat jumpa korang lagi. Entah dapat entah tidak.
Sayangnya pada anak ni susah nak cerita. Utk org yg masih belum ada rezeki dikurnia anak, saya doakan korang dipermudah urusan. Asyik sayang anak je, habis tu suami, mak, ayah? Sayang tu abstrak. Mcm ada org cakap, kau sayang isteri kan? Tapi kalau wife kau berak, kau sanggup cium punggung dia? Tapi kalau anak? Sanggup kotttt. Sbb nak tau dia betul2 berak atau tak.
Kalau peluru hidup dtg mencurah2 pun mesti korang sanggup tadah badan kan? Masa Malaysia lawan Arab Saudi kat stadium Shah Alam haritu, kan masa last2 tu ada 'pertunjukan' bunga api. Masa tu saya dan Dina ada kat tempat vvip. Mula2 okey je sbb flares tu di baling dekat kawasan yg jauhhh dari kami. Lama2 ada org baling mercun roket tu menghala ke arah khemah vvip. Lepas satu satu.
Masa tu Allah je yg tau betapa kuatnya jantung berdegup. Tak fikir panjang, terus peluk Dina rapat2 dan amik kain selimut dia, angkat dan lari turun. Dalam fikiran, kalau mercun dtg, biar kena aku jgn kena anak. Yesss. Itu baru mercun beb. Bukan peluru hidup mcm kat Syria, Palestine dll. Nangisss!
Hmmm. Besarnya nikmat dunia yang Allah bagi ni. Sungguh, kita hanya manusia. Bukan Maha Penyayang pun. Sesungguhnya kasih sayang Allah itu kepada hamba-Nya lebih hebat dari kasih sayang seorang ibu kepada anak. Yang ada anak depan mata, cepat2 cium anak, peluk anak. Belum tentu isok lusa anak2 tu Allah izin ada depan mata kita.
Sabarlah duhai hati. Allah tak letih menguji kerana Allah tak letih menyayangi