Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5



Kejadian jam 12.30 tengah hari di AEON Seri Manjung. Saya bawa hero-hero dengan sahabat saya. Hajat nak belanja anak-anak makan KFC, Mula-mula curiga bila ada sekumpulan lelaki non muslim dan warga asing ambil order sekali tetapi makan di meja berasingan seolah-olah tidak kenal.

Dua Cina/Thailand makan sebelah meja aku. Mat Saleh gagah perkasa di belakang meja aku. Seorang lagi jauh sikit. Sampailah dua orang sebelah aku ini mengintai-intai meja aku. Seriously tak sedap hati sebab bawa anak-anak.

Aku keluarkan handphone, acah-acah call suami suruh datang. Yelah, nak datang apa? Nak solat Jumaat kan. Aku lengahkan masa lagi, biar diorang gerak. Tetapi sampai dah habis makan pun masih tunggu juga di meja. Aku pun settle makan terus gerak.  Sudahlah anak ligat, terpaksalah buat keras sebab tak nak anak ligat ke sana sini. 

Terasa pelik pula, sebab diorang pun bangun selepas aku gerak ke kereta. Dah tak fikir nak bayar parking, aku terus masuk dalam kereta. 

Terkejut aku bila ada di sebelah kereta ada seorang mamat seperti warganegara Bangladesh tengah call someone. Aku nampak mat saleh gagah perkasa dan konco-konconya naik Mercedes warna putih di tempat bayar parking. Aku syak diorang tengah call sesama sendiri. 

Hati ini tak tahulah nak kata macam mana. Marah sangat pun ada, nak menangis pun ada, fikirkan anak-anak lagi. Okay, tak apa. Aku start enjin kereta, dengan lajunya aku terus keluar dan dua kereta itu tadi terus mengekori aku dengan pelahan. 

Lelaki Bangladesh itu naik kereta Proton Saga Aeroback buruk saja tetapi bukan main laju dia macam nak block kereta aku. Mengelabah aku fikir nak buat apa. Akhirnya, aku park betul-betul depan pintu masuk Shopping Complex, wat akal bayar. Aku tengok Mercedes itu lalu pelahan dan usha aku. 

Aku terus keluarkan telefon dan call IPD minta bantuan sebab setahu aku, mana-mana shopping complex mesti ada polis peronda. Aku beritahu ada sekumpulan non muslim dan warga asing mencurigakan telah mengekori aku dari KFC sampai ke tempat letak kereta. 

Alhamdulillah, pengawal keselamatan pun keluar sebab tindakan aku park di depan pintu masuk tadi mengundang perhatian mereka. 

Mungkin sekumpulan lelaki itu sudah tahu yang aku menyedari rancangan jahat diorang. 

Syukur dan lega sangat-sangat. Walaupun kita tidak tahu betul atau tidak orang itu berniat jahat, tetapi gaya mereka amat mencurigakan. Nak kata aku pakai barang kemas, memang tak ada, kereta pun tak mewah untuk disamun. Tetapi aku perhatikan, mereka seperti mensasarkan anak-anak aku. 

Korang tolonglah peka dengan orang di sekeliling. Jangan korang fikir "Eh tak ada apa-apalah" sebab nyawa anak-anak kita sekarang dalam genggam binatang-binatang nak kaya dengan cara mudah. Paling penting, tolong simpan nombor telefon polis dan nombor-nombor yang berkenaan. Nampak saja orang yang mencurigakan, terus pergi ke tempat orang ramai. Jangan tunggu di tempat parking sebab di tempat seperti itu mudah untuk penjenayah buat kerja. 

Aku share pengalaman ini agar ibu bapa di luar sana lebih berhati-hati. Disebabkan perkara seperti ini juga aku berkira nak bagi anak-anak berjalan-jalan dengan orang lain sebab aku tahu anak aku ligat. Tak semua orang boleh terima cara pemikiran aku. Biar fikir apa yang akan terjadi, jangan fikir ia tidak akan terjadi. Dah jadi nanti, nak bergaduh sesama sendiri pun tak guna. 

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top