Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5


Seorang lelaki meluahkan rasa kecewanya terhadap layanan seorang kakitangan wanita di Magnum Cafe, Mid Valley yang didakwa biadab.

Luahannya itu dimuat naik oleh Pong di laman Facebook Magnum pada 4 Oktober lalu. Namun telah dipadamkan oleh pihak Magnum. Bagaimanapun, perkara itu sempat dirakam oleh laman MForum Cari.

"Saya sangat kecewa dengan tingkah laku biadab kakitangan anda terhadap keluarga saya apabila kami berkunjung ke kafe anda hari ini (4 Oktober). 

"Ketika anak lelaki saya yang berumur 2 tahun menangis, kakitangan anda bernama May telah datang menghampiri kami dan meminta isteri saya mendiamkannya kerana ia telah menganggu pelanggan yang lain. 

"Saya sendiri sebagai pelanggan juga telah cuba untuk menenangkan anak saya. Saya pernah pergi ke banyak tempat dari hotel enam bintang sehinggalah ke restoran terkemuka dan tidak pernah diberikan layanan seperti ini. 

"Kerana tindakan kakitangan anda, kami tidak akan kembali lagi dan akan menyeru seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan kami agar tidak mengunjungi Magnum Cafe di Mid Valley," katanya. 


Dalam kenyataan Magnum, mereka telah mengambil aduan dan menyiasat perkara itu. - THEHYPEMEDIA

About Kerja Kosong

THE HYPE MEDIA ditubuhkan semenjak 2009 berfungsi menyebarkan berita, informasi dan isu-isu viral yang menjadi bualan hangat netizen. Segala komen dan pandangan pengunjung di laman ini, tidak mewakili pendirian kami.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Top